Saturday, December 29, 2012

10 Hari Sebelum Menghadapi EXAM pertama.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, ДРАСТВЙТЕ..

                  Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi semester ini dan juga bagi tahun 2012. 
Sehubungan itu, aku dan rakan-rakan sekelas(idea diorang) telah bercadang untuk memberikan hadiah kepada lecturer-lecturer Bahasa Russia Kami.
                   
                 Kawan-kawanku dari Veitnam telah menghiasi kelas kami dengan indah sekali bagi menyambut Tahun Baru 2013 serta Kristmas pada 7 Januari 2013(diorang Kristian Ortodosk). Hadiah diberikan sebagai tanda berterima kasih kepada Lecturer-Lecturer yang bertungkus lumus memperkasarkan bahasa Russia kami. Selepas Peperiksaan, kami akan mula mempelajari Fizik, Kimia(asas), Matematik, Lukisan kejuteraan dan Bahasa Russia yang semakin Kompleks. 

 Rambut aku dah bertambah panjang. Beginilah suasana di dalam  kelas. Kalau anda perasan, dalam kelas ini terdapat juga konsep 1 Malaysia, cuma Cina nya dari China dan Indianya berasal dari India. Dan aku agak rapat dengan mereka. Lepas ni, apabila dah fasih berbahasa russia, mungkin aku akan dapat bersembang dengan kawan-kawan dari vietnam.





 FUK,ketua kumpulan aku, dari Vietnam, telah memberikan hadiah(gambar dan coklat) kepada Lecturer IRINA. Cikgu aku senyum lebar je lepas dapat hadiah tu. Aku terselamat ketika itu, sebenarnya aku tidak menyiapkan kerjanya. haha.

                                                                    Di manakah aku berada?
 Minta maaf la abah, sebab gambar ni je yang ada. Sebab photografer cuma rakam sekeping je. hehe
 Sewaktu di dalam kelas, Peta dunia ini digantung pada dinding di sebelah kanan tempat duduk aku. Apabila aku melihat Peta dunia ini, Terdapat begitu banyak persoalan yang timbul di fikiranku. Antaranya, 'jauhnya jarak aku dari Malaysia', haha.
 Beginilah cara mereka menterjemahkan MALAYSIA kepada bahasa Russia.  
 Anish, dari Nepal (bekerja sambil belajar), memberikan hadiah kepada lecturer.



4 BULAN TELAH BERLALU...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

           Alhamdulillah, syukur nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada ku, Aku masih mampu berdiri dan bertahan di sini. Minggu ini antara minggu-minggu yang kritikal di mana tercetusnya perang Psikologi di dalam mindaku. Kadang kala, ku dapat rasakan yang masa berlalu dengan terlalu pantas. Begitu juga pembelajaranku, istilah-istilah yang agak sukar bagi diriku untuk menginggati dan mempraktikkannya. 

           TETAPI, sahabat-sahabat dan keluarga di Malaysia telah berpendapat yang Aku telah FASIH berbahasa Russia. Namun sangkaan mereka agak tersasar kerana ketika ini, Kefasihanku dalam berbahasa Russia masih lagi lemah dan terdapat beberapa faktor kelemahanku. Akan tetapi, setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya. 
       
          Faktor pertama dan paling penting ialah KEHILANGAN SEMANGAT BELAJAR.. Dalam beberapa bulan yang lepas, aku diibaratkan seperti layang-layang yang terputus talinya. Aku hilang dan aku terus mendiamkan diri. Aku seperti hidup di dalam dunia sendiri, Dunia fantasi yang jauh daripada realiti. Aku hampir dikalahkan di dalam perang psikologi tersebut. Kemudian, muncullah seorang Sahabat yang telah berjaya menaikkan semula semangatku ( sebenarnya dia tidak mengetahui yang aku memiliki masalah tersendiri). Alhamdulillah, kini aku mempunyai semangat semula. Barulah ku sedar yang Manusia ini ibaratkan "bateri, apabila telah lama digunakan mahupun telah habis kuasa di dalamnya, maka harus dicaskan semula." Nampaknya aku telah berjaya mencipta perumpamaan-perumpamaan yang moden(rasanya suatu hari nanti, akan muncullah perumpamaan seperti ini,hehe).
           
