Friday, March 29, 2013

Gambar yang menjadi Inspirasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lepas, aku telah memuat naik satu gambar di Facebook. Agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh pembaca. Lalu aku mengambil keputusan untuk menulis ke dalam blog.


Gambar dirakam semasa aku dalam perjalanan keluar dari kawasan Muzium Leo Tolstoy, Tula. Sewaktu aku berjalan, aku sempat melihat wajah nenek ini yang sungguh ceria beserta senyuman manis. Aku ingat kerana sememangnya penduduk di sini agak Mesra. Namun aku masih tertanya-tanya mengapa nenek itu masih bersemangat untuk meredah ribut salji(ya ketika itu, ribut salji. Disebabkan gambar ini telah diedit{menjadikannya cerah sedikit} maka hilanglah bukti-bukti yang hari itu ribut salji(salji lebat). 

Hari itu merupakan ahari ahad(pada penghujung cuti musim sejuk di Russia). Mungkinkah beliau ingin menikmati keindahan alam sekitar di sini( kerana semasa di dalam kereta api ke Moscow, Kami telah bersembang dengan beberapa penumpang, kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka pulang ke Moscow untuk bertemu@tinggal bersama anak-anak mereka. 

Komen dan pandangan dari sahabat lain di facebook. 

Ada yang mengatakan " perjalanan mesti diteruskan walaupun usia dan tubuh semakin uzur". Benar katanya, PERJUANGAN dan Survival dalam kehidupan tidak dihalang oleh Usia mahupun fizikal seseorang. 

 I'm out of words; is it a real pic bro. Mashallah!!!  Ada yang terkejut apabila melihat realiti ini. 


Tapi ada satu komen yang membuka minda aku. Komen dari Seorang Guru sejak dari kecil sehingga sekarang. Guru yang aku sangat hormati dan geruni merangkap Ayah aku.
Mungkin inilah Jurang perbezaan antara ilmu dan pengalaman seseorang.  Ayahku berkata "  itulah kehidupan,bermula dengan bertatih bila akan kembali pun terpaksa dibantu.manusia tidak sempurna ada masa ia mempunyai kekuatan, sampai masanya ia lemah. Masa kuat perlu gandakan usaha ". 

 Waktu kita masih bayi, kita memerlukan bantuan dari Ibu dalam semua jenis aktiviti, dari bangun tidur sehingga tidur. Apabila besar, kita sudah mampu untuk berdiri sendiri.

Apabila Usia meningkat, keupayaan pada tubuh badan semakin lama semakin merosot. Maka akhirnya kita tetap juga memerlukan bantuan seseorang ketika kita menghembus nafas yang terakhir. Kini Ku mula memahami erti-erti kehidupan. 

Ada juga yang berpendapat beliau keseorangan. Sejak aku mula berhijrah ke sini, memang terdapat banyak warga emas yang sering berjalan keseorangan ataupun sesama mereka. Mungkin itulah lumrah kehidupan. Berbeza dengan apa yang kita lihat di Malaysia. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu bersembang dengan mereka semasa berada di taman-taman. Insya allah. 

Akhir kata, hormatilah golongan yang lebih tua dari kita kerana realitinya kita juga akan tua suatu hari nanti. Sekian.

Harimau Salji.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
(dikarang pada 2 minggu sebelum tarikh publish)

Sudah 4 hari bumi Moscow dihujani salji-salji putih yang keras membeku. Kehadiran MEREKA telah menyulitkan kehidupan Aku disini. Mereka menutupi setiap objek yang terdedah sehingga terdapat sesetengah kawasan yang sedalam paras lutut aku(di atas tasik yang telah beku di belakang hostel aku). 4 hari aku tidak menerima Cahaya Mentari. 4 hari Aku meredah hujan salji.

Minggu ini, cuaca di sini sungguh extreme sekali. Perubahan suhu yang sangat ketara menyebabkan sesetengah penduduk disini yang jatuh sakit(mungkin kerana tidak biasa ataupun terlalu lama terdedah di kawasan terbuka), Namun, alhamdulillah, Aku dan rakan-rakan yang lain sihat sejahtera.

Setelah hampir 4 bulan(tertakluk kepada pengiraan pembaca), fizikalku telah melalui proses adaptasi yang agak ketara, Walaupun pada mulanya aku menghadapi masalah kulit mengelupas dan rekahan pada bibir dan kulit. 

