Sunday, January 20, 2013

Kotak Yang Mengembara.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku meletakkan penulisan kali ini dengan Tajuk yang Lebih-Lebih pula. Tidak apa, Sabar.

              Sebenarnya kisah ini telah berlaku 2 bulan yang lalu(lebih kuranglah), Waktu itu, aku sedang menanti-nantikan Parcel barang yang di post padaku oleh ayah yang berisi makanan, kelengkapan alat-alat tulis dan juga ubat-ubatan. Disebabkan aku telah terlupa mengenainya, maka hari ini aku akan ceritakan Kisah Disebalik Kotak dan juga Pengalamanku Di Pejabat Post yang berdekatan dengan Hostelku.

              Hari itu, cuaca sungguh sejuk sekali, negatif 10 mahupun kurang daripada itu. Berbekalkan beg galas(yang besar) beserta passport dan segala dokumen yang berkenaan, maka aku pun mula berjalan ke pejabat pos. Aku ke sana seorang diri disebabkan senior-senior yang lain sibuk dan ada kelas pada hari itu. Jadi, keluarlah aku dengan baju yang nipis, tanpa sebarang gloves. kerana ayahku lupa memberitahu yang Beliau telah menghantar 2 kotak besar yang berjisim 12 kilogram. Strategi aku sungguh mudah, dengan mengisi semua barang-barang yang ada ke dalam beg aku yang super besar itu.

             Namun setelah mengetahui ianya 2 kotak, maka agak terkilan dan menyesal kerana aku terpaksa memikul sendiri kotak tersebut dengan tangan. Sebenarnya ada alternative lain, dengan meminjam troli dan mengangkut kotak-kotak tersebut dengan menggunkannya. Mudah- Cuma aku lebih selesa memikulnya dari belakang. Nampak macho sikit. haha. Gurau je.

           10 minit aku tersesat, dan akhirnya tiba di lokasi. Setibanya di pejabat post, aku pun beratur, macam biasa, melihat perlakuan orang lain lalu aku Follow diorang. Setelah 20 minit beratur dan menunggu dan terus menunggu, akhirnya tibalah giliran aku. Yang bestnya, aku tersalah beratur. Sia-sia je 20 minit aku menunggu. Mungkin ada yang berfikir, KENAPA Aku tidak Bertanyakan kepada sesiapa di sana? Jawapan aku sangat senang, Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa ketika itu.

             Kemudian 30 minit dihabiskan dan akhirnya giliran aku. Aku ingatkan dah selesai, Rupa-rupanya, Kisah aku baru bermula. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan orang Russia adalah kasar orangnya. Maksud aku, kasar  dari segi perbuatan dan percakapan (sebenarnya diorang memang tidak berniat untuk marah). Contohnya dahulu, ketika aku masih baru di Moscow, dalam Tramvai, aku berdiri di sebelah seorang pak cik tua.

               Aku senyum, tapi dia buat selamba je. Keadaan di dalam Tramvai ketika itu agak padat. Oleh itu, beg aku Tersentuh tubuhnya. Lalu refleknya terus menolak aku(kasar), aku nak marah pun tidak guna kerana memang salah aku. Begitu juga di Pejabat Pos, aku seakan-akan dimarah olehnya kerana tidak mengisi maklumat di belakang dokumen post tersebut ( Sebab aku memang tidak tahu akan hal tersebut). Kemudian dalam hati aku,Terungkap kata-kata ini," aku memang nak balik je ke hostel dan datang pada keesokan harinya ditemani oleh senior,". Kerana aku memang tidak tahu nak menulis apa padanya.

                  Sewaktu aku ingin melangkahkan kaki beredar dari tempat itu, aku ditahan oleh seorang Nenek, lalu nenek tu merampas pastport aku serta borang tersebut dengan selambanya. Kemudian beliau menulis segalanya yang berkaitan menurut informasi dari VISA aku (Kerana hanya Visa Aku sahaja yang berbahasa russia, Yang lain semuanya berbahasa inggeris dan Melayu). Yang lawaknya, sebenarnya diorang nak mencari no Pastport aku. Aku dah menunjukkan no tersebut namun tidak dilayan. Aku pun terdiam ketika itu. Lalu Nenek tersebut memberikan pastport dan borang kepada pekerja di situ. Rupa-rupanya pekerja itu memahami bahasa inggeris. Tension betul aku ketika itu, Mungkin kerana dia tidak menyangka yang aku boleh berbahasa inggeris.

