Saturday, November 8, 2014

Hampir Setahun Di G.M.I.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Ketika menjalani sesi Latihan Basic Metal Working. 

                Lumrah kehidupan. Kegagalan pertama bukanlah bermaksud seseorang manusia itu gagal selama-lamanya. Kini hampir setahun aku melalui kehidupan sebagai pelajar di German Malaysian Institute. Dua tahun lagi untuk mendapat ijazah Diploma yang aku sering menanti. 

                Banyak perubahan yang aku alami sejak memasuki GMI. Dahulunya aku hanya melihat langit. Namun kini aku mulai merasai kaki yang berdiri. Bahang haba yang mencengkam dada. Dengan perasaan ingin tahu dan rendah diri, Aku mulai melihat dunia dari kaca mata seorang Inventor. Impian ku bukan lah untuk mengejar "title" Engineer. Akan tetapi aku mahukan segala pelajaranku disini dapat digunakan di dalam kehidupanku. 

                Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawasanya GMI merupakan pusat Teknikal dimana GMI menumpukan 70% praktikal dan 30% teori. Hal ini tidak bermaksud Aku kurang mempelajari teori, akan tetapi silibus pembelajaran disini berteraskan praktikal yang telah diamalkan sejak berkurun oleh Germany. Aku telah diajar untuk menyelesaikan masalah menerusi Problem Based Learning(PBL). 

                Aku tidak sabar untuk melangkah ke Semester 3, dimana aku akan mulai mempelajari Programmable Logic Control(PLC), Pneumatic and Hydraulic, serta Electric motor dan automations. Akan tetapi pembelajarku makin hari makin sukar kerana aku sebenarnya bukanlah orang teknikal. Aku lebih kepada teori. 

                Kepada pembaca, sekiranya memiliki saudara or rakan-rakan yang masih tercari-cari IPT, GMI adalah tempat terbaik baginya ( dari sudut teknikal dan kerjaya). Aku bukanlah mengatakan GMI ini terbaik, akan tetapi Cara Pembelajaran yang diterapkan disini dapat menjadikan seseorang itu lebih bersedia menghadapi cabaran bekerja. Namun semuanya bergantung kepada minat dan usaha seseorang juga. 

                Akhir kata, kepada yang berputus asa, ingatlah sesungguhnya cahaya mentari sentiasa memancari permukaan bumi. Bukalah mata untuk melihat dunia dihadapanmu. Janganlah disebabkan hujan renyai-renyai menyekat perjalananmu. Seandainya begitu, gunakanlah payung. Lebih Afdal menggunakan Baju hujan. 
Sekian. Assalamualaikum.  

Thursday, June 26, 2014

Setahun Telah Berlalu.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                  Sudah terlalu lama bagiku untuk mengemas kini laman yang kian berhabuk ini. Bukan apa, pabila aku merenung kembali post2 pada laman ini, membuatkan aku flashback semula akan memori-memori yang agak pahit. Namun, segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Post ini ditulis bertujuang untuk mengingatkan diri ku semoga tidak sesekali lupa akan pengalaman ini. Maka jadikanlah pengalaman-pengalaman tersebut sebagai Turning Point apabila menghadapi Ujian-NYA.

                 Dalam beberapa hari, maka genaplah setahun Aku kembali. Ketika diri berseorangan, sering bagiku mengenang kisah disana. Selalunya terukir senyuman riang pada wajah. Disebalik senyum dan gelak ketawa, tersimpan berbagai penyesalan dan pengajaran. Ada kalanya, mengalir air mata yang cuba disembunyikan dari orang lain.

                 Kini, tamatlah semester 1 bagi program diploma di GMI. Disebalik kegagalan, Aku mulai mengerti erti kejayaan yang sebenar. Kini, hala tuju ku sentiasa terpaut dihati. Selamat Tinggal duhai pengalaman lama. Usah dikenang memori-memori lama, kerana ianya tidak mampu diubah. Sebaliknya, "Strive for the Future", And "KEEP MOVING FORWARD", Ungkapan-ungkapan yang sering aku katakan pada diri.

                 Banyak sebenarnya kisah-kisah yang mahu aku kongsikan, namun keupayaan aku didalam bidnag penulisan kian berkarat. Ekoran penggunaan bahasa inggeris semasa di kelas dan juga komunikasi dengan kawan-kawan. Selepas cuti raya tahun ini, Insya Allah, Aku akan mulai mempelajari subjek electronik, dimana cita-cita aku yang dahulu mungkin akan tercapai. Aku mulai obses dalam bidang penciptaan dan mesin. Mungkin ramai yang tidak memahami diriku. Beginilah keadaan di kelas. Aku seolah-olah terasing. Bukan kerana aku sombong mahupun pendiam, tetapi disebabkan minat yang kemudian menjadi obsesi ditambah dengan sikap dan gaya aku yang agak NERD @ Skema. Apa yang aku dapat katakan hanyalah, AKU lebih rela menjadi manusia yang GANJIL mahupun Terasing daripada membuat kesilapan yang sama seperti dahulu kala.

