Antara Ais Dan Salji , Impian Dan Realiti...
Baiklah. Mesti anda tertanya-tanya kenapa aku hendak menulis satu ENTRI mengenainya. Sebenarnya, aku pernah berjanji kepada seseorang yang sering bertanya mengenai pengalamanku MEREDAH musim Sejuk yang tidak akan sesekali berlaku di Malaysia.
Pada mulanya, aku sendiri teruja melihat salah satu keindahan Alam iaitu salji yang sangat putih dan ringan seperti kapas. Kisahnya bermula semasa kami sedang mempelajari bahasa Russia. Walaupun kami sedang belajar di Institut@universiti, akan tetapi cara kami belajar di sini tidak ubah seperti senario di dalam kelas sewaktu bersekolah dahulu. Kami ada kerja rumah, buku nota, papan hitam, kapur, ketua kelas, cikgu(walaupun tarafnya adalah lecturer) rakan-rakan yang kadang kala berperangai kebudak-budakan. Yang bezanya adalah, KAMI TIDAK SESEKALI MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM(BAJU SEKOLAH) dan KAMI TIDAK MENAIKI BAS SEKOLAH sebab kami naik METRO. Baru gempak sikit. haha.
Ketika itu, muka bumi di basahi dek salji-salji yang sungguh kecil. Disebabkan cuaca ketika itu ialah 0-1 darjah celcius (kira panas bagi kami kat sini), maka salji pun mencair. Kawan-kawan dari vietnam, india dan juga colombia terpesona melihat salji yang turun. Pada mulanya, aku ingin "control" tetapi akhirnya aku turut merasai kegembiraan mereka. Akan tetapi, kegembiraan kami semua tidak lama. Kami pulang ke hostel seperti biasa.
Keesokan harinya, cuaca -1 hingga -2 darjah. Kami ke kelas seperti biasa. Akan tetapi kali ini, kami terpaksa menempuhi hujan beserta salji. Cuaca semakin lama semakin panas(0-1 darjah), jadi salji mula mencair. Jalan raya semuanya basah dan kotor. Penuh dengan lumpur dan salji yang berwarna coklat. Tambahan pula hari itu hujan(kat sini, tidak ada istilah hujan lebat kerana hujan disini adalah hujan renyai-renyai).
Kemudian, di kelas, seorang kawan aku dari Nepal bertanya kepada seorang kawan dari Vietnam. Soalannya berbentuk begini, "FUK, Mu suke dengan salji tak?" kata Anish(Nepal).
"Hang buat lawak ke! Walaupun semalam aku KATA YANG AKU SUKA SALJI, Tetapi hari ini telah membuktikan betapa peritnya hati aku dek menghadapi Salji yang aku impi-impikan dahulu." balas FUK dengan muka yang agak sedih dan pilu. p.s, seriusly, diorang cakap melayu masa tu. Terjemahan Kamus Dewan BAHASAQ DAN PUSTAKAQ.
Seminggu yang lepas, bermulalah musim salji yang tidak disukai oleh masyarakat disini. Akan tetapi orang-orang di bahagian Tengah Dunia(berdekatan dengan Khatulistiwa) mengimpikannya. Jadi sekarang, biar aku jawab segala persoalan yang terungkai di fikiranmu wahai sahabat.
Pertama, kenapa aku membezakan istilah salji dan ais? Salji, semua masyarak di Malaysia menginginkannya. Seperti di dalam peti ais( dahulu sejak kecil, aku memang suka perhatikan "AIS" di dalam peti sejuk beku tingkat atas. Perhatikan, terdapat satu lapisan putih yang berada di bahagian atas air yang beku. Itulah salji. Manakala ais,semua orang tahu. Bukan itu yang aku nak suruh fikirkan. Akan tetapi ini, cuba pembaca letakkan jari basah pada permukaan ais tersebut? Pasti akan melekat kan. Dan cuba letakkan tanggan anda kedalam dan tunggu sehingga 3 minit. Sejuk bukan?
Baiklah sekarang ini, kehidupan saya seperti hidup di dalam peti ais(bahagian sejuk beku) bahkan sekarang kami tidak memerlukan peti ais untuk menyimpan barang(sebagai contoh. Tetapi kami masih memerlukan kerana di dalam bilik suhunya seperti suhu di Malaysia). Hari ini, mencecah -6 darjah. maka sekiranya suhu turun ke -1 darjah, maka kami aku bersyukur sangat-sangat kerana tanggapan kami ianya PANAS. Itulah sebab orang dari Eropah ataupun dari tempat yang sejuk apabila datang ke Malaysia, diorang kata PANAS, tetapi diorang sangat suka dan menghargainya.