Petang itu, aku tiba-tiba terfikir untuk keluar bermain salji(sebenarnya sebelum ini, aku sering merasakan yang musim winter adalah musim yang membebankan diriku). Setelah hampir 4 bulan, inilah pertama kali aku benar-benar merasai nikmat bermain salji bersama dua orang kawanku(itu pun aku paksa keluar, hehe). Biarlah gambar yang menjelaskan segalanya.


                                              Permandangan Dari tingkap bilik.








 Maaf kerana waktu kami keluar, ketika itu turunnya salji yang semakin lebat. Oleh itu, Lens kamera agak kabur(diselaputi salji dan wap air).

                                             2 orang sahabat yang dipaksa keluar. haha
 Bola salji pertama. Namun dia membuat kesalahan yang besar kerana terlupa memakai sarung tangan. Kesimpulannya, jangan contoh aksi diatas. Bimbang menjadi beku. 

 Sebenarnya kawasan ini merupakan kawasan reakrasi. Inilah kondisi sewaktu musim sejuk. Semua objek diselaputi salji putih.


 Disebabkan Rasyid mengalah awal( kerana tidak memakai glove) maka hanya Salam yang mampu membalas seranganku. 

                                                          Kawasan ini merupakan tasik beku. 
                                             Gaya je lebih. Padahal kesejukkan. hehe
 


                                         Bukan selalu ada orang merakam gambar aku. 

 Masa kat Malaysia dahulu, aku pernah kata pada adikku bahawasanya aku akan baring di atas salji. So hang bila lagi Ummu. haha
 Saat aku merakam gambar ini, aku mula terfikir akan nikmat yang diberikan. Aku bersyukur pada Tuhan pencipta alam kerana telah memberi kesempatan padaku untuk merasai sesuatu yang aku tidak pernah lalui selama 19 tahun aku hidup.



                          Rasanya, apa yang penulis sedang fikirkan ketika itu?

Bergambar besama Rasyid. Yang aku sedar ialah, aku perlu memotong rambut. Dah terlalu panjang rasanya. 


        Masing-masing memikirkan nikmat yang diberikan. 




 Waktu ini aku sedang baring pada atas salji keseorangan. Lalu aku membuat refleksi diri (perasaan menjadi tenang apabila kita mula menikmati alam sekitar dan persekitaran.

Terlintas juga di mindaku akan Masalah dan kesusahan yang dihadapi aku. Sikap Malas yang masih sukar untuk diubati. Begitu juga perjuangan aku dalam menimba ilmu. Aku juga terfikir semula tujuan aku datang ke sini. Makanan untuk malam itu. Hubungan aku dengan Tuhan Penciptaku. Persoalan demi persoalan timbul di fikiranku. 











Lalu segalanya ku rasakan seolah-oleh terhenti seketika.  Ku genggam semula  jari-jariku.  Dalam masa yang sama, Fikiranku mulai dipenuhi dengan sebab dan tujuan Aku datang kesini pada mulanya. Bersyukurkah aku selama ini? 

Lalu aku menutup kedua-dua mataku. Mengucap dua kalimah syahadah. Membacakan Al Fatihah kepada mereka yang telah tinggalkanku. Tertitislah air mata yang keluar secara semula jadi. Dan aku sedar yang perjuangan aku masih belum berakhirnya sekiranya aku mengalami kegagalan. 

Memang benar kita merasakan bahawasanya masa mengalir seperti air yang mengalir deras. Namun, Telah terbukti pada diriku yang sebenarnya, fikiran manusia yang mempengaruhi Masa. Seandainya aku duduk sambil memuji kebesaran Tuhan penciptaku, aku merasai yang waktu bergerak lebih lambat dari biasa( mungkin kerana kita sering kali memikirkan@membimbangkan akan masalah yang dihadapi sehingga kita sendiri terlupa untuk melihat persekitaran kita. 
 Adakah perjuangan aku terhenti disini? Adakah Aku akan kembali sebagai seorang yang gagal? Rasanya tidak!!! Apabila difikirkan semula, Mungkin aku gagal didalam beberapa aspek kehidupan, Akan tetapi, mungkin aku masih hebat dalam beberapa perkara lain. Kepada pembaca yang mempunyai masalah yang sama sepertiku, refleksikan semula diri anda. Dan jangan sesekali membiarkan Sehari Berlalu tanpa sebarang Ilmu pengetahuan yang Baru Dan Bermanfaat kepada Masyarakat. Mungkin kita kalah di bidang akademik, akan tetapi kita menang dibidang realiti kehidupan(mencapai kebahagiaan diri kita sendiri). Insya allah.