                       Selesai semuanya, aku pun mengambil pastport aku serta parcel aku. Malangnya aku tidak sempat mengucapkan Terima kasih kepada Nenek tersebut. Terkilan namun dalam hatiku sememangnya berterima kasih kepadanya kerana mahu membantuku.

                    Aku pun terus membuka kotak yang separuh hancur itu(satu ok dan satu lagi separa hancur). Aku buka dan mengeluarkan segala isinya lalu memasukkan kedalam beg galas aku. Disebabkan sudah penuh, maka satu kotak lagi(berjisim 3kg) perlu diangkat menggunkan tangan. Di dalam Sejuk beku, tanpa sebarang glove dan baju yang nipis, maka terpaksalah aku redah. Jangan tiru aksi ini, tidak baik untu kesihatan. haha

                  Dan pengalaman seperti ini juga yang menyebabkan aku sentiasa bersedia menghadapi sebarang kebarang kalian ketika di luar.

                                                     Kondisi kotak sewaktu tiba di Moscow. 

 Ubat-ubatan yang sangat berguna kepada kami di sini. Dalam bulan lepas rasanya, disebabkan tersalah resepi masakan, mengakibatkan perut aku sakit(taubat aku tak akan mencuba masakan yang GILA-GILA lagi). haha.


                  Maruku. Sehingga sekarang aku masih menyimpannya. Makan berjimat-jimat.


Tulisan ini, aku memerlukan masa untuk memahaminya. No Offence but aku memang susah nak faham pada mulanya. Haha.
                                                                     Only In Malaysia.
Stationary ada di dalam palastik putih.

 Banyak rempah-rempah yang telah dihantar. Tapi yang KOPI KAPAL API itu, Aku tidak tahu bila aku akan menggunakannya. hehe.


 Santan boleh didapati di Ashan, samada dalam kotak mahupun dalam tin. Begitu juga Aji no moto, boleh didapati di Pasar Vietnam.

Gula-gula Malaysia. Sehingga sekarang aku masih tidak menyentuhnya. Bukan kerana tidak suka, tetapi kerana terlalu menghargai. hehe.

Sedikit Pengalaman dan Pemerhatian aku terhadap Topik ini.

              Pertama sekali, Kebanyakkan serbuk-serbuk Rempah yang Dihantar hari itu telah hampir luput tarikhnya. Buat masa sekarang, aku masih menggunakannya. Insya allah tidak memudaratkan kesihatan aku. Buat masa sekarang masih selamat untuk dimakan (serbuk kari terutamanya). Oleh itu, sebelum menghantar barang-barang ke sini, sila perhatikan tarikh luput tersebut, kalau boleh lagi lambat lagi bagus kerana perjalanan Parcel tersebut mengambil masa selama (lebih kurang 3 bulan) melalui laut.

               Tips kedua, barang-barang seperti rempah-rempah ( yang dalam paket berisi udara) hendaklah di letakkan@dibalut dengan palastik lain untuk mengelakkan binatang asing mahupun plastiknya pecah lalu berselerak di dalam kotak. Begitu juga peralatan elektronik seperti pendrive dan sebagainya.

                      Tips ketiga, sila letakkan penyedut lembapan (thirsty hippo) di dalam setiap kotak bagi mengelakkan barang yang dihantar berkulat ataupun lembap.

                     Tips keempat, sekiranya barang yang dihantar ialah buku, sebaiknya balut buku tersebut dengan plastik(supaya tidak basah) dan susun buku mahupun barang-barang yang keras (tidak mudah pecah di bahagian paling dalam (kotak) dan pada sisi kotak. Lalu letakkan bahan-bahan yang fragile(dibalut dengan absorber[selalunya absorber ni nipis dan selalu digunakan untuk membalut barangan elektronik seperti tv dan sebagainya]) di bahagian tengah agar buku@barang yang keras dapat menyerap segala hentakan.

                     Tips kelima, Kepada Si penunggu, bersabarlah menunggu parcel tersebut. Rajin-rajinkanlah untuk menyemak lokasi parcel tersebut. Tips keenam, kepada si penghantar, jangan lupa untuk memberikan maklumat terperinci seperti nombor parcel, kuantiti dan jisim parcel tersebut. Rasanya itu sahaja buat masa sekarang.

Sebelum terlupa, Aku ingin berterima kasih banyak-banyak kepada keluarga dan rakan-rakan yang membantuku. Alhamudillah. Semoga ilmu dan pengalaman aku ini dapat menjadi rujukan kepada sesiapa yang membacanya. Insya allah.