                 Cukuplah rasanya peringatan buat diriku. Insya Allah, sekiranya aku ada kerajinan, akan ku post projek-projek yang bakal aku bina 2 bulan selepas raya ini. Insha Allah. Assalamualaikum. 

Wednesday, September 18, 2013

Reset Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 




                        Kenangan beberapa jam sebelum aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
                 

                Sejak kebelakangan ini, aku sering kali terfikir, adakah Belajar di Russia merupakan Impian aku? Adakah Aku benar-benar mahu menjadi seorang Jurutera Aeronautikal? Adakah benar aku ingin menjadi seorang JURUTERA?

                 Kisahnya bermula pada masa yang sama ketika aku mengahadapi krisis (sila baca RESET Part 1). Waktu itu merupakan penghujung musim sejuk dimana angin mulai bertiup sempoi-sempoi bahasa. Cuaca makin lama makin suam. Kombinasi pakaian semakin lama semakin menipis. Namun agak berbeza dengan keadaan HATI aku ketika itu. 

                 Hidup makin dirasakan tidak bertujuan. Kais pagi makan "Sneekers", kais petang makan nasi berlaukkan apa yang ada. Pelajaran? Huh, aku hanya tertarik dengan subjek Math dan Fizik walaupun ianya berbahasa Russia. Lawaknya, Kedua-duanya masih boleh difahami walaupun dalam bahasa Russia. 

                 Aku berjaga sepanjang malam ketika itu. Disebabkan waktu siang lebih panjang daripada malam, oleh itu aku terpaksa berjaga ekoran risau terlepas daripada Menunaikan Solat Isyak dan Subuh. Ketika rakaat terakhir solat subuh tersebut, terlintas di mindaku persoalan. Ya persoalan yang telah mengubah hidup aku. Persoalan berkenaan tujuan aku datang ke Russia. 

                 Lepas selesai Solat, aku pun berdoa moga-moga segala keputusan yang aku ambil mempunyai hikmah yang tersendiri. Maka bermulalah kembara mencari semula tujuan hidup aku. Disebabkan insiden  inilah POST ini bergelar RESET. Kerana aku berpendapat apabila hilangnya sinar mentari, kita tidak ada pilihan lain melainkan mencari sumber cahaya alternative. Lantas, aku pun memulakan monolog dalaman. 

               Aku pun tertidur. Terjaga dari tidur, aku dapati yang hari kian cerah. Namun jiwaku tidaklah secerah langit biru tanpa awan. "Huh" aku mengeluh panjang. Mungkin hari ini sama seperti hari-hari sebelum ini. Hari berlalu tanpa sebarang jawapan. Ada juga terdetik di fikiran, "adakah perlu bagiku untuk menceritakan masalah aku kepada orang lain?". Kemudiannya aku mendapati bahawasanya jawapan kepada semua persoalanku hanyalah satu iaitu IMPIAN Dan IKATAN aku Terhadap ALLAH S.W.T. 

                Sedar tak sedar, rupanya dah banyak ilmu agama yang aku telah dalami ketika itu. Begitu juga ilmu sains dan Falsafah hidup. Tidak kurang juga dengan Ilmu penulisan dan fotografi. Ya. Ilmu penulisan yang pada mulanya aku pandang endah tak endah je. Namun setelah hampir setahun, Aku dapati yang Corak penulisanku semakin hari semakin menjadi-jadi. Adakah ini IMPIAN Hidupku? 

                Otak ku semakin lama semakin penat memikirkan tujuan hidup aku. Ianya seperti mimpi ngeri buat sang Nanoprocessor (otak) ku. Lalu, aku terfikirkan akan Probability Seandainya aku balik Malaysia dan mula mencuburi bidang penulisan. Satu IDEA lebih baik daripada Tiada Idea sama sekali. Kerana sesungguhnya tanpa sebarang idea, kita mungkin tidak akan berganjak dari tempat asal kita. Jadi, aku membuat keputusan untuk menitik beratkan kehidupan aku SEANDAINYA aku menjadi seorang WARTAWAN(penulis). 

                Sejak itu, aku mulai membaca, mengkaji dan mula mencuburi bidang blog dimana walaupun blog aku tidaklah seindah blog kepunyaan Hazwani nizny, tidak semeriah Shaa Bonita, Tidak seglamour Shazrizal Shahmy, Namun yang pasti penulisanku tetap dapat membuatkan pembaca tersenyum, teruja (Ini bukan POYO) dan yang paling penting, TERKEJUT akan tindakanku Pulang Ke Tanah Air. 

