Friday, March 1, 2013

Khutbah Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setelah beberapa ketika, agak sukar bagiku untuk melangkahkan kaki ke masjid bagi menghadiri Solat Jumaat. Maklumlah, Aku selalunya memiliki kelas yang perlu dihadiri (Aku tahu mungkin ada segelintir pembaca yang akan terfikir, "Mana yang lebih penting, Belajar ataupun Solat Jumaat?", Namun aku harap para pembaca bersabar kerana aku memiliki situasi dan alasan yang tersendiri). 

Namun, hari ini, kelas telah dibatalkan. Subhanallah, Allah SWT telah memberikanku peluang untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid. Alhamdulillah. 

Aku tiba 2 jam sebelum berlangsungnya solat Jumaat di masjid (Jam 12.30 tgh). Di sana, aku melihat hampir 40% ruang dalam masjid telah dipenuhi muslimin dan mukmin tempatan. 
Disebabkan suasanya persekitaran yang berbeza, secara tidak semena-mena, aku telah bersemangat untuk membaca al-quran,(selalunya satu helai sahaja), namun, itulah keunikan apabila berada di dalam masjid. 
(Tujuan aku menceritakan ibadat aku bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi, inilah titik permulaan dalam diri aku untuk memperkasakan iman aku. Insya allah.)

Khutbah pada hari ini agak menarik(walaupun aku tidak memahami 100%, namun cukuplah sekadar mendengar istilah-istilah arab dan ayat-ayat simple ruski serta raut wajah khatib, Alhamdulillah aku boleh mesej yang hendak disampaikan).

Khutbah yang sungguh ringkas dan simple. Akan tetapi, memiliki maksud yang sungguh mendalam. Khutbah yang membincangkan isu Dua Kalimah Syahadah. Semasa aku menetap di Mantin, kawasan persekitaranku dipenuhi oleh Masyarakat Luar Negara yang mejoritinya dari Benua Africa. Terdapat juga pelajar-pelajar dari negara Arab dan sewaktu dengannya. Bukan itu yang ingin aku memperketengahkan, tapi mengenai persoalan ini, " dahulu aku seringkali terfikir, apakah perasaan mereka(yang tidak memahami bahasa melayu) ketika duduk mendengar khutbah Jumaat dibaca?". 

Dan sekarang, aku sendiri memahami perasaan mereka. Namun mujurlah aku mempelajari bahasa Russia, maka bolehlah aku memahami sedikit tentang mesej yang hendak disampaikan. Insya allah. 

Akhir kata, walaupun aku masih lagi berjalan keseorangan, namun Aku tahu bahawasanya Allah SWT sentiasa melindungiku dengan RahmatNYA. Insya allah. Sekian.

1 comment:

  1. kalo my friends (laki) kt sini, diorang klua je from class utk gi masjid solat jumaat.huhuuu.maybe korang susah sket la kot.

    ReplyDelete