Pintu masuk ke hostel MAI. Bendera Malayisa terletak di hujung atas sebelah kanan papan tanda. Ingatlah, Harimau berupaya untuk menerkam(mencapai kejayaan) mangsanya(tujuan hidup). Persoalannya Sama ada kita berani ataupun tidak. Sekian.

Sehari Berkunjung Ke ТУЛА, TULA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

                  Pada cuti winter yang lepas, Aku telah mengembara ke TULA, salah satu bandar kecil, 190 KM dari bandaraya Moscow. Namun, kali ini, Aku tidak keseorangan lagi. Aku telah bertemu dengan Beberapa Hamba Allah yang mempunyai tujuan mereka tersendiri. Begitu juga aku. Berbekalkan dengan Tujuan masing-masing, Kami bersetuju untuk mengembara.

Ahad, Minggu terakhir cuti winter,

                   Train (train elektrik, lebih kurang macam komuter di Malaysia) dijadualkan bertolak ke destinasi pada pukul
6.52 pagi. Disebabkan lokasi tempat tinggal masing-masing adalah jauh dari stesen Metro Курская, (Aku dan Wan mengambil masa selama 45 minit untuk tiba di sana). Manakala bagi Encik Salman pula mengambil masa selama 35 minit perjalanan. Hari itu, Aku terlewat bangun. Lewat 20 minit dari yang dirancang.

                     Begitu juga Wan. Tepat pukul 5.50 pagi, kami bertolak keluar dari hostel, cuaca hari itu ibarat suam-suam kuku kambing( 2 degree), dan kami terpaksa berjalan kaki  ke stesen metro disebabkan ketiadaan Bas.
6.10 pagi, kami menaiki metro menghala ke stesen Курская (bangunan sebelah iaitu bangunan Курская Вокзал). Di sana, aku menunggu kemunculan Encik Salman, namun telah ditakdirkan(setelah penat lelah aku berlari dan mencari) kami hanya terlewat 3 minit sahaja. Ketika itu agak kecewa.

                    Sebenarnya ada hikmah juga. Itulah pentingnya ketepatan masa. Namun, apa yang menarik adalah, En Salman telah membuat kajian terlebih dahulu mengenai info-info Tula. Lalu beliau memberitahu kami mengenai jalan alternative lain untuk ke sana dengan menggunakan Машрут(van) yang terdapat  di Stesen metro Домодедовская (terdapat juga bas untuk ke lapangan terbang Moscow DME). Disebabkan tidak mahu menunggu train yang akan bertolak pada pukul 10 pagi, maka kami pun bersetuju untuk mencuba idea beliau (waktu itu, baru pukul 7 pagi). Jadi merasalah aku pengalaman solat Subuh di dalam metro.

                       Setibanya di stesen tersebut, Wan yang juga merupakan jurubahasa kami, tanpa segan silu menanyakan arah dan panduan untuk ke Tula. Disebabkan sikap yang berwaspada, Dia bertanya kepada seorang pemandu bas(menuju airport) untuk kesahihan. Sama seperti di mana-mana sahaja, kita perlu sentiasa berwaspada akan setiap tindakan yang diambil. Tambang van tersebut hanya 400 rubles, mahal sikit daripada harga tiket tren. Di dalam van, kami sempat Bersarapan : sebenarnya disebabkan kami hanya pergi selama sehari, oleh itu kami membawa bekalan makanan sendiri. En Salman telah menyediakan sarapan nasi goreng(inilah antara sebab beliau terlewat), Aku pula sempat menyediakan Teh Nescafe panas yang diletakkan di dalam bekas Thermos aku. Aku juga membawa beberapa bungkus biskut. Manakala Wan, membawa biskut.

