Saturday, November 8, 2014

Hampir Setahun Di G.M.I.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Ketika menjalani sesi Latihan Basic Metal Working. 

                Lumrah kehidupan. Kegagalan pertama bukanlah bermaksud seseorang manusia itu gagal selama-lamanya. Kini hampir setahun aku melalui kehidupan sebagai pelajar di German Malaysian Institute. Dua tahun lagi untuk mendapat ijazah Diploma yang aku sering menanti. 

                Banyak perubahan yang aku alami sejak memasuki GMI. Dahulunya aku hanya melihat langit. Namun kini aku mulai merasai kaki yang berdiri. Bahang haba yang mencengkam dada. Dengan perasaan ingin tahu dan rendah diri, Aku mulai melihat dunia dari kaca mata seorang Inventor. Impian ku bukan lah untuk mengejar "title" Engineer. Akan tetapi aku mahukan segala pelajaranku disini dapat digunakan di dalam kehidupanku. 

                Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawasanya GMI merupakan pusat Teknikal dimana GMI menumpukan 70% praktikal dan 30% teori. Hal ini tidak bermaksud Aku kurang mempelajari teori, akan tetapi silibus pembelajaran disini berteraskan praktikal yang telah diamalkan sejak berkurun oleh Germany. Aku telah diajar untuk menyelesaikan masalah menerusi Problem Based Learning(PBL). 

                Aku tidak sabar untuk melangkah ke Semester 3, dimana aku akan mulai mempelajari Programmable Logic Control(PLC), Pneumatic and Hydraulic, serta Electric motor dan automations. Akan tetapi pembelajarku makin hari makin sukar kerana aku sebenarnya bukanlah orang teknikal. Aku lebih kepada teori. 

                Kepada pembaca, sekiranya memiliki saudara or rakan-rakan yang masih tercari-cari IPT, GMI adalah tempat terbaik baginya ( dari sudut teknikal dan kerjaya). Aku bukanlah mengatakan GMI ini terbaik, akan tetapi Cara Pembelajaran yang diterapkan disini dapat menjadikan seseorang itu lebih bersedia menghadapi cabaran bekerja. Namun semuanya bergantung kepada minat dan usaha seseorang juga. 

                Akhir kata, kepada yang berputus asa, ingatlah sesungguhnya cahaya mentari sentiasa memancari permukaan bumi. Bukalah mata untuk melihat dunia dihadapanmu. Janganlah disebabkan hujan renyai-renyai menyekat perjalananmu. Seandainya begitu, gunakanlah payung. Lebih Afdal menggunakan Baju hujan. 
Sekian. Assalamualaikum.  

4 comments:

  1. Hey , why's u come to GMI study ? I think I same with u ... Idk how to pick the way for my future ..>。<

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, apa kelebihan GMI berbanding ipta sbb sya telah mndapat tawaran ke GMI diploma sustainable energy and power distribution.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, apa kelebihan GMI berbanding ipta sbb sya telah mndapat tawaran ke GMI diploma sustainable energy and power distribution.

    ReplyDelete