Sekian, Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Saturday, January 19, 2013

Antara Wang Dan IKAN.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

              Hari ini aku ingin menceritakan tentang Menu Masakan Terbaru aku Iaitu IKAN. Seperti yang kita tahu, Kedudukan bandar Moscow yang sangat jauh dari laut menyebabkan kesukaran bagiku untuk mendapatkan Ikan FRESH lagi murah (mungkin juga kerana aku masih tidak mengetahui lokasi-lokasi yang sesuai untuk membeli ikan). Hal ini  turut menyebabkan aku KEMPUNAN terhadap ikan.

              Dan perkhabaran dari keluargaku turut menyebabkan aku iri hati dan semakin bersemangat dalam pencarian IKAN di sini. Walaupun aku tidak berjaya memperolehi ikan FRESH, namun cukup sekadar merasai.

              Semasa Aku membeli-belah di ASHAN, aku telah berjaya membeli 3 ekor ikan Makeral(Sardine) yang dalam keadaan Frozen yang hanya berharga kurang dari 150 Rubles beserta saiz mereka yang sederhana besar. Semasa di Malaysia, Ayah aku gemar menyediakan menu ikan jenis ini,(beliau telah membeli sekotak besar ikan Makeral (fresh dan Dibekukan) ketika outstation di Sarawak. Ekoran itu, Aku dan juga Abangku serta adik beradik yang lain menjadi MAHIR dalam menyediakan masakan Ikan Panggang.

               Oleh itu, berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada serta Bahan-Bahan(walaupun banyak yang kurang) aku memulakan masakan aku.


          Aku memang suka makan masakan pedas. Cuma aku agak terkilan kerana aku masih tidak dapat mencari idea untuk meng-ekstract parut kelapa. Kalau tidak,  TERASA HEAVEN SEKETIKA. hehe
                 Seperti biasa, Apabila KEGILAAN mendatang, maka setiap bahan yang ada(sebenarnya sayur tersebut dah 3 minggu dalam peti ais, Aku memang tak tahu nak masak apa dengan menggunakannya). 


Makan dengan Nasi je la. Maklumlah Harga sayur sekarang terlalu mahal. Aku tidak sanggup. haha. 

                 Kesian betul pada budak perempuan itu kerana telah diPAKSA bergambar oleh 2 orang yang tidak dikenali. Namun budak tersebut telah DIBERI RASUAH sebiji gula-gula. Seperti yang kita perhatikan, budak tersebut langsung tidak senyum, mungkin kerana dia ketakutan. Gambar diambil di stetsen Metro. 

             Yang ini pula lain kisahnya. Kanak-kanak ini merupakan anak kepada Jiran aku (pekerja kat hostel ini). Masa dulu-dulu, Aku sering memberi gula-gula dan coklat kepadanya. Hari itu, sewaktu pulang dari pasaraya Ashan, Aku telah terserempak dengannya. Lalu aku memberikannya coklat. Kemudian tiba-tiba dia MAIN Redah masuk ke Bilik kami. Kerana teruja terhadap Model JET LEGO aku, dia pun seperti tidak mahu keluar. Jadi, aku pun terpaksa melayannya. 

                   Sebenarnya dia memang baik dengan pelajar-pelajar Malaysia (dah tinggal kat tingkat 12@tingkat Malaysia). Bila aku melihat karenahnya, ter FLASH BACK semula Memori tentang Adik Aku ketika dia kecil dahulu. hehe

                 Rakan sebilik aku turut membantuku melayan karenah kanak-kanak tersebut. 


                      Disebabkan dia tertarik dengan kamera aku, maka aku pun mengajarnya merakam gambar sendiri. Walaupun banyak gambar yang telah dirakam, namun hanya ini sahaja yang boleh aku letakkan pada blog. Walaupun mukaku seperti Terperanjat. haha. 

      NANAS, disebabkan dah lama tidak merasai keenakkannya, maka aku telah membeli walaupun di dalam tin sekalipun, rasanya masih menjadi sesuatu yang tidak dapat diungkapkan. hehe


                  Semasa di Ashan, aku telah menjumpai Seekor ikan Salmon pink, Sebenarnya aku test beli je ni. Kerana setiap kali aku SKYPE dengan keluarga aku di Malaysia, Ayah aku sering kali menyuruh aku untuk membeli dan memasak Kari Salmon ataupun Salmon Grill. Jadi, disebabkan dah terlalu bosan@muak makan Ayam.