                      8.30 pagi, van telah memulakan perjalanan. Cuaca ketika itu tidak berapa baik. Oleh itu, aku tidak dapat merakam gambar-gambar yang menarik. Aku mempelajari yang lebuhraya di sini memiliki 3 haluan, dimana laluan paling kiri ialah laluan paling laju. Hampir 3 jam perjalanan, kami tiba ke destinasi. Walaupun terlewat 3 jam dari rancangan, maka kami  hanya sempat menziarahi ke Musium Leo Tolstoy kerana sememangnya inilah tujuan utama ekspedisi kami. Tujuan aku ke Tula sebenarnya untuk melihat musium senjata(artillery, kerana mereka boleh dikatakan hebat dalam penghasilan senjata ini). Di sini juga terdapat Universiti Senjata dan ketenteraan. Untuk pengetahuan pembaca, Sebenarnya Tula telah ditawan oleh Tentera German semasa perang dunia ke2. Namun disebabkan Cuaca yang agak extreme, maka tentera German telah berundur. Mungkin nanti, aku akan membuat penyelidikan mengenainya dan tulis pada entri yang akan datang. Insya allah.

                      Bandar Tula tidaklah terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Sukar untuk aku mengatakan kerana faktor cuaca yang bersalji. Katanya di Tula juga memiliki Kremlin yang tersendiri. Apa yang menarik semasa di Tula ialah masyarakatnya. Mereka boleh diketegorikan antara yang ramah dan baik(berbanding masyarakat Moscow itu sendiri).


Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Disebabkan waktu itu adalah musim winter, maka matahari terbit pada pukul 9 pagi.
Menikmati sarapan pagi dan teh yang dibancuh sendiri (bangga) semasa di dalam van ke Tula.

                                   Nasi gorang yang dibawa oleh Encik Salman. Sedap..
 Suasana di dalam Van ketika dalam perjalanan. Maaf kerana kenderaan agak tidak stabil.
 Stesen Minyak SHELL, Semenjak aku berhijrah ke sini, inilah pertama kali aku menjumpai stesen Shell di sini.
Suasana di pekan Tula, tengah hari. Disebabkan cuaca hari itu bersalji dan suhu 0 darjah, maka kawasan tersebut dipenuhi lopak air.
Gempak kan!!!! Tramvai jenis ni masih berfungsi dan menjadi pengangkutan utama penduduk di sini.
                               Ketua Rombongan dan Maklumat, Encik Salman Ahmad.
Jurubahasa, Wan dari MAI, kelihatan dia sedang mencari pengangkutan yang sesuai untuk ke YASNAYA POLYANA, Ясная Полная yang merupakan sebuah pekan kecil, terletaknya Musium Rumah Leo Tolstoy.
Sesi berbual mesra dan mencari maklumat semasa di dalam Van. Kelihatan penduduk disini agak Ramah. Mereka memberi pandangan dan maklumat tentang kawasan-kawasan yang menarik di sini.
Salah satu jalan untuk ke Muzium tersebut. Untuk pengetahuan pembaca, Disebabkan Russia masih lagi meletakkan Sektor Perlancongan sebagai Punca Ekonomi Utama, maka tidak terdapat satu pun tanda arah. Seperti yang kita lihat, Anda mungkin tidak menyangka bahawa terdapat sesuatu khazanah disebalik hutan ini.



Cuba pembaca teka, bangunan apakah ini? Anda mungkin tidak menyangka bahawa bangunan ini merupakan Sekolah Rendah di kawasan ini. Kelihatan usang bukan???.
Tugu Leo Tolstoy yang dibina di hadapan pintu masuk kawasan sekolah tersebut. Sebenarnya Sekolah ini telah diwujudkan oleh anak Leo Tolstoy, Dengan tujuan untuk memperingati jasa Leo Tolstoy.



                                            Terjemahan, 1884-1979,  Alexander Livavna Tolstoy
               Merupakan anak perempuan Leo Tolstoy, merangkap Direktor Pertama Bagi Sekolah ini.




Tugu untuk memperingati Askar-askar yang terkorban semasa perang dunia Kedua. Semasa itu, Tula telah ditawan oleh askar German pimpinan Hitler.




Asyik gambar mereka sahaja, beginilah cara aku merakam gambar. Walaupun terpaksa meredah Salji yang setinggi paras lutut.