                Aku pun memberanikan diri untuk bertanya pendapat kepada Encik Salman. Beliau telah nasihatkan ku banyak Ilmu-ilmu yang tidak terdapat didalam buku teks sekolah. Kata beliau ,"Biasalah Remaja umur bawah 20 tahun, mereka akan mencari dan terus mencari tujuan hidup mereka. Tak Salah untuk berubah bidang. Akan tetapi adalah salah sekiranya melakukan sesuatu Perkara yang kita tidak Sukai tanpa keikhlasan hati".  

                 Sungguh hebat kata-kata Encik Salman. Disebabkan itulah, aku sering kali travel bersamanya dan seorang lagi sahabatku (mungkin akan diceritakan akan datang). Sejak dari hari itu, Aku mula menjumpai serpihan-serpihan Puzzle(teka-teki) dalam mencari erti kehidupan bagiku. Bersambung... Insya allah.


                     Encik Salman bersama dua orang wanita German ketika pesta Medieval, Moscow.

RESET Part 1.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

              Sudah agak lama bagiku dari mengemas kinikan blog yang pada mulanya aku ingin lupuskan. Namun setelah beberapa ketika, Aku mendapati setiap tindakan yang diambil, pasti akan mengubah sesuatu samada kepada yang baik mahupun sebaliknya.

                 Untuk pengetahuan pembaca, telah hampir 2 bulan Aku meninggalkan bumi Moscow. Ya,  aku telah mengambil keputusan untuk berhenti  dari meneruskan pengajian di Moscow Aviation Institute. Ada banyak sebabnya. Faktor Bahasa yang agak sukar(bagi diriku) untuk memahami dan menguasai, Faktor Survival di perantauan dan Yang paling penting, "AKU HILANG TUJUAN HIDUP". 

                Mungkin ada yang tidak mempercayai. Hilang tujuan hidup bukanlah bermaksud aku tidak mahu meneruskan kehidupan, Akan tetapi ianya merujuk kepada persoalan "Mengapa Aku Berada Di Moscow selama ini?" Adakah kerana Ianya "OVERSEA" dimana lanskapnya jauh berbeza dengan Malaysia? Adakah kerana Aku sekadar ingin Melancong dan Menghabiskan Duit? Adakah kerana Aku benar-benar mahu menuntut ilmu di MAI? Adakah kerana Aku ingin menguji kekuatan diri aku dalam menjalani Survival di bumi Orang? 

                 Terlalu banyak persoalan mulai bermain di minda ketika itu sehingga aku merasakan diriku hilang pedoman. Aku mulai menentang Diri aku sendiri. Aku mulai melarikan diri daripada realiti kehidupan sebagai seorang Pelajar. Aku mulai mengunci diriku jauh daripada masyarakat. Kehidupanku kian tidak teratur. Sehinggakan makan dan minum tidak terurus. Apatah lagi pelajaran. Aku runsing mengenangkan ketidakbolehan aku dalam memahami Basic tatabahasa Bahasa Russia. Aku merasakan diriku jauh ketinggalan ketika di dalam kelas.

                     Pernah juga aku mencuba untuk menceritakan masalah aku kepada lecturer Ruski ku, namun mesej yang aku cuba sampaikan tidaklah se effective kerana disampaikan dalam bahasa russia. Sebenarnya aku sedar bahawasanya mereka Memahami kesengsaraan diriku dalam mempelajari bahasa mereka. Sebulan sebelum aku membuat keputusan untuk Berhenti dan Balik ke Malaysia, mereka(lecturer) ingin membantu( memberi markah lulus) di dalam ujian Bahasa Russia. Namun Seandainya aku menerima tawaran mereka, aku mungkin LULUS di kertas namun GAGAL pada praktikal. Fikiranku, "Apa gunanya Aku Lulus tanpa usaha sendiri Sedangkan Realitinya aku tidak memahami apa-apa dari ilmu yang dipelajari?"

           P.s, Aku berfikir seperti itu bukanlah kerana emosi GAGAL dan sekutu dengannya. Namun aku berfikaran seperti itu Atas Sebab Ketidaklayakan diriku. I didnt deserve that kind of HELP. I didnt worth it. Di samping itu, aku juga risau seandainya aku tidak dapat MARA kehadapan ekoran ketidakfahaman bahasa Russia. Ini bukan soal setahun dua. Ini soal 5-6 tahun belajar di Russia. Aku tidak Mahu hidup seperti ini. 

                   Mungkin terdapat banyak persoalan yang pembaca ingin bertanyakan. Walaupun tindakan yang aku telah ambil mungkin AGAK kurang BERNAS berdasarkan logik akal minda seorang DEWASA. Namun hakikatnya Aku hanyalah seorang BUDAK HINGUSAN. Aku tidak berani MENGAMBIL RESIKO. 

Bersambung.. Insya allah. 

Dilema Tanpa Tujuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                Peristiwa ini berlaku sejak 3 bulan lalu. Ianya merupakan peristiwa yang mengubah pandangan dan hala tujuan aku. Pernahkah anda mengalami krisis hilang Identiti diri? Hilang tujuan hidup? Hilang segalanya sedangkan realitinya Nikmat-nikmat tersebut masih terasa di hadapan kita?