          Faktor yang kedua, cara  belajar yang efektif. Kebiasaannya aku hanya belajar selama 2 jam sehari. Namun aku dapat rasakan yang ianya tidak mencukupi. Lantas, aku perlu mengambil tindakan yang juga menjadi penyelesaian kepada faktor ketiga( tidak mempraktikkan pembelajaran/bertutur dalam bahasa russia) iaitu dengan....

           Aku keluar dan berjalan di sekitar Moscow, pergi ke masjid dan juga ke kedai Daging Halal Tanpa Ditemani oleh sesiapa pun. Aku tahu sememangnya tindakan ini adalah sangat berbahaya dan berisiko tinggi namun Aku AGAK LIAR DI SINI(tidak terdapat sebarang rantai yang mengikatku dari keluar berjalan-jalan). Strateginya adalah disebabkan aku ini mempunyai masalah 'TAKUT SALAH' ketika berkata-kata dalam bahasa Russia(KEKOK Dan cepat GELABAH) maka cara ini agak berkesan kerana apabila dalam keadaan terdesak, Aku terpaksa berkomunikasi menggunakan bahasa Russia. Dalam masa yang sama, idea dan ayat-ayat yang dipelajari lebih mudah dan agak pantas tersusun di dalam mindaku. 

Walaupun kata-kata yang aku ungkapkan mempunyai banyak kesalahan tatabahasa, namun disitu telah lahir keberanian dan juga telah mengubah perspektif aku mengenai pandangan orang russia terhadap diriku yang dahulunya berasa terasing disini. 

            Hari ini, 29 Disember 2012, Aku telah keluar ke Masjid dan juga kedai Daging Halal yang jaraknya dalam sejam perjalanan menaiki Metro, Berjalan Kaki serta menaiki Bas. Sebenarnya, Aku memang tidak bercadang untuk keluar pada hari ini. Hari ini, cuaca agak panas(suhu 3 hingga -2 darjah). Pada pukul 2 petang, sejurus selesai solat Zohor, aku telah bertolak ke masjid di Новокузнецкая( Novokunets kaya) yang terletak di kawasan orang Islam Asia ( dari Khazakhstan, Uzbekistan dan Negara-Negara yang berakhir dengan TAN dan sewaktu dengannya, Insya Allah nanti semasa cuti musim panas, aku akan membuat pengkajian dan menulis expedisiku mengenai orang islam di sini, termasuk sejarah komunis dan masjid-masjid yang terdapat di Moscow ini). Pada pukul 3.30 petang aku selamat tiba ke destinasi, Masjid. 

           Selesai solat Asar di Masjid tersebut, aku terus menukar arah(menaiki Metro ke ЛЕНИНСКИЙ ПРОСПЕКТ( Leninski pros pek)) kerana aku ingin membeli daging halal. Tempat itu hanya sebuah pekan, Teringat Mantin seketika. Di sana, aku terpaksa bertutur menggunakan bahasa Russia. Kami bersembang seketika(walaupun aku sering kali menggunakan bahasa isyarat tangan), Alhamdulillah walaupun agak mahal jika dibandingkan di Malaysia, tetapi di bagi di Moscow, harga daging tersebut agak berpatutan. 

          Kemudian terlintas di FIKIRANKU, iaitu walaupun nilai mata wang di sini adalah rendah berbanding Malaysia ( 10 ruble bersamaan RM 1) akan tetapi aku telah dapat membuat suatu nisbah pemerhatian di mana harga barang di Russia adalah 150% mahal dari Malaysia(aku main agak je ni). 
Contohnya 100 rubles = RM 10, Akan tetapi, di Malaysia, RM 10 boleh beli macam-macam manakala disini agak berbeza. Kami hanya dapat membeli barang di Malaysia yang berharga RM6 ke bawah. Agak sukar bagi diriku untuk menerangkannya. Mungkin suatu hari nanti, aku akan cuba membuat kajian dan penyelidikan dengan lebih mendalam. Insya allah. 

           Selesai membeli daging ( untuk digunakan dalam Sup dan Kari, bagi memanaskan badan), aku kembali semula ke Masjid( jarak antara masjid dan kedai tu dalam 20 minit pergi-balik). Aku menunaikan solat maghrib dan isyak di sana. Insya allah nanti aku akan membuat laporan berkenaan  tajuk ini dengan lebih detail. Yang penting, masyarakat di masjid itu kian mengenali diriku. Mereka sering kali berkata SUBHANAULLAH ketika aku berkata yang aku dari MALAYSIA. Begitu juga pada diriku. Masing-masing berasa agak terpesona dan agak bangga kerana dakwah islamiah telah tersebar sejauh itu. 
           