Disebabkan Masyarakat di sini agak Ramah dan Suka senyum, Jadi kami boleh bertanya kepada sesiapa sahaja.
Walaupun waktu itu bersalji lebat, namun ternyata masyakat di sini suka berjalan-jalan di sini. Leo Tolstoy mendirikan rumahnya di dalam hutan. Mungkin kerana beliau inginkan ketenangan ketika menulis.
Encik Salman bersama Seorang penduduk Tula yang bernama, Vladimir. Sebenarnya kami telah bertemu dengannya sewaktu di dalam Van tersebut. Beliau telah menunggu kami di hadapan pintu masuk ke musium tersebut semata-mata ingin menghantar kami ke stesen kereta api. Mungkin kerana beliau terharu. Semasa di dalam Van, beliau banyak menceritakan mengenai TULA. Agak Ramah orangnya. Kemudian, Encik Salman telah memberikan wang kertas Rm1 sebagai cenderamata kepada beliau. Mungkin disebabkan tindakan inilah, beliau sanggup menunggu(agak lama juga) kami.

Namun, disebabkan perasaan curiga dan takut ( Sebab kami tidak mengetahui niat dan tujuannya) maka kami menolak pelawaannya. Setelah berjalan 50 meter ke arah sekolah, kedengaran hon kereta MPV , dibukanya tingkap, lalu kelihatan Encik Vladimir yang sekali lagi mempelawa kami ( Sebab waktu tu ribut salji, dan kami kelihatan AGAK KESIAN). Namun jawapan kami tetap sama. Kami mengucapkan terima kasih dan memberikan senyuman. Setelah kendaraan tersebut bergerak kehadapan, kelihatan seorang wanita yang diduduk bersebelahan Vladimir. Sejak itulah, kami terfikir semula. Mungkin Encik Vladimir ikhlas membantu kami. Ketika itu, Aku terfikir, mungkin aku perlu mengubah mentaliti dan pemikiran aku untuk memahami perilaku seseorang manusia, terutamanya bangsa yang kita tidak kenali sifatnya.


Hanya di Tula, ketika kami dalam perjalanan ke stesen kereta api dari pusat pekan Tula, tiba-tiba kedengaran lagu-lagu inggeris yang dimainkan menerusi speaker-speaker yang terpasang pada beberapa tiang elektrik. Lagu yang dipasang saat itu pula yang berjenis Jazz(lagu feeling). Lalu, perjalanan kami terhenti seketika. Mencari-cari punca musik tersebut. Dihujani salji-salji putih yang renyai-renyai, kami berdiri dan menghayati musik tersebut.


Urus niaga di dalam kereta api sewaktu pulang ke Moscow. Kalau kat Malaysia, perkara seperti ini adalah sangat RARE (jarang ada), iaitu seorang nenek tua yang membawa bahan-bahan bacaan lalu menjualnya kepada penumpang kereta api. Perkara yang menarik ialah, bahan-bahan bacaan yang dijual adalah seperti surat khabar-surat khabar (hari itu) serta beberapa Majalah bahasa russia. Kiranya, beliau menjual semula bahan-bahan yang beliau telah habis baca, dengan harga yang murah.(mungkin aku perlu menceritakan mengenai tabiat membaca masyarakat disini pada entri yang lain).
 
                                             Style bukan?



Ketulan ais yang sangat padu. Cuba anda bayangkan sekiranya ketulan seperti ini terjatuh keatas anda ketika anda berjalan kaki?


Mungkin ada yang tertanya, bagaimana mereka membersihkan Ais dan salji-salji yang bertimbun di jalan-jalan raya. Beginilah antara kaedahnya.

                                           MASKOVSKIIE VOLKZAL, Stetsen kereta api.
                                                Tiket kereta api elektrik ( Электро поезд).

       Pintu gerbang yang menjadi pemisah antara kawasan sekolah dan juga kawasan menuju ke Muzium Leo Tolstoy.

Kedai dan juga restoran berhadapan pintu masuk ke kawasan musium tersebut.





              Sehinggakan bahasa korea dan beberapa bahasa asing juga terdapat pada setiap papan tanda.


Jarak antara pintu masuk dan musium tersebut mungkin dalam satu kilometer juga. Kalau anda perhatikan, terdapat sepasang kekasih yang turut menikmati keindahan alam, (maaf, aku tidak komen mengenainya).








Rumah kucing. Semasa di dalam muzium tersebut, kelihatan beberapa ekor kucing dari pelbagai jenis dan warna. Mungkinkah Leo Tolstoy dahulunya menyukai kucing? Kucing disini pula agak manja.



       Demi memelihara kebersihan di dalam muzium tersebut, pelawat diwajibkan memakai selipar(kasut di dalam selipar) sebagai alas.
Kucing kat sini memang manja, dah la manja, comel pulak tu. Tertanya dihati, siapa lagi comel, aku ataupun kucing tersebut? haha. P.s sebenarnya kucing ini Manja semata-mata untuk mendapatkan haba (dia kesejukan diluar rumah).