               Disebabkan satu persoalan, lantas aku berfikir sedalam yang mungkin sehingga terlena. Setelah bangun,  ku dapati bahawa Diri aku bukanlah yang sama seperti hari semalam. Hal ini seolah-olah permainan minda pada mulanya, akan tetapi ianya semakin hari semakin menganggu JIWA ku. Persoalan yang hanya diri sendiri yang dapat mencari jawapan.

               Lalu, aku mulai mencari semula identiti dengan bertanya kepada keluarga dan rakan-rakan. Namun, semuanya hampa. Jawapan yang diberikan tidak dapat memuaskan jiwaku yang tidak tenteram. Ya aku tahu bahawasanya jawapan-jawapan mereka sangat bernas dan logik. Akan tetapi, Disebabkan Manusia dicipta dan dipengaruhi oleh HATI(niat dan hala tujuan diri), maka kata-kata mereka ibarat mencurah ke daun keladi. Bahkan turut memperluaskan kebarangkalian yang perlu dipertimbangkan ketika berfikir.

                Masa kian berlalu, begitu juga hari. Hari-hari yang berlalu dihabiskan tanpa keikhlasan. Jiwa kian tidak tenteram. Diri semakin hari semakin lemas dibuai NIKMAT-NIKMAT yang melimpah. Terdetik juga suatu ketika, "Mungkin nyawa ini hampir ke penghujungnya." Aku kian membisu dan cuba untuk menghilangkan "PERSOALAN Yang Terungkai di Minda" dengan pelbagai jenis cara. Ku dapat rasakan ketenangan jiwa. Namun ianya bukanlah berkekalan. Apa yang aku lakukan boleh diibaratkan seperti "Sambil menyelam minum air" dimana pengakhirannya aku lemas ekoran lebihan air.

                 Lalu aku mengambil tindakan drastik. Tanpa berfikir langsung, aku mulai berputus asa. "Buat apa memikirkan solusi kepada permasalahan yang aku sudah ada jawapan? Adakah aku masih memerlukan "jawapan" bagi menjaga HATI dan Jiwa ku?" kata-kata yang sering terukir dalam mindaku.
Kemudian aku mula menonton anime Naruto. Bermula pada episod 1, sehinggalah ke episod terbaru.

                 Semasa menonton, aku terfikir," Aku datang jauh-jauh demi mengejar cita-cita. Namun tindakan aku seperti men sia-siakan Nikmat ini." Tapi aku tetap juga meneruskan akitiviti tersebut. Bukan kerana tidak tahu akan akibat perbuatan ini, tetapi kerana TAKUT untuk menghadapi realiti kehidupan yang seperti "Nakhoda hilang arah disebabkan pukulan ombak yang semakin rancak".

                 Setiap mesin yang dicipta pasti memiliki fungsi yang tersendiri. Begitu juga Manusia. Tanpa tujuan, maka sesatlah dia dalam lautan yang luas. Bahkan dipenuhi dengan pelbagai jenis ancaman.

 "All that's near us we must know"
   "Could disappear any day, be careful !"
   "The main key to find happiness,
     "Lies no where else but in our souls".
     "You know the Closer you get to something, The tougher is to see it."
Terjemahan daripada lagu pembukaan Naruto Shippuden-Closer by Inoue Joe.

      I realize the screaming pain
             Hearing loud in my brain
                      But I'm going straight ahead
                                           With this scar

             Please let me show you the pain
                      My scars have made me obtain
                             Before the weight of the world
                                    Comes crashing down on my shoulders.
Terjemahan daripada lagu pembukaan Naruto Sippuden - Sign by Flow.

                 Lalu, Aku pun mendapati bahawasanya tujuan hidupku mulai luntur. Hatiku mulai gelisah dalam memikirkan tujuan hidupku yang kian berubah. Tanpa disedari, persoalan yang timbul bertukar menjadi MASALAH yang akhirnya mencetuskan kontraversi kepada semua pihak. BERSAMBUNG.....

P.s, sebenarnya draft ini telah ditulis pada 6 bulan yang lepas dari tarikh post dimana sewaktu itu aku menderita mencari tujuan yang kian hilang.. 

Tuesday, May 14, 2013

An Nakba, Perjuangan Mendapatkan Hak Semula..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

               Mungkin ramai yang tertanya mengenai perihal "An NAKBA". Nakba ini diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud "Day of Catastrophe" yang merujuk kepada pengusiran keluar Penduduk Palestine selepas kemasukan secara besar-besar yang dirancang oleh tentera zionis. Insiden ini berlaku pada tanggal 15 Mei 1948, iaitu selepas tamatnya perang dunia kedua.

