PENGALAMAN BAGAIMANA UNTUK BERSOLAT
APABILA DI LUAR HOSTEL
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku akan menceritakan bagaimana caranya aku menunaikan solat apabila sedang di dalam perjalanan (kiranya aku berada di luar hostel).
Mungkin anda semua telah menonton video pendek di mana seorang lelaki(di luar negara) telah menunaikan solat di atas bonet teksinya. Sekiranya belum, maka saksikanlah.
Seperti yang kita semua ketahui, bahawa tuntutan solat itu adalah suatu kewajipan ke atas semua umat islam. Akan tetapi, disebalik kewajipan tersebut, maka lahirlah keringanan-keringanan yang dalam bahasa arabnya disebut sebagai (RUKHSAH SOLAT).
Islam itu indah. Mengapa aku berkata demikian? Sebab Islam memiliki sifat-sifat yang tersendiri. Iaitu, Islam bersifat Rububiyyah, Wa'qieh, Alammiyyah(boleh dipraktikkan oleh seluruh umat manusia dan tidak luput ditelan zaman) dan Syumulliah( lengkap lagi sempurna) dan satu sifat lagi(maaf, aku terlupa istilah ini) yang bermaksud Islam itu bersifat fleksible(mengikut kondisi dan situasi seseorang muslim).
Jadi, kami di sini telah menggunakan satu kaedah yang jarang diguna pakai di Malaysia. Ilmu ini turut tidak dapat didapati dalam buku teks Pendidikan Islam. Dahulu, aku sentiasa merasakan bahawa subjek Tassawur Islam itu tidak berapa penting ekoran pelajarannya dan pengajarannya adalah asas dan juga fundamental kepada Pendidikan Islam. Akan tetapi, perspektif pemikiranku terus berubah serta-merta apabila mengaplikasikan pembelajaranku ke dalam kehidupan. Barulah aku sedar bahawa teori yang dipelajari adalah berbeza dengan praktikal.
Untuk pengetahuan pembaca, sejak kecil lagi, aku telah pun diajar oleh keluargaku mengenai solat jamak dan qasar. Hal ini kerana aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sentiasa merantau sehingga ke hari ini. Kami sering merantau sehinggakan aku dapat merasakan bahawa diriku seperti tidak memiliki kampung dan kawan yang tetap(kiranya best friend dari kecil la).
Berbalik kepada cerita asal, sebelum aku menjejakkan kaki keluar pintu bilik, aku telah diajar oleh senior bilik aku( ALIF 2nd year) agar sentiasa mengambil wuduk ataupun air sembahyang agar memudahkan diri ketika dalam perjalanan. Anda semua kena ingat, bahawa kami disini tidak sama seperti di MALAYSIA di mana kita boleh melihat masjid dan surau yang berada di mana-mana sahaja. Tetapi di sini, bayangkanlah bilangan masjid pun boleh dihitung dengan jari tangan sahaja.
Masakan pula bilangan surau. Jauh kecil sekali bilangannya berbanding di Malaysia. Setelah selesai berwuduk, kemudian aku memakai kasut. Selalunya, aku sentiasa membaca surah al-fatihah, 3 qul dan ayat kursi sebelum dan semasa keluar dari bilik. Memang amalanku sejak di bangku persekolahan lagi. Kemudian, barulah aku memulakan perjalanan.
Sekarang, aku akan menceritakan perihal keistimewaan Islam dan bukti Islam bersifat Alammiyayah dan flrksible. Seperti yang kita tahu, menurut mazhab Syafie, wuduk akan terbatal sekiranya kita bersentuhan dengan bukan muhrin dan segala perkara yang membatalkan wuduk. Persoalannya, bagaimana sekiranya aku hendak menunaikan solat sewaktu berada di luar bilik(hostel), dimana ketiadaan tempat khas untuk menunaikan solat(masjid mahupun surau)?
