Dikala bumi berputar pada paksinya, begitu juga sang Matahari yang memancarkan cahayanya serta Bulan yang tidak pernah jemu memantulkan cahaya mentari agar dirinya dapat dilihat oleh seluruh makhluk yang berada di muka Bumi ini.
Hari itu, 5/12/2012, merupakan suatu hari yang sungguh indah. Langit yang mendung selama ini, secara tiba-tiba disinari cahaya bebola api gergasi. Kelihatan langit yang sungguh indah, berwarna biru pekat laksana lautan yang luas di angkasa raya. Lalu, Aku melihat diluar jendela. Tiba-tiba, kudapan rasakan sinaran mentari beserta bahangnya yang membuatkan diriku teringat kepada tanah airku.
Sudah sekian lama, YA, sejak langit mula menurunkan debu-debu putih yang sungguh indah, Kawasan ini hanya menerima cahaya matahari tanpa kehadiran bahangnya. Kami hanya menerima cahaya, tanpa sinarannya. Subhanaullah, walaupun hari-hari yang terdahulu kami dihujani oleh hujan salji (snow fall), akan tetapi, hari itu sungguh berbeza sama sekali. Mungkin agak sukar bagi diriku menceritakan keadaanya. Izinkan aku membawa anda ke hari itu...
Waktu ini adalah waktu solat zohor. Dalam pukul 2.30 petang.
Langit yang sungguh indah. Biru bagaikan lautan.
Semasa aku menunggu bas. Cuaca hari itu agak panas, bersamaan -2 darjah celcius. Oleh itu, aku membuat kesilapan besar kerana hanya memakai baju yang agak nipis. Teruskan membaca, aku akan menceritakan yang selebihnya.
Waktu gambar ini diambil, sudah hampir masuk waktu solat asar. Waktu itu pukul 2.35 petang.Lihatlah perbezaannya.
Pada mulanya, aku tidak bercadang untuk keluar pada hari tersebut. Hari itu merupakan hari Rabu, aku tiada kelas pada hari tersebut. Aku memang tidak bercadang untuk kemana-mana, sebab aku mahu bersuka ria pada hari itu. Disebabkan cuaca yang sungguh indah ini telah membuatkan diriku sentiasa menyebut nama Ilahi. Lalu, aku pun menghubungi rakan-rakan yang lain mengenai rancangan aku untuk keluar. Namun akhirnya, hanya diriku sahaja yang benar-benar menghargai peluang sebegini. Aku pun ke bilik seorang senior untuk mengambil semula Wide Lens yang dipinjamnya. Pada mulanya, aku ingin meminjam lens 50mm daripadanya akan tetapi dalam fikiranku terkeluar suatu tanda tanya iaitu, "bilakah lagi untuk aku mempelajari teknik menangkap gambar menggunakan Wide Lens?" Kemudian, senior tersebut mengajarkan aku beberapa teknik menangkap gambar menggunakan lens berkenaan.
Berbekalkan semangat dan ilmu yang ada, aku pun keluar menuju ke suatu lokasi yang Agak Cantik iaitu di Парк победи(park pobedi), suatu taman yang cantik dan dipenuhi dengan tinggalan sejarah. Disana juga terdapat sebuah Masjid yang digelar Historial And Memorial Mosque. Aku memang sengaja ke sana kerana ingin menziarahi Masjid tersebut kerana sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke dalamnya. Sebenarnya, ada banyak lagi tempat yang cantik-cantik jika dibandingkan dengan lokasi ini seperti Красная площидь и Кремль( Red Square and Kremlin).
Perjalananku ke lokasi, mengambil masa selama 40 minit dengan menaiki Metro(kereta api bawah tanah) kerana jaraknya yang agak jauh dari tempat tinggalku.
Beginilah keadaan dalam bas yang setiap hari kami rasai. Perjalanan ke terminal bas yang juga terdapat station METRO PLANERNAYA, Планерная.
Setelah melalui perjalanan yang jauh dan membosankan, akhirnya aku tiba di stesen Metro Park Pobedi. Waktu itu masih asar.
Aku sengaja menangkap gambar berserta bayang aku maklumlah, tiada yang dapat menangkapkan gambar aku. Haha.
Minta maaf, Aku tidak tahu nama monumen ini. Yang aku tahu ialah aku tersalah keluar ruang pejalan kaki. Suhu semakin bertambah sejuk. Dan hari itu juga, aku tidak memakai sebarang gloves, scarf dan kasut yang bersesuian. Taubat lepas ini aku akan sentiasa bawa didalam beg.
Kedai menjual souviner dan sebagainya.