                Semasa perang 1948 Palestine War, dianggarkan seramai 700 000 penduduk palestine telah dihalau keluar dari kediaman mereka. Sudahlah dihalau, kemudian kediaman mereka dimusnahkan menerusi pembakaran mahupun jentolak yang tidak pernah mengenal erti KEMANUSIAAN. Bak kata anak-anak muda sekarang, "Sudah jatuh tergolek lantas ditimpa escalator." 



                  Kini, telah 65 tahun berlalu. 65 Tahun juga masyarakat Palestine tidak merasai erti keamanan, kemerdekaan dan layanan berkemanusiaan. 65 tahun juga Majoriti umat islam diseluruh dunia yang buta mahupun Membutakan mata mereka terhadap isu ini.
  

                  Aku pun mula berfikir. Sememangnya tentera Zionis ini memiliki nikmat kepintaran. Akan tetapi, mereka tidak sesekali memiliki sebarang kekuatan mahupun "Tubuh Badan". Mereka hanya BERANI seandainya mereka memiliki LOGAM-LOGAM ciptaan mereka menerusi kepintaran. Berbeza dengan Palestine yang Berjuang kerana HAK, sehinggakan sekeping batu lebih bererti berbanding sebutir peluru. Logik akal mengatakan ianya hanyalah DUSTA dan MUSTAHIL, akan tetapi inilah realiti kehidupan. 



                  Zionis agak jarang bersemuka dengan musuhnya secara hadapan. Mereka sentiasa berada di sebalik tabir sesuatu "SANDIWARA". Bukan kerana mereka tidak memiliki sebarang kekuatan (baik mental mahupun fizikal), akan tetapi mereka hilang sesuatu nikmat yang LEBIH BERMAKNA iaitu ERTI PERJUANGAN. Mereka takut untuk terkorban ketika berjuang. 




              Aku sedar yang selama ini aku tidak pernah mengetahui sebarang ilmu pun berkenaan Hari Nakba. Aku sedar bagaimana masyarakat lebih mengetahui bila tamatnya Perang Dunia Ke 2 berbanding mengetahui 15 Mei 1948, tarikh bermulanya pengusiran berbekal 'Logam-Logam' yang meragut nyawa.



              Aku tahu kisah ini tidak pernah diceritakan di dalam buku teks Sejarah. Aku juga sedar bahawasanya tidak lengkaplah seseorang yang berani mengatakan dia sanggup berjuang di Palestine tetapi tidak mengetahui akan perihal Nakba dan kisah disebalik tabir pendudukan Zionis. 

              Pihak Zionis juga membenci akan seseorang yang MENGAMBIL tahu akan isu seperti ini. Malahan mereka semakin Cemas seandainya ramai masyarakat diluar sana yang berganding bahu disebabkan kesan daripada An Nakba. Kerana semangat inilah yang menjadi "Kunci" gagalnya rancangan mereka dalam Strategi "Divide And Conquer" yang telah berlangsung selama ratusan tahun. 

              Sekarang aku hanyalah insan yang masih mencari tujuan hidup. Mungkin aku tidak dapat melakukan sebarang perubahan kepada Dunia. Akan tetapi, setidaknya aku ada pegangan dan perjuangan walaupun mungkin ditentang oleh masyarakat mahupun Diri Sendiri.  



                     " Adakah sama penglihatan seseorang yang 'Melihat' dengan seseorang yang 'Buta'?" 
                "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it", George Santayana.  


                Mungkin beginilah perspektif mereka terhadap dunia. Mereka hanya dapat melihat dari celahan-celahan dinding. Mereka tetap mengetahui bahawasanya seandainya Zionis merampas Hak mereka, tetapi "Kunci"  tetap milik mereka untuk selama-lamanya. Insya allah. Semoga impian mereka menjadi realiti suatu hari nanti.

Friday, April 26, 2013

Dari Kaca Mata Seekor Merpati.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Corak(nama samaran) merupakan seekor merpati kerdil yang dilahirkan di dalam sebuah sistem keluarga yang besar. Sejak kecil, Corak dilahirkan agak berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Iaitu warna bulu pada badannya yang agak berbeza daripada saudara maranya yang lain. Corak dilahirkan di dalam suatu kelompok yang tidak mempunyai sebarang ikatan persaudaraan. Tempat itu bukanlah kampung halamannya.

Disebabkan Corak tergolong di dalam jenis merpati yang berhijrah mengikut musim, maka di hatinya sentiasa berubah mengikut sistem dan budaya masyarakat MERPATI setempat. Oleh itu, Corak merasakan dirinya tidak memiliki kampung halaman. Keluarga Corak sering merantau. Dari anak burung yang comel, kini telah menjelang usia remaja. Corak agak lambat untuk memahami teknik-teknik dan ilmu mengenai penerbangan. Tetapi, setelah Corak menguasainya, maka wujudlah satu semangat yang dipanggil cita-cita.