                 Jadi, aku telah membeli ikan ini, Frozen walaupun aku tahu yang ianya bukan fresh, namun tidak salah untuk mencuba, There is always "FIRST TIME TO ANYTHING", kata-kata dari seorang rakan di Malaysia. 
Harga ikan tersebut kurang dari 190 ruble, sekarang aku dah tahu kenapa ianya murah(tidak fresh).

                   Petua dari ayah aku ketika ingin mengenalpasti ikan tersebut Fresh ataupun tidak iaitu dengan memerhatikan insang ikan tersebut, Mata, kondisi isi dan kondisi ikan tersebut. Seperti di Malaysia dahulu, kena berhati-hati ketika memilih ikan. Kadang kala mereka meletakkan bahan kimia( aku lupa nama bahan kimia tersebut, akan tetapi fungsinya sebagai pengawet ikan tersebut). 


             Kari BABAS dari Malaysia. Serbuk kari ini agak sedap. Bayangkan ikan yang besar tadi, aku makan sorang-sorang je. Masakan untuk Empat hari. 
                           Keadaan di persekitaran hostel. Pandangan dari tingkap bilik aku. 



 Akhirnya siap juga walaupun makan dengan nasi putih sahaja. Walaupun kekurangan beberapa bahan(penambah rasa), tetapi BOLEH LAH, tidak Mati pun sekiranya makan. haha. 

             Nampaknya aku perlu memperhebatkan masakan kari aku. Masih banyak kekurangan. Sekarang baru aku dapat bezakan antara masakan yang menggunakan Bahan-bahan Fresh dengan bahan-bahan Yang Kurang Fresh. 
              Patutlah dari kecil lagi, ayahku, seringkali membelikan kami sekeluarga bahan-bahan yang Fresh seperti ikan, ayam, daging dan sebagainya. Perbezaannya agak sukar untuk diungkapkan. 

             Nampaknya ini sajalah cerita untuk kali ini. Harap pembaca terhibur. Maafkan Aku kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan entri ini, maklumlah aku perlukan semangat untuk menulisnya. Hehe. 
Sekian, Assalamualaikum. 

Friday, January 18, 2013

BerNafas Di Dalam Salji.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

18.1.2013, Jumaat, cuaca Bersalji tebal mencecah ke paras buku lali.

          Aku pergi ke kelas seperti biasa. Beginilah kehidupan kami semua disini. Tatkala musim EXAM menjelang, Mereka berjuang bermati-matian. Dan hari esok merupakan permulaan Cuti Winter aku. Akan tetapi, disebabkan beberapa faktor dan tindakan aku sendiri, maka aku WAJIB memanfaatkan waktu ini dengan memperkasarkan bahasa Russia Aku yang Masih terlalu LEMAH.

         Setelah selesai menduduki peperiksaan Bahasa Russia (kiranya seperti oral english yang aku paling takuti di zaman persekolahan dahulu), setelah ditegur dan dinasihati oleh 2 orang lecturer (seriously diorang memang baik), maka aku pun memulakan perjalanan pulang dengan hati yang agak kecewa dan pasrah. Aku tahu memang aku yang bersalah, jadi biarlah cuti ini yang membezakan prestasi aku pada semester 1 dengan semester 2. 

          Semasa sedang menjalani exam oral tersebut, aku telah ditanyakan soalan ini, Tempat menarik manakah yang pernah kamu lawati sejak berhijrah di Moscow ini? tanya kedua-dua lecturer aku. Disebabkan aku tidak berapa mahir berkomunikasi dalam bahasa russia(sebenarnya lecturer aku menasihatkan supaya menggunakan ayat yang paling ringkas lagi betul dari segi tatabahasanya), jadi aku hanya menjawab aku cuma ke RED SQUARE dan beberapa Masjid di sini. 

          Kelihatan muka mereka seakan-akan terkejut kerana mereka tidak pernah mengetahui kewujudan MASJID di Moscow ini. Setelah selesai semuanya, aku pun bercadang untuk pulang ke hostel. Aku melihat semula masa ketika itu, merancang dan membuat keputusan yang tepat untuk menunaikan solat Berjemaah di Masjid. Akan tetapi kali ini, kelengkapan aku agak sempurna. Cuma yang bezanya dari pengalaman sebelumnya adalah SUHU dan CUACA. Dahulu, aku hanya melakukan solat di atas permukaan ais. Namun, Hari ini, aku telah menunaikan solat di atas tikar(sejadah) di perkarangan Masjid dalam keadaan sejuk beku dan juga kehadiran Salji-Salji yang turun agak lebat hari itu. 