          Sebelum terlupa, entri kali ini tidak disertakan gambar-gambar kerana aku terlupa membawa kamera ketika keluar tadi. Pagi tadi juga aku telah bersembang dengan adik beradikku secara SKYPE( video call). Bersembang selama 2-3 jam lamanya. 
Akan datang, kini aku telah memiliki kawan-kawan yang belajar medic(mungkin aku boleh pergi melawat diorang nanti) < Pada malam tahun baru, aku bercadang untuk ke RED SQUARE bersama rakan-rakan, kalau menarik, Insya Allah aku akan cuba masukkan pada entri seterusnya>

         Akhir sekali, terima kasih kerana membaca blog ini, sebenarnya terdapat banyak lagi kisah-kisah disini yang aku malas nak menulis. haha. Assalamualaikum. 

Suhu Oh Suhu.....


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. 

                 4 bulan telah berlalu sejak Aku meninggalkan rumahku demi mengejar impian di Bumi yang agak berbeza ini. Seperti yang pembaca sedia maklum, sekarang ini telah hampir genaplah sebulan Bumi Moscow diselimuti kain cadar putih (salji dan ais). Apabila ku melihat salji-salji putih yang turun dari langit ketika dalam perjalanan mahupun ketika balik dari universiti, diriku mulai merindui Kelazatan Air Batu Campur Dan Cendol yang merupakan makanan yang senang didapai di Malaysia. Begitu juga pada ais cream dan gula-gula(perisa lemon dan limau) yang agak jarang untuk didapati disini. Tidak dilupakan, buah-buahan tempatan seperti Mangga(muda) , betik, tembikai, rambutan dan durian..

                Apa khabar keluarga dan rakan-rakan di sana? Aku berharap mereka semua sihat sejahtera. Aku  di sini AGAK SIHAT ( tidak dapat ku terangkan bagaimana sebenarnya kondisi kesihatan aku disini kerana perubahan cuaca dan suhu merupakan faktor manipulasi kepada kesihatan Aku disini). Beberapa hari ini, perubahan cuaca berlaku dengan drastik sekali. Cuba anda bayangkan, suhu pada hari selasa minggu ini, mencecah ke -20 darjah, dalam pada masa yang sama Matahari bersinar terang benderang. 


Pada waktu malam pula, suhu kian menaik kepada -10 hingga -6 darjah. Kesokan harinya, suhu tidak berubah -6 darjah celcius. Kebetulan pula hari itu, Aku tidak keluar ke mana-mana kerana tidak ada sebarang aktiviti pada hari itu. Khamis, hari itu salji turun renyai-renyai, namun suhu menaik kepada 1 hingga -1 darjah. 

Perubahan suhu ini telah mengakibatkan kesihatanku mula terjejas, namun aku tetap perlu ke kelas kerana aku harus menduduki ujian Fizik(namun sebenarnya aku tersalah dengar). Apa yang lagi malang bagi diriku ialah, hari itu kami terpaksa menduduki ujian bahasa russia(tatabahasa) dan aku pula tidak membuat sebarang ulang kaji pada subjek itu. 

Keesokan harinya, suhu meningkat kepada 3 darjah hingga -1 darjah. Tetapi, hari itu merupakan ribut salji. Jalan raya semuanya dipenuhi salji-salji yang kotor dan berlumpur. Namun aku terpaksa meredahnya kerana ku sangka hari itu ada ujian Fizik namun sangkaan ku meleset dan turut terukir senyuman di wajahku. Ianya ditangguh dan dijalankan selepas cuti tahun baru dan Kristmas yang akan diraikan pada 7 Januari tahun depan.



Stesen Metro Planernaya. Kalau anda perhatikan Papan elektronik di atas sana tercatat suhu -4 darjah celcius. 


Sunday, December 9, 2012

Suatu Hari Yang Sungguh Indah..

Dikala bumi berputar pada paksinya, begitu juga sang Matahari yang memancarkan cahayanya serta Bulan yang tidak pernah jemu memantulkan cahaya mentari agar dirinya dapat dilihat oleh seluruh makhluk yang berada di muka Bumi ini. 