Suatu hari, ketika Corak sedang berterbangan di langit biru, Corak mendapati dirinya diperhatikan oleh seeokor helang yang gagah membelah angin. Corak mula risau akan keselamatan dirinya. Disebabkan takut, Corak memperdalamkan ilmu yang dimiliki. Semakin dalam dia mentelaah ilmu, semakin gagah otot pada sayapnya untuk menghantar badannya memecut ke langit biru.

Disebabkan perasaan ghairah dan ingin tahu yang mendalam, Corak boleh dikatakan mempunyai ilmu yang pelbagai. Walaupun sebahagian daripada ilmunya itu secetek lopak air. Disebabkan Corak mempunyai adik-beradik yang ramai, maka tak dapat dikecualikan menjadi mangsa buli saudara-maranya yang lebih tua. Tubuh Corak agak kurus dan berbulu lurus. Corak mempunyai cita-cita. Ya. Cita-cita.

Walaupun dia hanyalah seekor burung hybrid, namun dia sentiasa merasakan dirinya memiliki tujuan hidup. Disebabkan dia masih muda dan mentah, maka Cita-citanya laksana luasnya 7 lautan. Sewaktu di peringkat remaja, dia sering kali terbang bersama rakan-rakannya di dalam satu kelompok yang besar. Mereka membuat rondaan di udara, mengelilingi kawasan kediaman mereka. Satu hari, ketika Corak sedang bermain bersama rakan-rakannya, dia telah ditangkap oleh sekumpulan lelaki lalu dikurung didalam sangkar besi. Setibanya di kedai burung, kelihatan sepasang suami isteri berketurunan Cina telah membeli mereka.

Corak sangat takut. Risau akan menjadi mangsa kepada kekejaman Manusia. Kerisauan dan Curiga tersemat di dadanya. Tiba-tiba, kelihatan sebaris cahaya melintang yang semakin lama semakin membesar. Lalu terpancarlah cahaya mentari petang. Kemudian dilepaskan besi yang menjadi penghalang kepada pintu sangkar. Maka berterbanglah Corak bersama rakan-rakannya. Terbang dengan satu tujuan yang jelas terpanpang di kaca mata manusia. Ya, terbang untuk menyelamatkan diri. Apabila merasakan diri mereka selamat, maka Corak pun mula meneliti kawasan sekeliling. 

Alangkah terperanjatnya, dia kini berada di kawasan perumahan manusia. Bukan itu sahaja, Corak juga telah terputus hubungan daripada keluarga asalnya. Disebabkan letih memikirkan masalahnya, maka Corak pun hinggap pada atap sebuah rumah yang berkedudukan di persimpangan jalan. Diikuti oleh rakan-rakannya. Lalu dialihkan pandangannya kepada suami isteri tersebut. Riak wajah mereka mengambarkan mereka gembira. 

Pabila senja menjelang, kelihatan seorang manusia yang masih muda sedang menabur sesuatu pada halaman rumah. Corak memberanikan diri. Dia terbang menjunam kebawah. Lalu mendarat laksana Jet Harrier hinggap pada permukaan Aircraft Carrier. (teknik pendaratan ini digelar Vertical Take Over Landing" VTOL").


Sang manusia itu pula asyik tersengih je pabila melihat gelagat burung-burung merpati tersebut. Lalu keluar pula dari sebalik pintu kaca, seorang kanak-kanak perempuan. Dia kelihatan teruja melihat sekumpulan tetamu yang tidak disangka. Corak mula mematuk bahan yang dilemparkan pada tanah. Semakin lama, semakin laju patukan yang dihasilkan mereka. Turut kedengaran bunyi-bunyi yang mungkin berkata " Sedap juga benda berwarna putih ini. Tapi kawan-kawan, berhati-hati. Risau nyawa kita dalam bahaya." bunyi Corak kepada rakan-rakannya.

Kemudian, kedengaran suara manusia berkata," Udin, Ummu, masuk rumah. Hang pa toksah nak main dengan burung-burung tu. Najis binatang tu mungkin bahaya." kata seorang ibu kepada kedua-anaknya. Disebabkan Corak seperti terasuk dek kelazatan beras tersebut, maka tanpa disedari, kanak-kanak lelaki itu mula memberanikan diri. Dia ingin menerkam Corak. Sepantas kilat, Corak terbang dan hinggap ke atas atap. Lalu Corak berbunyi, " In Your Face, haha" terjemahan palsu dari penulis. Terukir senyuman jahat pada raut wajah budak lelaki tersebut. 

Keesokan pagi, sekali lagi telah bertaburan objek-objek putih pada lantai rumput(halaman rumah). Kali ini ditabur oleh seorang insan bergelar ibu kepada anak-anaknya. Lalu kedengaran suara budak lelaki semalam," Mama, van sekolah dah sampai. Udin pergi dulu." Dalam masa yang sama, keluarlah seorang kanak-kanak perempuan( waktu itu, dia masih comel. Sekarang tidak lagi, haha), melambai-lambai ke arah budak lelaki tersebut, merangkap abangnya(sang pembuli). 

