Friday, April 12, 2013

Susu Expired.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Kisahnya bermula pada suatu pagi, ketika sedang bersarapan. Selepas menunaikan solat Subuh, seperti biasa, aku akan melayari internet. Ketika itu, sempat ku menelan beberapa biji buah kurma. Disebabkan aku hanya menjamu sedikit santapan pada malam sebelumnya, jadi perutku memerlukan sesuatu yang BERAT untuk diisi. Ku buka peti ais. Ku ambil sebotol kecil yogurt, lalu ku minum. Lalu ku ambil sebotol susu yang terdapat di sisi pintu peti ais. 

Tanpa segan silu, ku isi cerial meal ke dalam cawan kesayangan ku(satu-satunya cawan yang aku ada). Disebabkan leka melayari internet, aku pun terus menjamu selera. Mungkin kerana lapar, hampir 2/3 gelas telah habis ku minum. Lalu, muncullah musuh yang aku benci sejak berhijrah ke sini. LIPAS.... Ia merayap di atas skrin laptop aku.



 Aku pun menepis. Lalu ia berlari ketakutan laksana LIPAS Kudung. Kemudian ia berhenti seketika(mungkin R&R) pada tudung botol(susu). Seperti kebanyakkan serangga lain, Ku tanggkap dengan tanganku, lalu ku hempas sekuat hati ke lantai. Terukir senyuman manis di wajahku. 



Ku betulkan semula kedudukan Susu. Tiba-tiba, ku sedari. 




Terdapat tarikh(3/23/2013), yang merupakan tarikh Susu berkenaan dikeluarkan dari kilang. maksudnya, hampir 3 minggu di dalam peti. Dan yang membimbangkan aku, 3/4 dah dalam perutku. Patutlah rasa macam lain je. Aku terperanjat seketika. 


Agak-agak pembacalah apakah tindakan aku seterusnya? Adakah aku terus 
membuang susu tersebut dengan serta mertanya?



Kalau begitu, aku mungkin tidak akan ceritakan di dalam entri ini. Apa yang menarik adalah, 1, Susu itu merupakan satu satunya susu yang aku ada ketika itu ( tidak sedap sekiranya memakan cerial tanpa susu). Kedua,  aku malas nak memasak di dapur pada waktu pagi. Ketiga, aku tak suka membazir. hehe. 
  


Disebabkan aku terasa seperti terikat dengan Alasan bodoh ini, aku pun meneguk semula susu yang ada. Namun ketika tegukan yang kedua, terlintas difikiranku "Tak bahaya ke minum susu expired?". Lantas aku berlari ke bilik air dan memuntahkan tinggalan yang ada dalam mulutku. Ku buang susu tersebut.  Lagi sejam, aku kena mulakan perjalanan ke kelas. Disebabkan aku khuatir mengenai kondisi perutku, maka aku mengambil keputusan untuk tidak hadir. Maunya kalau-kalau aku sakit perut nanti, Di mana dan bagaimana cara untuk meyucikannya? Dah lah suasana sejuk ketika itu. Sesungguhnya kata-kata fikiranku agak logik. 



Aku duduk semula di kerusi ku. Lalu melayari Google untuk mencari kesan terminum susu basi. Sebelum sempat membaca, perutku meragam. Setelah selesai mengeluarkan segala "harta Karun", maka aku teruskan pembacaan....


Tidak ada sesiapa yang dapat dipersalahkan melainkan diriku sendiri. hehe. 



1 comment:

  1. kitorang kat sini pulak rase sayang nak buang rempah2 kari,sup sume from msia..bnyak sgt smpai x tergune. last skali tgk2 dh expired..huhuu

    ReplyDelete