Beginilah keadaan ketika itu, masa aku merakamkan gambar ini selepas azan Zohor. Aku sebenarnya nak rakamkan gambar ketika rukuk dan sujud, namun disebabkan beberapa faktor jadi aku cuma dapat merakamkan gambar-gambar ini sahaja. Gambar dari handphone. 
Disebelah kanan mereka adalah bilik untuk mengambil wuduk. 
             Solat berkasut merupakan perkara biasa disini. Sebenarnya aku setika aku mengambil wuduk, hujung seluar aku agak basah. Begitu juga muka, tangan dan telinga aku. Cuba anda bayangkan, -12 ni bagaimana kesejukannya? Agak susah untuk aku menggambarkan kesejukan -12 ini, namun Aku cuma boleh memberi contoh iaitu pemerhatian yang aku jalankan sendiri. Seperi yang kita ketahui, Air membeku pada suhu 0 hingga -1 darjah(teorinya), dan memerlukan masa yang agak lama(mungkin beberapa minit untuk membeku sepenuhnya). Tetapi, dalam keadaan cuaca mencecah -12 darjah, air hanya memerlukan kurang dari satu minit, bergantung kepada Suhu asal air tersebut dan juga kondisi ketika itu. Nak senangkan cerita, hujung seluar aku serta kasut aku telah pun beku sepenuhnya hanya dalam beberapa minit. 

             Namun aku juga melihat kesanggupan masyarak-masyarakat islam di sini yang ada segelintirnya hanya berstoking dan menunaikan solat di atas tikar yang nipis. Aku tidak tahu bagaimana dia dapat menahan kesejukan itu. Dalam masa yang sama, aku hampir tidak merasai hujung jari kaki aku. Di fikiranku hanya bermain-main persoalan ini, Sampai bilakah harus aku katakan(dalam hati) mengenai SEJUK! SEJUK! dan SEJUK!... Dan pemikiran seperti itu telah memburukkan keadaan( membuatkan aku bertambah sejuk). 

              Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata seorang ilmuan, "Sekiranya engkau asyik mengeluh akan nasib dan kesakitan yang kau rasai maka ianya akan menambah burukkan keadaan. Akan TETAPI, Sekiranya engkau Redha Akan Takdir Dan Ujian Yang Menimpa DIRIMU, maka engkau akan rasakan BEBAN dan Dugaan yang engkau terima menjadi ringan." Dan dapat aku konklusikan bahawa Emosi dan Perasaan manusia adalah dipengaruhi oleh Pemikiran dan MINDA (Psycology).

          
             Setelah selesai melakukan solat Jumaat (solat jumaat yang dilakukan adalah sangat ringkas kerana Imam mengetahui kondisi makmum-makmum yang berada diluar dan dalam masjid(sempit). Setelah melihat ramai muslim yang keluar dari masjid, maka aku pun mengatur langkah untuk memasuki masjid. Lalu aku menunaikan Solat Sunat Menghormati Masjid ( Di Malaysia, aku tidak merasai keunikan solat ini, tetapi setelah Berhijrah di sini, aku merasai keunikan solat ini). Kemudian pada waktu-waktu yang terluang (menunggu masuknya waktu solat asar), mungkin kerana persekitaran, aku secara Tiba-tiba merajinkan diri untuk membaca Al-Quran. 
Seperti yang kita lihat, Lelaki ini sungguh tekun ketka membaca buku tersebut. Dia juga seorang yang peramah. 

Dan seperti entri yang lepas, aku melatih diriku (pengaruh dari masyarakat Islam Di sini) untuk rajin berzikir. Tidak kiralah di mana aku berdiri mahupun duduk sekalipun. Subhanallah, inilah antara hikmah berhijrah.  

Entri ini adalah sambungan kepada entri Sujud Di atas Salji. Sampai ini sajalah. Assalamualaikum dan terima kasih kerana membaca. 

Saturday, January 12, 2013

Sujud Di Atas Salji.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                   Entri pada hari ini menceritakan tentang kehidupan seorang muslim di bumi yang terasing ini, Moscow. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa Aku mengatakan Sujud Di Atas Salji? Adakah disebabkan Aku ingin mencuba sesuatu yang baru(buang tabiat)? Biarkan persoalan ini bermain di fikiran anda sebentar.