Setelah van tersebut beredar, muncul pula seorang wanita (jiran hadapan) bertanyakan mengenai kehadiran  Corak dan saudara-maranya yang mula bermastautin di atap rumah mereka. Ibu itu menceritakan perkara tersebut. Wanita itu pun berkata,"Pasangan suami isteri itu sedang dalam kesusahan(salah seorangnya menghidap penyakit yang sukar diubati). Mengikut kepercayaan Feng Shui, maka meraka pun melepaskan Sejumlah burung agar penyakit itu boleh sembuh". Sebenarnya wanita itu(jiran hadapan) berketurunan Cina. 

Mungkin disebabkan habit semula jadi Seekor burung merpati, maka Corak dan kumpulannya memulakan rondaan mengelilingi langit kawasan perumahan tersebut. Diameter Bulatan itu semakin lama, semakin besar. Jumlah mereka dianggarkan sebanyak 30 ekor. Hari berikutnya berlalu. kedengaran bunyi van sekolah. Budak lelaki itu telah pulang dari sekolah. Sejam sebelum kepulangannya, kelihatan ibu tersebut sedang memimpin tangan anak perempuan kecilnya yang lengkap berpakaian tadika. Comel ketika itu. Sekarang, siapa yang tahu. 


 Rumah itu agak unik. Kerana ianya terletak di persimpangan jalan(lorong permulaan), dimana ia memiliki halaman berumput. Kelihatan juga pokok belimbing yang tidak berapa tinggi pada bahagian belakang. Serta pokok pandan, serai, kunyit, serta betik yang tinggi. Lalu, tanpa disadari, kelihatan kelibat binatang-binatang pemangsa yang juga menetap di Rumah itu. Pintu pagar rumah berwarna kuning. Kelihatan juga kereta berwarna putih susu. Penghuni rumah itu pula ada 8 orang. Namun, hanya seorang ahli rumah tersebut yang dilabel "black list" oleh haiwan dan hidupan yang ada di halaman rumah itu. Corak masih teringat raut wajah budak lelaki itu. 

Suatu petang, Budak lelaki itu sedang bermain dihalaman. Dia tidak berseorangan. Dia ditemani oleh seorang kanak-kanak perempuan. Budak lelaki ini sering memanipulasi keadaan. Dia sering membuli mangsa-mangsanya(termasuk adiknya, kerana dia ingin melepaskan perasaan marah akibat dibuli oleh pihak atasan). Antara mangsa utamanya ialah kucing, Si Hidung Merah. Berbekalkan badang yang Tough(pandangan kucing), bertompok hitam putih(budak lelaki itu turut mengelarnya lembu New Zealand). Kucing ini sungguh berani dan pantas ketika melakukan serangan. Mungkin kerana hanya Hidung Merah yang membalas 
kekejaman Budak lelaki tersebut, maka terjadilah perang di antara kedua-dua pihak.

Sang pembuli sering melakukan serangan dengan air (menggunakan hos yang terdapat diperkarangan hadapan rumah). Untuk membuktikan kekejamannya, Budak itu sering melancarkan serangan ketika Hidung Merah sedang melakukan tugasan besar( mengeluarkan "excess food and toxics", if you know what i mean). Kelemahan utama Hidung Merah adalah air. Ia sangat membencikan air. Laksana pertemuan antara Mangnesium dan api, maka berlarilah Ia tanpa sempat menimbus sebarang "sisa"nya. 

Si Hidung Merah bukanlah berseekoran(manusia=berseorangan). Ia memiliki 3 adik-beradik yang lain. Mereka sebenarnya anak yatim yang dikutip oleh jiran. Ibu kepada anak-anak tersebut sangat tidak bersetuju pada mulanya. Bimbang anak-anaknya tidak bertanggungjawab terhadap haiwan tersebut. Namun tanggapan beliau berubah. Anak-anaknya sangat menyukai haiwan-haiwan tersebut. Termasuk sang pembuli yang sering berpegang kepada slogan," aku mengambil berat, sebab itulah aku buli mereka". 

Banyak insiden yang berlaku pada waktu petang. Memang tugas budak lelaki itu untuk melemparkan makanan kepada burung(disebabkan dia lebih rela berbanding membuat makanan kepada kucing). Disebabkan berat mudah habis, maka Si Ibu mula mencari alternative dengan membeli jagung sebagai makanan asasi kepada burung. Kelihatan Corak semakin suka. Kadang kala, Corak mendapat makanan lain seperti Roti( selalu pada waktu pagi, dilempar oleh seorang lelaki merangkap ketua keluarga tersebut). Kadang kala, pada waktu pagi, selepas subuh, Bapa akan mengajak anak lelakinya yang degil itu untuk pergi berjoging ataupun berbasikal. Apabila pulang, Kebiasaannya budak lelaki itu akan suka bermain air, alasan yang diberikan hanyalah satu, "Mama kata kena siram pokok hari-hari". Padahal seronok bermain air.