Waktu ini, masih pukul 3.50 petang.
Gereja Ortodosk di Park Pobedi. Disini juga terdapat Rumah Ibadat bagi orang Yahudi. Tiada gambar sebab aku terpaksa berjalan dengan pantas untuk ke masjid bagi menunaikan solat Asar. Jarak antara Station metro dengan masjid itu dalam 2-3 kilometer.
Kelihatan seorang ibu yang membawa anaknya bersia-sia di taman ini, bagi mengelakkan diri dari kesibukan bandar.
Anak tangga yang sungguh licin. Disebabkan aku berjalan dengan sangat pantas, akhirnya aku rebah mencium tanah. Aku tergelincir lalu tersembam ke lantai. P.s. Tiada orang lihat masa itu. hehe.
Monumen-monumen yang terdapat di tingah-tengah pada yang sangat besar ini. Disebabkan Obelisk(Tiang) yang sangat tinggi, aku terpaksa bercangkung semasa mengangkap gambar ini. Kiranya, adalah ciri-ciri jurugambar profesional. Namun gambar yang ditangkap, tidaklah seindah gaya sang penangkap. haha.
Kelihatan sekumpulan pelancong yang sudah selesai menziarahi Muzium Bersejarah di Taman ini. Aku tidak berkesempatan untuk melawat muzium tersebut kerana beberapa sebab yang aku tidak dapat elakkan.
Aku TerTangkap gambar ini, semasa mereka 'ronda-ronda' di kawasan taman ini. Rasanya masa itu ada upacara yang aku sendiri tidak tahu. Mereka menyalakan Api di tengah-tengah padang. Dapat dilihat juga berkuntum-kuntum bunga(macam salah je tatabahasa aku ni), sejambak bunga yang tertulis padanya perkataan yang aku langsung tidak memahami. Andaian aku, mungkin diorang sedang menjalankan upacara menghormati mangsa-mangsa Perang Dunia Ke2.
Bangunan Muzium dari belakang.
Masjid berada di seberang jalan raya.
Meriam Artilery yang telah digunakan untuk mempertahankan kota Moscow pada Perang Dunia Ke2.
Masjid di Park Pobedi. Aku akan menceritakan di entri yang akan datang.
Kalau anda perhatikan betul-betul, sebenarnya adalah Turret Anti Tank dan Anti Aircraft. Juga terdapat Kapal perang di bahagian dalam. Aku pun baru sedar ketika seorang warga Turjistan memberitahu aku(walaupun aku tak memahami sepenuhnya).
Antara cara untuk mengelakkan tangan dan jari aku daripada beku. Sometimes, an unique or creative decision have to be use when overcoming some problems. Although it isn't the best way to solve it, but at least it can help you to survive. p.s, alasan je lebih, padahal salah sendiri kerana tidak membawa gloves dan scarf. Nasib baik aku ingat untuk menggunakan lip balm.. hehe.
Kelihatan Salji yang menimbun tinggi.
Aku tak pasti motif sebenar monumen ini didirikan. Yang aku pasti cuma kesemua anak tangga telah diliputi oleh Ais dan Salji.
API dan Beberapa kuntum bunga. Motifnya, aku tak pasti.
Bangunan МГУ, State University Of Moscow. Universiti yang terhebat di Moscow ini.
Minta maaf sebab masa gambar diambil, tanganku agak bergetar disebabkan suhu ketika itu mencecah -5 darjah celcius. Sehingga jari kaki dan jari tanganku tidak dapat dirasai.
Eskeletor yang setinggi 3 tingkat bangunan. Di russia, ada peraturan tersendiri ketika menggunakannya. Sebelah kiri khas untuk sesiapa yang mahu cepat. Agak susah bagi diriku untuk menerangkannya.
Setiap Metro station ada keunikan yang tersendiri. Seperti Metro ini, ianya masih baru kerana ianya siap dibina pada 2003. Kereta api pun agak baru, jika dibandingkan dengan station metro kat Planernaya la.
Akhirnya, aku tiba di Station Planernaya. Kemudian aku menaiki bas untuk pulang ke hostel.
Cukuplah setakat ini sahaja kerana saat aku menulis catatan ini, aku sedang menonton perlawanan bola antara Malaysia dan Thailand secara online.
Yang baik datang dari ALLAH SWT, yang buruk datang dari diriku yang tidak seberapa. Insya allah, aku cuba untuk siapkan catatan mengenai Masjid-Masjid di Moscow ini. Terima kasih kerana membaca. Jika ada sebarang komen mahupun cadangan, sila komen di bawah. Sekian, Assalamualaikum.