Hari ini, 12/7/2012, hampir genaplah 4 bulan diriku di bumi yang asing ini.
Sebelum itu, assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf kerana sudah terlalu lama tidak mengemas kini laman ini. Maklumlah, aku menulis apabila rajin je. Keluarga di sana 'Apa Khabar?' maklumlah kan semuanya sibuk-sibuk belaka.
Kehidupanku seperti biasa. Makan, Minum, Belajar, Tidur dan Main komputer(facebook dan game online). Beginilah kehidupanku yang AGAK membosankan. Pejam celik dah berada di bulan terakhir untuk tahun ini. Untuk pengetahuan, peperikasaanku bagi sem 1 akan dijalankan pada bulan Januari 2013 selepas cuti seminggu(sebab orang Russia sambut Kristmas pada 7 Januari setiap tahun). Selepas selesai peperiksaan, kami cuti selama 2 minggu sebab winter break.
Seperti biasa, Bahasa Russia semakin hari semakin susah dan kompleks kerana aku telah bermula mempelajari tatabahasa yang agak MENAKJUBKAN DAN MEMENINGKAN KEPALA. Lantaran itu, aku terpaksa mencari alternative bagi menguasainya.
Seperti kata-kata ahli falsafah, setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya. Maka aku telah mengatur beberapa strategi baru bagi menyelesaikan permasalahanku dengan beberapa cara seperti bermain permainan komputer online(totally dalam bahasa Russia). Setiap perkataan, aku terjemahkan kemudian aku catitkan ke dalam sebuah buku khas(buku tulis biasa je). Aku cuba untuk mencari rakan-rakan baru yang boleh bercakap dalam bahasa Russia tetapi gagal. Dan game berkenaan lama-kelamaan menjadi bosan.
Oleh yang demikian, disebabkan internet di sini sudah siap dinaik taraf kepada generasi ke4(4G), maka aku mula mempelajari bahasa russia dengan menonton video-video yang dibuat oleh manusia-manusia yang mempelajari bahasa Russia dari seluruh dunia. Selain itu, kini, aku sedang mempelajari bahasa russia dengan bantuan Facebook(page bahasa russia). Sementara itu, sekarang aku juga sedang mempelajari Kimia dalam bahasa Russia. Subjek Matematik(pengenalan) telah kami khatamkan. Selepas ini, kami mungkin akan mempelajari fizik pula.
Seminggu yang lepas, telah bermulanya musim sejuk di bandar ini. Kelihatan debu-debu kecil yang berwarna putih turun lalu menutupi segala yang ada di sini. MEREKA turun tanpa henti selama 72 jam. Dalam masa yang sama, berlaku pelbagai jenis masalah. Nanti aku akan postkan satu entri mengenai SALJI ini. Insya allah.
Dalam beberapa hari yang lepas, aku telah dipilih oleh sebuah organisasi Pelajar Malaysia Di Russia yang dikenali sebagai AZAM RUSSIA, untuk menjadi jurugambar(wakil Moscow dan MAI). Aku dapat berkenalan dengan beberapa orang senior dari universiti-universiti lain(pelajar medic) di Moscow ini. Di Samping itu, aku turun menyertai USRAH yang dilakukan pada setiap minggu. Hal ini bagi memantapkan lagi akidah dan juga pegangan Islam dalam diri kami.
Setelah menghadapi beberapa masalah dan tekanan, diriku menjadi kurang bersemangat. Ku rasakan bahawa hubunganku dengan Tuhanku semakin hari semakin menjauh. Kemudian terlintas difikiranku satu idea yang bernas iaitu (ikuti kembara aku melawat ke masjid-masjid di Moscow dalam entri seterusnya).
Waktu solat di sini pula kian hari kian berubah. Perubahan yang berlaku bukanlah seperti perubahan di Malaysia. Akan tetapi di sini, Perubahannya sungguh drastik sekali kerana pada musim winter, waktu malam lebih panjang dari waktu siang. Bayangkanlah, masuk subuh pada pukul 7.30 pagi. Syuruk(matahari terbit) pada pukul <9.30 pagi(waktu aku dalam perjalanan ke kelas), Zohor pula pukul 1.22 petang manakala Asar pada pukul 2.45 petang. Begitu juga Maghrib(matahari terbenam) pada pukul 5.00 petang dan Isyak pada pukul 7.00 malam. Kami terpaksa mendisiplinkan diri dan memikirkan pelbagai kaedah dan cara untuk menunaikan solat tidak kira di mana kami berada.
Tidak lupa pada perubahan suhu yang mengGILA. Contohnya, katakanlah semalam suhunya -4 darjah, hari ini pula 0 darjah, esok 3 darjah dan lusa secara tiba-tiba menurun kepada -5 darjah. Ramai yang demam disebabkan perubahan cuaca.
Cukuplah sampai disini sahaja penulisan kali ini sebab aku hendak menyiapkan entri-entri seterusnya. Sebelum terlupa, kepada ayahanda(ceh ayat), perbelanjaan pada bulan lepas sehingga entri ini ditulis semakin rendah. Baju winter pun dah dibeli. By the way, maybe i will go to Saint Peterburg on Spring next year. So the balance(saving) will be kept as WANG PERBELANJAAN DI SANA Ye.. hehe... p.s. agak sedih dihati memikirkan tentang bahasa inggeris aku yang kian hari kian merosot (плохо). Terima kasih kerana membaca.... (ada member yang masih tidak mendapat sebarang jawapan, haha).

jaga kesihatan elok2...
ReplyDeletesebab dekat sana suhu boleh mencecah hingga -10 ke atas...
bykkan taye pengalaman senior cara nk hidup dkat sane...