Friday, January 18, 2013

BerNafas Di Dalam Salji.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

18.1.2013, Jumaat, cuaca Bersalji tebal mencecah ke paras buku lali.

          Aku pergi ke kelas seperti biasa. Beginilah kehidupan kami semua disini. Tatkala musim EXAM menjelang, Mereka berjuang bermati-matian. Dan hari esok merupakan permulaan Cuti Winter aku. Akan tetapi, disebabkan beberapa faktor dan tindakan aku sendiri, maka aku WAJIB memanfaatkan waktu ini dengan memperkasarkan bahasa Russia Aku yang Masih terlalu LEMAH.

         Setelah selesai menduduki peperiksaan Bahasa Russia (kiranya seperti oral english yang aku paling takuti di zaman persekolahan dahulu), setelah ditegur dan dinasihati oleh 2 orang lecturer (seriously diorang memang baik), maka aku pun memulakan perjalanan pulang dengan hati yang agak kecewa dan pasrah. Aku tahu memang aku yang bersalah, jadi biarlah cuti ini yang membezakan prestasi aku pada semester 1 dengan semester 2. 

          Semasa sedang menjalani exam oral tersebut, aku telah ditanyakan soalan ini, Tempat menarik manakah yang pernah kamu lawati sejak berhijrah di Moscow ini? tanya kedua-dua lecturer aku. Disebabkan aku tidak berapa mahir berkomunikasi dalam bahasa russia(sebenarnya lecturer aku menasihatkan supaya menggunakan ayat yang paling ringkas lagi betul dari segi tatabahasanya), jadi aku hanya menjawab aku cuma ke RED SQUARE dan beberapa Masjid di sini. 

          Kelihatan muka mereka seakan-akan terkejut kerana mereka tidak pernah mengetahui kewujudan MASJID di Moscow ini. Setelah selesai semuanya, aku pun bercadang untuk pulang ke hostel. Aku melihat semula masa ketika itu, merancang dan membuat keputusan yang tepat untuk menunaikan solat Berjemaah di Masjid. Akan tetapi kali ini, kelengkapan aku agak sempurna. Cuma yang bezanya dari pengalaman sebelumnya adalah SUHU dan CUACA. Dahulu, aku hanya melakukan solat di atas permukaan ais. Namun, Hari ini, aku telah menunaikan solat di atas tikar(sejadah) di perkarangan Masjid dalam keadaan sejuk beku dan juga kehadiran Salji-Salji yang turun agak lebat hari itu. 





Beginilah keadaan ketika itu, masa aku merakamkan gambar ini selepas azan Zohor. Aku sebenarnya nak rakamkan gambar ketika rukuk dan sujud, namun disebabkan beberapa faktor jadi aku cuma dapat merakamkan gambar-gambar ini sahaja. Gambar dari handphone. 
Disebelah kanan mereka adalah bilik untuk mengambil wuduk. 
             Solat berkasut merupakan perkara biasa disini. Sebenarnya aku setika aku mengambil wuduk, hujung seluar aku agak basah. Begitu juga muka, tangan dan telinga aku. Cuba anda bayangkan, -12 ni bagaimana kesejukannya? Agak susah untuk aku menggambarkan kesejukan -12 ini, namun Aku cuma boleh memberi contoh iaitu pemerhatian yang aku jalankan sendiri. Seperi yang kita ketahui, Air membeku pada suhu 0 hingga -1 darjah(teorinya), dan memerlukan masa yang agak lama(mungkin beberapa minit untuk membeku sepenuhnya). Tetapi, dalam keadaan cuaca mencecah -12 darjah, air hanya memerlukan kurang dari satu minit, bergantung kepada Suhu asal air tersebut dan juga kondisi ketika itu. Nak senangkan cerita, hujung seluar aku serta kasut aku telah pun beku sepenuhnya hanya dalam beberapa minit. 

             Namun aku juga melihat kesanggupan masyarak-masyarakat islam di sini yang ada segelintirnya hanya berstoking dan menunaikan solat di atas tikar yang nipis. Aku tidak tahu bagaimana dia dapat menahan kesejukan itu. Dalam masa yang sama, aku hampir tidak merasai hujung jari kaki aku. Di fikiranku hanya bermain-main persoalan ini, Sampai bilakah harus aku katakan(dalam hati) mengenai SEJUK! SEJUK! dan SEJUK!... Dan pemikiran seperti itu telah memburukkan keadaan( membuatkan aku bertambah sejuk). 

              Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata seorang ilmuan, "Sekiranya engkau asyik mengeluh akan nasib dan kesakitan yang kau rasai maka ianya akan menambah burukkan keadaan. Akan TETAPI, Sekiranya engkau Redha Akan Takdir Dan Ujian Yang Menimpa DIRIMU, maka engkau akan rasakan BEBAN dan Dugaan yang engkau terima menjadi ringan." Dan dapat aku konklusikan bahawa Emosi dan Perasaan manusia adalah dipengaruhi oleh Pemikiran dan MINDA (Psycology).

          
             Setelah selesai melakukan solat Jumaat (solat jumaat yang dilakukan adalah sangat ringkas kerana Imam mengetahui kondisi makmum-makmum yang berada diluar dan dalam masjid(sempit). Setelah melihat ramai muslim yang keluar dari masjid, maka aku pun mengatur langkah untuk memasuki masjid. Lalu aku menunaikan Solat Sunat Menghormati Masjid ( Di Malaysia, aku tidak merasai keunikan solat ini, tetapi setelah Berhijrah di sini, aku merasai keunikan solat ini). Kemudian pada waktu-waktu yang terluang (menunggu masuknya waktu solat asar), mungkin kerana persekitaran, aku secara Tiba-tiba merajinkan diri untuk membaca Al-Quran. 
Seperti yang kita lihat, Lelaki ini sungguh tekun ketka membaca buku tersebut. Dia juga seorang yang peramah. 

Dan seperti entri yang lepas, aku melatih diriku (pengaruh dari masyarakat Islam Di sini) untuk rajin berzikir. Tidak kiralah di mana aku berdiri mahupun duduk sekalipun. Subhanallah, inilah antara hikmah berhijrah.  

Entri ini adalah sambungan kepada entri Sujud Di atas Salji. Sampai ini sajalah. Assalamualaikum dan terima kasih kerana membaca. 

No comments:

Post a Comment