Friday, March 29, 2013

Gambar yang menjadi Inspirasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lepas, aku telah memuat naik satu gambar di Facebook. Agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh pembaca. Lalu aku mengambil keputusan untuk menulis ke dalam blog.


Gambar dirakam semasa aku dalam perjalanan keluar dari kawasan Muzium Leo Tolstoy, Tula. Sewaktu aku berjalan, aku sempat melihat wajah nenek ini yang sungguh ceria beserta senyuman manis. Aku ingat kerana sememangnya penduduk di sini agak Mesra. Namun aku masih tertanya-tanya mengapa nenek itu masih bersemangat untuk meredah ribut salji(ya ketika itu, ribut salji. Disebabkan gambar ini telah diedit{menjadikannya cerah sedikit} maka hilanglah bukti-bukti yang hari itu ribut salji(salji lebat). 

Hari itu merupakan ahari ahad(pada penghujung cuti musim sejuk di Russia). Mungkinkah beliau ingin menikmati keindahan alam sekitar di sini( kerana semasa di dalam kereta api ke Moscow, Kami telah bersembang dengan beberapa penumpang, kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka pulang ke Moscow untuk bertemu@tinggal bersama anak-anak mereka. 

Komen dan pandangan dari sahabat lain di facebook. 

Ada yang mengatakan " perjalanan mesti diteruskan walaupun usia dan tubuh semakin uzur". Benar katanya, PERJUANGAN dan Survival dalam kehidupan tidak dihalang oleh Usia mahupun fizikal seseorang. 

 I'm out of words; is it a real pic bro. Mashallah!!!  Ada yang terkejut apabila melihat realiti ini. 


Tapi ada satu komen yang membuka minda aku. Komen dari Seorang Guru sejak dari kecil sehingga sekarang. Guru yang aku sangat hormati dan geruni merangkap Ayah aku.
Mungkin inilah Jurang perbezaan antara ilmu dan pengalaman seseorang.  Ayahku berkata "  itulah kehidupan,bermula dengan bertatih bila akan kembali pun terpaksa dibantu.manusia tidak sempurna ada masa ia mempunyai kekuatan, sampai masanya ia lemah. Masa kuat perlu gandakan usaha ". 

 Waktu kita masih bayi, kita memerlukan bantuan dari Ibu dalam semua jenis aktiviti, dari bangun tidur sehingga tidur. Apabila besar, kita sudah mampu untuk berdiri sendiri.

Apabila Usia meningkat, keupayaan pada tubuh badan semakin lama semakin merosot. Maka akhirnya kita tetap juga memerlukan bantuan seseorang ketika kita menghembus nafas yang terakhir. Kini Ku mula memahami erti-erti kehidupan. 

Ada juga yang berpendapat beliau keseorangan. Sejak aku mula berhijrah ke sini, memang terdapat banyak warga emas yang sering berjalan keseorangan ataupun sesama mereka. Mungkin itulah lumrah kehidupan. Berbeza dengan apa yang kita lihat di Malaysia. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu bersembang dengan mereka semasa berada di taman-taman. Insya allah. 

Akhir kata, hormatilah golongan yang lebih tua dari kita kerana realitinya kita juga akan tua suatu hari nanti. Sekian.

No comments:

Post a Comment