                Hari itu, 5/12/2012, merupakan suatu hari yang sungguh indah. Langit yang mendung selama ini, secara tiba-tiba disinari cahaya bebola api gergasi. Kelihatan langit yang sungguh indah, berwarna biru pekat laksana lautan yang luas di angkasa raya. Lalu, Aku melihat diluar jendela. Tiba-tiba, kudapan rasakan sinaran mentari beserta bahangnya yang membuatkan diriku teringat kepada tanah airku.

                Sudah sekian lama, YA, sejak langit mula menurunkan debu-debu putih yang sungguh indah, Kawasan ini hanya menerima cahaya matahari tanpa kehadiran bahangnya. Kami hanya menerima cahaya, tanpa sinarannya. Subhanaullah, walaupun hari-hari yang terdahulu kami dihujani oleh hujan salji (snow  fall), akan tetapi, hari itu sungguh berbeza sama sekali. Mungkin agak sukar bagi diriku menceritakan keadaanya. Izinkan aku membawa anda ke hari itu...


Waktu ini adalah waktu solat zohor. Dalam pukul 2.30 petang. 

Langit yang sungguh indah. Biru bagaikan lautan. 

Semasa aku menunggu bas. Cuaca hari itu agak panas, bersamaan -2 darjah celcius. Oleh itu, aku membuat kesilapan besar kerana hanya memakai baju yang agak nipis. Teruskan membaca, aku akan menceritakan yang selebihnya.

Waktu gambar ini diambil, sudah hampir masuk waktu solat asar. Waktu itu pukul 2.35 petang.Lihatlah perbezaannya.

Pada mulanya, aku tidak bercadang untuk keluar pada hari tersebut. Hari itu merupakan hari Rabu, aku tiada  kelas pada hari tersebut. Aku memang tidak bercadang untuk kemana-mana, sebab aku mahu bersuka ria pada hari itu. Disebabkan cuaca yang sungguh indah ini telah membuatkan diriku sentiasa menyebut nama Ilahi. Lalu, aku pun menghubungi rakan-rakan yang lain mengenai rancangan aku untuk keluar. Namun akhirnya, hanya diriku sahaja yang benar-benar menghargai peluang sebegini. Aku pun ke bilik seorang senior untuk mengambil semula Wide Lens yang dipinjamnya. Pada mulanya, aku ingin meminjam lens 50mm daripadanya akan tetapi dalam fikiranku terkeluar suatu tanda tanya iaitu, "bilakah lagi untuk aku mempelajari teknik menangkap gambar menggunakan Wide Lens?" Kemudian, senior tersebut mengajarkan aku beberapa teknik menangkap gambar menggunakan lens berkenaan.

Berbekalkan semangat dan ilmu yang ada, aku pun keluar menuju ke suatu lokasi yang Agak Cantik iaitu di Парк победи(park pobedi), suatu taman yang cantik dan dipenuhi dengan tinggalan sejarah. Disana juga terdapat sebuah Masjid yang digelar Historial And Memorial Mosque. Aku memang sengaja ke sana kerana ingin menziarahi Masjid tersebut kerana sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke dalamnya. Sebenarnya, ada banyak lagi tempat yang cantik-cantik jika dibandingkan dengan lokasi ini seperti Красная площидь и Кремль( Red Square and Kremlin).

Perjalananku ke lokasi, mengambil masa selama 40 minit dengan menaiki Metro(kereta api bawah tanah) kerana jaraknya yang agak jauh dari tempat tinggalku.


Beginilah keadaan dalam bas yang setiap hari kami rasai. Perjalanan ke terminal bas yang juga terdapat station METRO PLANERNAYA, Планерная.


Setelah melalui perjalanan yang jauh dan membosankan, akhirnya aku tiba di stesen Metro Park Pobedi. Waktu itu masih asar.



 Aku sengaja menangkap gambar berserta bayang aku maklumlah, tiada yang dapat menangkapkan gambar aku. Haha.
Minta maaf, Aku tidak tahu nama monumen ini. Yang aku tahu ialah aku tersalah keluar ruang pejalan kaki. Suhu semakin bertambah sejuk. Dan hari itu juga, aku tidak memakai sebarang gloves, scarf dan kasut yang bersesuian. Taubat lepas ini aku akan sentiasa bawa didalam beg.

Kedai menjual souviner dan sebagainya.



Waktu ini, masih pukul 3.50 petang. 



Gereja Ortodosk di Park Pobedi. Disini juga terdapat Rumah Ibadat bagi orang Yahudi. Tiada gambar sebab aku terpaksa berjalan dengan pantas untuk ke masjid bagi menunaikan solat Asar. Jarak antara Station metro dengan masjid itu dalam 2-3 kilometer.