                  Hari Jumaat merupakan Hari yang Agak Istimewa pada seseorang Muslim kerana kaum lelaki muslim diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat. Seperti yang anda tahu, Di Malaysia, solat Jumaat dilakukan "ON TIME", maksud aku, julat perubahan masa bagi waktu zohor(matahari tergelincir bererti bayang-bayang anda berada betul-betul di bawah tapak kaki. Biasanya di Malaysia, Jam 1 petang sehingga 3 petang(waktu zohor).
 
                 Namun, berbeza dengan kehidupan aku disini. Perubahan waktu adalah tidak sekata mahupun konsisten disebabkan pergerakan Matahari, Bumi dan juga kedudukan Moscow Yang berada Di Utara peta Dunia. Terutama pada Musim Sejuk seperti sekarang. Mungkin ada yang bertanya tentang suhu pada saat ini. Pada saat aku menulis entri ini, suhu mencecah -12 darjah selsius. Walaupun -12 darjah, namun bagi penduduk di sini menganggapnya sederhana sejuk kerana ada pihak yang meramal pada tahun ini akan mencecah ke -25>. Rasanya sudah cukup penjelasan mengenai sedikit info Geografi. Hehe.

Hari Jumaat, 5.1.2013( ketika cuti selama >10 hari).

               Aku tersedar dari tidur ketika jam menunjukkan 8.47 pagi, waktu masih subuh, matahari belum terbit. Begitulah kehidupan kami di sini. Matahari terbit pada pukul 10 pagi, iaitu pukul 2 petang di Malaysia. Pada mulanya, aku ingin menunaikan solat Jumaat di Embassy,Kedutaan Malaysia namun setelah berfikir sejenak, aku telah memutuskan untuk menunaikan solat Jumaat(yang agak jarang bagi kami tunaikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan) di sebuah masjid Tertua di Moscow, terletak di stesen Metro Новокузнецкая и Третьяковская.  




             
      Harap maaf kerana aku tidak dapat merakamkan banyak gambar-gambar mengenai masjid ini kerana aku kesejukan ketika itu. Seperti biasa, setiap kali aku keluar dengan tujuan untuk menulis ke dalam blog, pasti ada sesuatu kejadian yang "MENARIK", mungkin itulah takdir kehidupan. Waktu aku merakamkan gambar-gambar ini, aku berkesempatan solat jumaat di dalam masjid ini kerana memang perancangan aku dari awal. Namun berbeza dengan pengalaman kali kedua ke Masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat. Gambar-gambar diatas dirakam satu hingga dua bulan yang lalu.

       Mungkin ini merupakan intro kepada rencana mengenai masjid-masjid di Moscow mahupun masjid-majid yang berada di seluruh Russia. P.s, kepada pembaca-pembaca yang mempunyai idea dan kelapangan dalam menjayakan Rencana ini, maka sila hubungi aku kerana AGAK berbahaya bagi diriku untuk menjalankannya seorang diri (susulan insiden Malam Tahun Baru).

       Kembali kepada cerita asal, Aku bertolak dari hostel jam 12.50 tengah hari dan tiba ke stesen Metro Novovekutsnitskaya jam 1.45 petang. Kemudian tiba di perkarangan masjid pada pukul 2 petang. Ketika dalam perjalanan ke masjid iaitu lebih kurang 500 meter dari perkarangan masjid, Kelihatan ramai saudara-saudara dan saudari-saudari SeIslam yang berdiri sambil menjual "ALAS / Plastik" yang digunakan sebagai pengalas ketika sujud. Namun disebabkan Aku tidak memahami dan mengetahui kepentingan Pengalas tersebut, maka aku tidak TERFIKIR untuk membeli sebarang pengalas.

        Ternyata tindakan yang aku ambil itu SALAH sama sekali. Setibanya Aku di perkarangan Masjid, Ku lihat terlalu ramai muslimin yang sedang berdiri  di dalam saf-saf dan bersedia untuk solat. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana suasana di dalam Masjid ketika itu. Lalu aku mula terfikir akan kesilapan dalam membuat keputusan sebentar tadi. Suasana disana terlalu penuh, tidak ku sangka yang jumlah muslim di Moscow ini agak ramai berbanding sangkaan dan tanggapan awal sewaktu melangkah ke Bumi Moscow yang asing ini. Ku mengerti yang kebanyakkan muslimin di Moscow ini(kawasan masjid tersebut) di diami oleh penduduk dari negara-negara seperti Khazakhstan, Uzbekistan, Tartarstan, dan negara-negara yang pengakhiran namanya -TAN, kerana mereka memiliki kauntiti penduduk Islam yang agak Ramai kesan daripada pennyebaran Dakwah Islamiah. 