Kedua, Aku lebih suka salji berbanding ais kerana ais sangat licin. Untuk pengetahuan, AKU telah tergelincir dan jatuh menyembah bumi, mungkin juga seperti pepatah melayu, sudah jatuh ditimpa tangga. Bukan bermaksud aku di timpa tangga tetapi aku yang terjatuh dari tangga sebab ais yang membeku dan licin. haha. Nasib baik juga aku jatuh ke belakang, sekiranya kedepan, gerenti aku tak berani balik Malaysia, sebab kamera kesayanggan ayahku rosak(kalau).
Di sini, semua orang mula memakai pakaian tebal-tebal belaka. Kiranya, semua orang menutup aurat. Terserlah hikmah menutup aurat. Cuaca semakin sejuk. Terpaksa memakai pelbagai jenis pakaian seperti topi winter, scarf, winter coat, lip balm, gloves, dan kasut(ikut kesesuaian tapak). Aku tergelincir sebab tapak kasut dah haus. Pengalaman yang memalukan sekali adalah ketika aku baru keluar dari pintu besar hostel hendak menuju ke kelas. aku terjatuh betul-betul di hadapan pintu tersebut. Dalam keadaan malu yang teramat(nasib baik orang tak nampak) aku terus berjalan kehadapan tanpa menoleh kebelakang. Keesokan harinya, ketika aku turun dari Tramvai menuju ke universiti, aku telah ternampak orang di hadapanku yang hampir terjatuh. Dengan tidak sengaja, dihati ingin menggelakkannya tetapi mengenangkan pengalaman semalam, aku tidak tertawa(mungkin ada la sedikit). Dalam masa yang sama, aku ingin berjalan di atas permukaan salji(sebab lebih cengkaman), tetapi aku tersalah pijak di atas ais yang licin. Kemudian aku pun rebah ke tanah. Kali ini, muka dan tubuh hadapanku yang menyembah bumi.
Sungguh malu ketika itu. Dibelakangku ada ramai orang(dalam tramvai), aku rasalah, memang kena gelak habis-habisanlah. haha. Yang best sekali, ketika itu aku memakai шапка, jadi diorang mungkin tidak dapat mengenal pasti aku datang dari negara mana. hehe.
Mungkin selepas ini, aku perlu membeli kasut khas untuk winter. Aku masih belum bermain SNOW FIGHT disebabkan tidak ada member yang mengajak aku. Rasanya bermain dengan rakan-rakan sekelas mungkin.
Pokok selain pokok pain, akan gugurkan daunnya. manakala pokok pain(pokok kristmas) tidak akan gugurkan daunnya. Nak tahu sebabnya? (tengoklah kalau aku rajin, aku buat sedikit research mengenainnya).
Lihatlah perbezaan antara Salji dan Ais. yang meninggi tu salji. dan yang melekat kat lantai tu ais.
Antara pokok-pokok yang boleh survive ketika musim sejuk.
Aku lebih rela berjalan di atas timbunan salji daripada berjalan di atas kawasan yang nampak biasa tetapi ianya licin.
Salah satu cara untuk menyejukkan air, suhu ketika ini mencecah -6 darjah celcius.
Akibat terlupa membawa gloves dan tidak memakai pakaian yang sesuai maka aku terpaksa menghadapi kesejukan yang amat memedihkan.
Boleh rasai tak kesusahan yang aku hadapi?
membersihkan salji dengan menggunkan jentolak.
Sekiranya Kita tidak berani membuka ataupun mencuba sesuatu jalan yang tidak dilalui oleh orang lain, maka agak sukar untuk kita berjaya. Sebenarnya, kalau aku ikut peraturan, aku kena berjalan lebih jauh. Akan tetapi, aku baru sedar yang ada seseorang telah meninggalkan jejak langkahnya untuk mencari alternative lain iaitu dengan meredah salji yang sedalam 20-30 cm. Aku ingat lagi, kasut aku tenggelam ke dalam salji. haha.
Disebabkan aku berjalan seorang diri. Dan tiada sesiapa yang boleh menangkap gambar aku, maka dapat tangkap gambar bayang dan jejak langkah pun sudah memadai. haha.
Kesimpulannya, tidak semua yang kita lihat ataupun inginkan itu terbaik untuk diri kita. Begitu juga dengan sesuatu nikmat yang kita miliki.
No comments:
Post a Comment