Pada masa yang sama pula, aku tidak dapat membasuh kaki(rukun wuduk)? Ataupun cuaca yang terlalu sejuk sekiranya aku menyentuh air, maka akan memudaratkan kesihatan diri aku?(contohnya ketika di musim sejuk dimana air mungkin mencecah takad beku). {masa winter, sebaiknya aku kena elakkan dari terkena hipertemia@sesuatu keadaan dimana apabila suhu badan menurun secara mendadak, maka segala anggota badan akan menggigil untuk menghasilkan haba. Akan tetapi, sekiranya suhu badan aku hilang secara mendadak, maka aku boleh pengsan pada bila-bila masa dan akhirnya MATI}. Serta segala masalah yang sewaktu dengannya?
Aku telah mempelajari satu penyelesaian kepada masalah tersebut. Aku tidak tahu apakah nama kaedah ini, akan tetapi senior menggelarkannya sebagai "KHUFF". Dengan adanya kaedah seperti ini, iaitu dengan hanya menyapu sedikit air(lapkan air pada sebahagian kasut) dan terus boleh melakukan solat dengan syarat aku telah mengambil air wuduk sebelum itu dan tidak sesekali menanggalkan socks mahupun kasut. Kaedah ini boleh diguna pakai oleh semua muslim yang sentiasa dalam perjalanan ataupun darurat(kiranya dalam kedaifan@serba kekurangan).
Untuk maklumat lanjut, sila klik link yang Saya selitkan ini :
Sekarang, izinkan aku untuk menceritakan bagaimana kami menunaikan solat fardu. Apabila berada di hostel, solat yang dilakukan adalah sama sitausinya seperti di Malaysia. Tetapi apabila di M.A.I (khususnya), kami akan menunaikan solat dengan berkasut. Pernahkah pembaca menunaikan solat secara begini?
Majoritinya akan berkata tidak pernah sesekali mencuba dan mungkin juga ada yang tertawa. Bukan sekadar itu sahaja, kami turut terpaksa menunaikan solat di kawasan-kawasan lapang dan tiada orang yang berlalu-pergi. Sebab pertama adalah untuk mengelakkan masyarakat RUSSIA dari memandang serong(maklumlah aku di negara yang masyarakat Islamnya "TERSEMBUNYI"(hal ini aku akan terangkan kemudian). Kedua, biarlah solat dilakukan di kawasan yang senyap, agar jiwa mudah tenteram.
Buat masa sekarang, aku@kami sentiasa menunaikan solat ZOHOR dan ASAR di bawah tangga. Ada juga di kalangan senior yang melakukan solat di dalam makmal dan sebagainya. Waktu winter nanti, Subuh akan menjadi lambat. Jarak masa antara Zohor dan Asar pula adalah sejam(mungkin akan semakin singkat). Manakala Asar dan Maghrib bezanya pula dalam 2-3 jam sahaja. Mungkin juga Aku terpaksa melakukan 4 solat fardu di MAI( bawah tangga).
Alhamdulillah, Aku telah berjaya mencari penyelesaian akan masalah ini. Dengan cara, Aku akan keluar dari kelas sewaktu Zohor untuk solat. Apabila selesai kelas, aku akan mencuba untuk menunaikan solat Asar. Sekiranya tidak sempat, maka aku terpaksa menunaikan solat secara jamak takhir. Agar berharap walau bagaimanapun kesusahan yang aku hadapi, Aku tetap dapat menunaikan solat. Insya allah.
Info tambahan dari SALADIN, apabila keluar, aku sentiasa membawa beg. Di dalam beg itu pula terisi air minuman(dalam botol), kain sejadah (mini), kompas dan jam (handphone). Sejak bermastautin di sini, aku telah belajar untuk menentukan arah kiblat, mengkaji peredaran masa serta menunaikan solat secara duduk (yang ini kes darurat semasa Aku tak dapat mencari tempat solat( waktu tu dah nak masuk Maghrib) di Shopping Complex. Jadi aku terpaksa solat di dalam bilik salin pakaian(kedai baju) secara duduk).

No comments:
Post a Comment