         Aku mula mencari tempat yang bersih dan sesuai untuk mendirikan solat dan Alhamdulillah aku menemui satu tempat yang agak strategik. Pengalaman yang aku tidak dapat lupakan ialah, Aku buka beg galas di belakangku sambil mencari-cari sejadah mini(yang boleh lipat) namun gagal. Malang bagiku kerana aku betul-betul terlupa. Dalam masa yang sama aku juga tidak bersedia untuk mengahadapi situasi ini. Keadaan bertambah parah apabila suhu semakin menyejuk (-3 hingga -4 darjah) serta kehadiran debu-debu putih yang gugur menyembah bumi. Angin sempoi-sempoi bahasa walaupun mereka tidak bisa berbicara sekalipun. 

          Berdirinya aku didalam saf solat sambil memikirkan idea dan cara penyelesaian dalam permasalahan yang aku hadapi, TIBA-TIBA kedengaran Laungan AZAN yang telah lama tidak ku dengari. Semua orang ketika itu senyap. Namun aku masih memikirkan idea-idea penyelesaian. Di dalam Fikiranku sering kali bermain persoalan "perlukah bagi Aku untuk berpatah balik untuk membeli pengalas? Sekiranya aku berpatah balik, maka kebarangkalian untuk aku kehilangan tempat untuk solat adalah tinggi kerana bilangan umat islam yang menghadiri Solat Jumaat pada hari itu adalah dalam jumlah yang sangat besar. Besar yang macamana? Besar yang aku tidak dapat menterjemahkan melalui penulisan. 

            Setelah selesai Azan dilaungkan, majoritinya akan melakukan solat sunat sebelum jumaat. Terlintas difikiranku untuk menunaikannya kerana sudah terlalu lama tidak mendirikannya. Tiba-tiba, aku mendapat satu idea(хорошый идеа), dengan meletakkan beg aku di atas lantai (pada tempat dimana aku akan sujud). Dan aku dirikan solat seperti biasa. Mungkin ada yang tertanya, aku tidak mengambil wuduk? 

            Untuk makluman semua, aku sentiasa mengambil wuduk sebelum keluar dari hostel. Semasa di dalam perjalanan, Aku mencuba sedaya upaya untuk tidak membatalkan wuduk tersebut. Sekiranya terbatal, maka aku akan melakukan Khuf dengan menyapukan sebahagian kasut dengan air bersih. Setelah selesai menunaikan solat, rupa-rupanya gerak-geriku diperhatikan oleh saudara disebelah kanan aku. Lalu dia memberikanku Alas. Alhamdulillah kami berkongsi dan aku betul-betul terhutang budi kepada mereka. 

            Disebabkan aku ketika itu dalam posisi duduk di atas salji, maka aku dapat rasakan penderitaan dan kepayahan yang dihadapi oleh muslimin di sini berbanding di Malaysia. Hal ini telah mengubah perspektif dan pandangan aku tentang persoalan Nikmat dan Kesyukuran Kepada Ilahi bagi Aku. Begitu juga insiden kehilangan telefon bimbitku yang telah mengubah pendengaran aku terhadap dunia,(dahulu, aku sering kali memekakkan telinga dengan memperdengarkan lagu-lagu yang kadang kalanya melalaikan daku dari menginggati Akan PenciptaKu. Alhamdulillah sekarang aku lebih mudah menginggati dengan zikir dan tasbih sewaktu di dalam perjalanan. Ada kalanya aku berfikir sejenak tujuan kewujudan aku Di SINI. 

           Setelah selesai laungan Azan yang kedua, maka bermulalah khutbah pertama. Khutbah disini dwi bahasa iaitu bahasa Russia dan juga bahasa (maaf kerana aku tidak memahami serta mengetahui akan bahasa ini namun origin bahasa ini mungkin bahasa yang boleh difahami penduduk di negara-negara -TAN tersebut). Khutbah yang disampaikan agak Ringkas dan Simple(padahal aku hanya memahami perkataan ALLAH, NABI MUHAMMAD, dan sedikit bahasa Russia), doa yang dibacakan juga ringkas. 