 Kelihatan seorang ibu yang membawa anaknya bersia-sia di taman ini, bagi mengelakkan diri dari kesibukan bandar.
Anak tangga yang sungguh licin. Disebabkan aku berjalan dengan sangat pantas, akhirnya aku rebah mencium tanah. Aku tergelincir lalu tersembam ke lantai. P.s. Tiada orang lihat masa itu. hehe.

 Monumen-monumen yang terdapat di tingah-tengah pada yang sangat besar ini. Disebabkan Obelisk(Tiang) yang sangat tinggi, aku terpaksa bercangkung semasa mengangkap gambar ini. Kiranya, adalah ciri-ciri jurugambar profesional. Namun gambar yang ditangkap, tidaklah seindah gaya sang penangkap. haha.
Kelihatan sekumpulan pelancong yang sudah selesai menziarahi Muzium Bersejarah di Taman ini. Aku tidak berkesempatan untuk melawat muzium tersebut kerana beberapa sebab yang aku tidak dapat elakkan. 



 Aku TerTangkap gambar ini, semasa mereka 'ronda-ronda' di kawasan taman ini. Rasanya masa itu ada upacara yang aku sendiri tidak tahu. Mereka menyalakan Api di tengah-tengah padang. Dapat dilihat juga berkuntum-kuntum bunga(macam salah je tatabahasa aku ni), sejambak bunga yang tertulis padanya perkataan yang aku langsung tidak memahami. Andaian aku, mungkin diorang sedang menjalankan upacara menghormati mangsa-mangsa Perang Dunia Ke2.


Bangunan Muzium dari belakang. 




Masjid berada di seberang jalan raya.



Meriam Artilery yang telah digunakan untuk mempertahankan kota Moscow pada Perang Dunia Ke2. 

Masjid di Park Pobedi. Aku akan menceritakan di entri yang akan datang. 

 Kalau anda perhatikan betul-betul, sebenarnya adalah Turret Anti Tank dan Anti Aircraft. Juga terdapat Kapal perang di bahagian dalam. Aku pun baru sedar ketika seorang warga Turjistan memberitahu aku(walaupun aku tak memahami sepenuhnya).

Antara cara untuk mengelakkan tangan dan jari aku daripada beku. Sometimes, an unique or creative decision have to be use when overcoming some problems. Although it isn't the best way to solve it, but at least it can help you to survive. p.s, alasan je lebih, padahal salah sendiri kerana tidak membawa gloves dan scarf. Nasib baik aku ingat untuk menggunakan lip balm.. hehe. 


Kelihatan Salji yang menimbun tinggi. 

 Aku tak pasti motif sebenar monumen ini didirikan. Yang aku pasti cuma kesemua anak tangga telah diliputi oleh Ais dan Salji.
 API dan Beberapa kuntum bunga. Motifnya, aku tak pasti.


Bangunan МГУ, State University Of Moscow. Universiti yang terhebat di Moscow ini.



Minta maaf sebab masa gambar diambil, tanganku agak bergetar disebabkan suhu ketika itu mencecah -5 darjah celcius. Sehingga jari kaki dan jari tanganku tidak dapat dirasai. 

Eskeletor yang setinggi 3 tingkat bangunan. Di russia, ada peraturan tersendiri ketika menggunakannya.  Sebelah kiri khas untuk sesiapa yang mahu cepat. Agak susah bagi diriku untuk menerangkannya. 



 Setiap Metro station ada keunikan yang tersendiri. Seperti Metro ini, ianya masih baru kerana ianya siap dibina pada 2003. Kereta api pun agak baru, jika dibandingkan dengan station metro kat Planernaya la.


Akhirnya, aku tiba di Station Planernaya. Kemudian aku menaiki bas untuk pulang ke hostel. 
Cukuplah setakat ini sahaja kerana saat aku menulis catatan ini, aku sedang menonton perlawanan bola antara Malaysia dan Thailand secara online. 

Yang baik datang dari ALLAH SWT, yang buruk datang dari diriku yang tidak seberapa. Insya allah, aku cuba untuk siapkan catatan mengenai Masjid-Masjid di Moscow ini. Terima kasih kerana membaca. Jika ada sebarang komen mahupun cadangan, sila komen di bawah. Sekian, Assalamualaikum.