Seperti kebiasaannya, sewaktu Corak dan Saudaranya sedang berjemur di bawah cahaya mentari, kelibat budak lelaki itu akan bersembunyi di belakang dinding. Apabila melihat Corak and Gang seakan-akan LEKA, dia mulakan serangan hendap. Walaupun dia ketahui yang langkahnya akan gagal, maka dia tetap seronok melakukannya.  Budak ini sering kali bermain di luar rumah. Kadang-kadang berteman. Kadang kala keseorangan. Sewaktu petang, pasti ada aktiviti yang dilakukan. Korek tanah (buat perangkap kucing, burung) namun selalunya gagal kerana sewaktu dah siap, pasti akan kedengaran suara, "Hang buat apa nu, Kambus balik. Tok sah nak khianat dengan binatang". Lalu dengan sedihnya, budak itu terpaksa juga menurut perintah. Dia tahu bagaimana rahsia bocor. Kerana sesungguhnya, budak tadika itulah perisik Ibu. Setiap pagi, terutama Sabtu dan Ahad, Ibu serta dua orang kanak-kanak itu akan membersihkan kawasan rumah. Budak lelaki itu hanya membantu kerana ternyata, dia dan air tidak dapat dipisahkan. 

Disebabkan kuantiti burung semakin banyak, maka kawasan berumput rumah itu dipenuhi dengan najis burung serta "Periuk Api" yang dikambus rapi. Tidak dapat disangkal, seseorang yang berlaku zalim, pasti akan mendapat balasan yang setimpal. Maka suatu hari, tanpa segan silu. Budak itu sedang mengkaji dan memerhatikan Koloni serangga bergelar kerengga yang bermastautin di pokok belimbing. Sedang mengkaji, apabila terlalu seronok dan Perasaan Ingin Tahu telah menguasai badan, Maka dibedah siasat sarang kerengga tersebut. Bermulalah perang antara Budak dan kerengga. Malangnya budak itu terpaksa berundur kerana ketika menarik hos paip, tiba-tiba paip terputus. Lalu terpercik air ke muka budak itu. Bukan itu sahaja, sewaktu, on the way nak menutup air(pressure air tinggi, jadi Air boleh kedengaran sehingga ke dapur. Disebabkan bimbang dimarahi ibunya, budak itu pun berlari mendapatkan paip. Alangkah malangnya, sudah digigit semut, terpijak pula "Periuk Api" yang bersembunyi disebalik rumput-rumput panjang. Lantas dimarahi Ibunya. 

Setelah menyesali(kononnya) perbuatannya, ternyata Corak juga sedang merancang sesuatu. Sewaktu budak itu meneliti kehidupan jentik-jentik di dalam longkang kecil, Lantas gugurlah sebutir bom "panas berserta cecair" yang mendarat di atas kepada budak lelaki itu. What's On Your Head? haha.

Setelah beberapa tahun, Corak dan generasinya telah pergi meninggalkan keluarga itu. Mungkin mereka berhijrah ke tempat lain ( terdapat banyak burung-burung baru, serta mereka hanya pulang ketika waktu makan petang). Ada juga yang mati akibat infection dan juga kutu. Selain itu, ada juga yang terkorban dibaham kucing( kucing suka test Power, mereka menangkap lalu membawa masuk ke dalam rumah. Bukan untuk dimakan, tetapi sebagai hadiah kepada tuan rumah yang menjaganya). Budak itu pula semakin lama semakin besar. Maka semakin banyaklah kajian dan pemerhatian yang dilakukan olehnya. Antaranya mengakaji ekosistem di dalam longkang sebelah rumah, metamorfosis lalat(dipaksa bersihkan tong sampah) menggunakan air, menjadi exterminator kepada nyamuk(serang tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik), serta menyerang kubu pertahanan Lipas berbekal sebotol racun serangga. 

Dia juga mempelajari bagaimana ingin menghasilkan buah belimbing tanpa kerosakan(diajar oleh pak ndaknya) dengan hanya modal yang sedikit(newspaper dan tali rafia). Dan pelbagai experiment lain. Termasuk fardhu kifayah iaitu menjadi TUKANG Beli Barang Keperluan Rumah, serta Tukang Gali Kubur Kepada haiwan yang terkorban dan tukang panjat pokok betik(habis gatal satu badan disebabkan getah betik tersebut). 

Budak itu dahulunya mempunyai cita-cita yang tinggi. Sama seperti Corak. Ingin terbang tinggi di angkasa. 
"Selamat Hari Ibu, Jasamu Akan ku Kenang", ungkapan yang telah terpendam sekian lama. 

P.s, cerita ini adalah karya penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada yang telah Meninggalkan kita. Sesungguhnya, nilai kebaikan walaupun seberat zarah sekalipun, ianya lebih baik daripada berdiam diri. Note to myself.