            Setelah laungan iqamat selesai, maka kedengaran laungan Takbir oleh Imam yang berada di dalam Masjid. Solat dilakukan seperti biasa. Terdapat perbezaan dari segi pembacaan , akan tetapi Bacaan Surah adalah singkat kerana Imam mengetahui keperitaan yang alami oleh makmum di luar. Mungkin juga ada yang benar-benar sujud di atas Salji ketika itu(andian penulis, Allahuallam), disebabkan kondisi dan ruangan yang terhad. Aku juga terlihat beberapa kawasan yang basah dan mempunyai lopak air yang sangat kotor. Namun  demi agama, mereka tetap mendirikan solat dengan menutup lopak air berkenaan dengan menggunakan plastik yang dibeli. Maksudnya, mereka dah biasa dan seringkali melalui pengalaman seperti ini pada setiap jumaat dan hari-hari istimewa seperti hari raya haji dan aidilfitri. 

             Setelah selesai solat, majoritinya akan menunaikan solat sunat. Apa yang unik ialah solat sunat mereka sebanyak 4 rakaat. Begitu juga Iqamat mereka seperti laungan azan(menyebut dua kali pada setiap kalimah). Setelah aku selesai menunaikan solat, aku bejabat tangan dengan saudara yang berkongsi sejadah kepadaku. Aku turut mengucapkan terima kasih kepadanya. Kisahnya tidak berakhir di sini.

             Melihat waktu yang semakin berlalu pergi(dah hampir memasuki waktu Asar kiranya 20 minit sebelum Asar), aku mengambil kesempatan berjalan sekeliling perkarangan Masjid. Ku lihat begitu ramai saudara-saudara yang menjual dan membeli makanan iaitu roti yang berintikan daging (daging masak blackpaper kot, aku pun tidak berapa pasti kerana aku benar-benar lapar ketika itu) yang berharga 50 rubles satu. Disebabkan aku tidak mengetahui nama roti itu lalu aku pun memberanikan diri untuk bertanya kepada orang disekeliling(mengambil masa 10 minit semata-mata untuk memberanikan diri) dan akhirnya aku berjaya juga mendapatkan 2 keping roti lalu ku menjamahnya sebagai santapan tengah hari. Untuk pengetahuan pembaca, kedai Шарма(yang paling sedap dan penjualnya yang peramah) yang terletak berdekatan dengan stesen metro ini telah dirobohkan dalam sebulan yang lepas. 

              Selesai menjamu selera, aku masuk ke dalam masjid dan menunggu dan terus menunggu laungan Azan yang menandakan masuknya waktu asar(bayang-bayang manusia lebih panjang dari tubuh asalnya). Aku turut menjadi tantapan umum. Sebenarnya masjid ini tidak asing dari kehadiran pelajar-pelajar dari Malaysia samada pelajar Medic mahupun MAI. Ada yang menegur, ada yang bersembang, dan adakalanya cukup sekadar senyum dan bersalaman kepada mereka. Bersalaman sambil menundukkan kepala mahupun mencuim tangan(tanda hormat masyarakat Malaysia) adalah sangat asing di sini. Namun aku tidak bercadang untuk tidak mempraktikkannya disini kerana aku BERBANGGA kerana amalan tersebut membuatkan diriku menghormati orang yang lebih tua serta merendah diri (walaupun sebenarnya mereka lagi tinggi daripada aku). 











             Keadaan sewaktu di dalam Masjid. 

               Aku tahu yang mungkin pembaca ingin mengetahui Sejarah dan kisah disebalik terdirinya masjid ini, namun disebabkan aku masih belum fasih berbicara mahupun memahami bahasa russia, maka agak sukar bagiku untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya. Namun, Senior-senior dari MAI dibawah organisasi AZAM RUSSIA telah berjaya menghasilkan beberapa dekomentari@video pendek mengenai sejarah masjid ini. 
                                                      ASING(2012) Suasana hari raya Qurban 2012.


Video kedua mengisahkan perihal sejarah Masjid Yang aku ceritakan tadi. Mungkin cukuplah catatan aku untuk kali ini. Kepada sesiapa yang berminat ingin menyertai aku di dalam penghasilan Rencana-rencana mengenai dunia Islam Di Rantau ini, dan juga menjadi pelapis-pelapis baru untuk menjayakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Senior-senior aku, bolehlah hubungi di FACEBOOK Saladin Muhamad. 

Aku terpaksa mencari rakan-rakan yang mempunyai minat dalam penulisan, sejarah, rakaman video mahupun photographer disebabkan resiko bergerak bersendirian adalah bahaya dan paling penting, BOSAN. Nampaknya, cukup di sini sajalah penceritaanku pada hari ini. Insya Allah aku akan menceritakan pengalaman-pengalamanKu yang berharga di sini. Sekian.