Gambar-gambar terakhir sebelum bertolak balik di perkarangan Muzium.

                                          Pandangan pembaca terhadap gambar ini?

Mereka sekeluarga bersiar-siar pada waktu petang. Rasanya anjing-anjing ini juga milik keluarga ini.
                                                           Seronoknya, tidak perlu berjalan.


Encik Salman sedang melihat cenderamata yang ingin dibeli beliau. Cenderamata berupa magnet(letak pada pitu peti ais, keychains)

Ingat lagi? Sebenarnya, pada mulanya kami ingin menjejakkan kaki kedalam sekolah ini. Namun cikgu-cikgu di dalamnya sedang sibuk mengecat dan membersihkan sekolah tersebut(waktu itu cuti sekolah). Jadi, setelah peristiwa bertemu dengan encik Vladimir, kami sekali lagi mencuba nasib. Alhamdulillah, Kami ditakdirkan untuk masuk dan merasai sendiri. 
Agak berbeza kondisi sekolah itu. Di luar bangunan ini kelihatan tidak tersusun. Namun sebaliknya keadaan di dalam. Patung Leo Tolstoy sebagai mengenang jasa beliau.



школа хороша только тогда когда она осознала те основные законы, которыми живет народ. 
School is good only when it is aware of the basic laws by which people live. 
Beginilah kehidupan kami pada musim Sejuk. Terpaksa menempuh salji-salji dan berhati-hati ketika melangkah kehadapan bimbang terjatuh kebelakang. (pengalaman). 


Sedang menunggu kenderaan(van) untuk ke pekan Tula.



Apabila bersembang, orangnya tidak banyak  bercakap( kerana banyak ilmu di dada), bila bergambar pula(pada mulanya) agak segan. Kepada sesiapa yang berkenan, mungkin peluang masih terbuka. hehe.


Perjalanan Balik ke Moscow, kereta api bertolak jam 7.30 malam. kami tiba di Moscow pada pukul 11 malam. Tiba di hostel dalam pukul 12 hingga 1 pagi.
Perkara yang paling leceh dilakukan ketika musim winter adalah membersihkan halaman(kawasan pejalan kaki) yang dipenuhi salji. Keadaan bertambah rumit apabila salji mula membeku membentuk Solid Ice dimana permukaannya licin dan sukar untuk dibersihkan(kena ketuk dengan sesuatu).



Disebabkan Di dalam muzium ini dilarang merakam sebarang gambar( kami ada kamera spy), maka aku terpaksa memikul Dslr tanpa sebarang rakaman.




Bak kata orang dahulu, "Kalau kalian mahu menulis sesuatu yag bermakna, maka perbanyakkan dan perbagaikanlah sumber bacaan kalian". Perpustakaan mini Leo Tolstoy.

Karya-karya Beliau sewaktu zaman kegemilangannya.








Jendela yang terdapat di dalam bilik khas( bilik menulis Leo Tolstoy). Aku masih teringat kata-kata yang dikeluarkan oleh encik Salman ketika itu. " Mungkin beginilah beliau(leo tolstoy) dapat menulis dengan tenang dan kreatif apabila beliau memerhatikan paronama di luar jendela. 
Dua orang penulis, sedang merasai sendiri perasaan yang mungkin dirasai oleh Leo Tolstoy sewaktu beliau menghasilkan karyanya. 
          Beginilah cara kami merakam gambar-gambar curi. hehe. Advance in technology may beneficial to us. 


                                              Cenderamata-cenderamata yang dijual di sini. 







Gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital milik encik Salman( Dslr aku kehabisan bateri) semasa di dalam perjalanan ke Stesen Kereta Api Tula. 

Akhir kata, aku ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama dalam menyiapkan entri ini. Di samping itu, Kronologi gambar adalah tidak tersusun. Hal ini disebabkan, aku mengambil gambar dari 3 kamera yang berbeza. Semasa penulisan ini dilakukan, aku merasa sungguh malas untuk menyusunnya. Rasanya, ini bukanlah kali terakhir aku melawat Tula. Disebabkan kesuntukan masa, terdapat banyak lagi kawasan-kawasan menarik di Tula yang aku belum kunjungi. Terima kasih kerana membaca.