Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entri pada hari ini menceritakan tentang kehidupan seorang muslim di bumi yang terasing ini, Moscow. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa Aku mengatakan Sujud Di Atas Salji? Adakah disebabkan Aku ingin mencuba sesuatu yang baru(buang tabiat)? Biarkan persoalan ini bermain di fikiran anda sebentar.
Hari Jumaat merupakan Hari yang Agak Istimewa pada seseorang Muslim kerana kaum lelaki muslim diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat. Seperti yang anda tahu, Di Malaysia, solat Jumaat dilakukan "ON TIME", maksud aku, julat perubahan masa bagi waktu zohor(matahari tergelincir bererti bayang-bayang anda berada betul-betul di bawah tapak kaki. Biasanya di Malaysia, Jam 1 petang sehingga 3 petang(waktu zohor).
Namun, berbeza dengan kehidupan aku disini. Perubahan waktu adalah tidak sekata mahupun konsisten disebabkan pergerakan Matahari, Bumi dan juga kedudukan Moscow Yang berada Di Utara peta Dunia. Terutama pada Musim Sejuk seperti sekarang. Mungkin ada yang bertanya tentang suhu pada saat ini. Pada saat aku menulis entri ini, suhu mencecah -12 darjah selsius. Walaupun -12 darjah, namun bagi penduduk di sini menganggapnya sederhana sejuk kerana ada pihak yang meramal pada tahun ini akan mencecah ke -25>. Rasanya sudah cukup penjelasan mengenai sedikit info Geografi. Hehe.
Hari Jumaat, 5.1.2013( ketika cuti selama >10 hari).
Aku tersedar dari tidur ketika jam menunjukkan 8.47 pagi, waktu masih subuh, matahari belum terbit. Begitulah kehidupan kami di sini. Matahari terbit pada pukul 10 pagi, iaitu pukul 2 petang di Malaysia. Pada mulanya, aku ingin menunaikan solat Jumaat di Embassy,Kedutaan Malaysia namun setelah berfikir sejenak, aku telah memutuskan untuk menunaikan solat Jumaat(yang agak jarang bagi kami tunaikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan) di sebuah masjid Tertua di Moscow, terletak di stesen Metro Новокузнецкая и Третьяковская.
Harap maaf kerana aku tidak dapat merakamkan banyak gambar-gambar mengenai masjid ini kerana aku kesejukan ketika itu. Seperti biasa, setiap kali aku keluar dengan tujuan untuk menulis ke dalam blog, pasti ada sesuatu kejadian yang "MENARIK", mungkin itulah takdir kehidupan. Waktu aku merakamkan gambar-gambar ini, aku berkesempatan solat jumaat di dalam masjid ini kerana memang perancangan aku dari awal. Namun berbeza dengan pengalaman kali kedua ke Masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat. Gambar-gambar diatas dirakam satu hingga dua bulan yang lalu.
Mungkin ini merupakan intro kepada rencana mengenai masjid-masjid di Moscow mahupun masjid-majid yang berada di seluruh Russia. P.s, kepada pembaca-pembaca yang mempunyai idea dan kelapangan dalam menjayakan Rencana ini, maka sila hubungi aku kerana AGAK berbahaya bagi diriku untuk menjalankannya seorang diri (susulan insiden Malam Tahun Baru).
Kembali kepada cerita asal, Aku bertolak dari hostel jam 12.50 tengah hari dan tiba ke stesen Metro Novovekutsnitskaya jam 1.45 petang. Kemudian tiba di perkarangan masjid pada pukul 2 petang. Ketika dalam perjalanan ke masjid iaitu lebih kurang 500 meter dari perkarangan masjid, Kelihatan ramai saudara-saudara dan saudari-saudari SeIslam yang berdiri sambil menjual "ALAS / Plastik" yang digunakan sebagai pengalas ketika sujud. Namun disebabkan Aku tidak memahami dan mengetahui kepentingan Pengalas tersebut, maka aku tidak TERFIKIR untuk membeli sebarang pengalas.
Ternyata tindakan yang aku ambil itu SALAH sama sekali. Setibanya Aku di perkarangan Masjid, Ku lihat terlalu ramai muslimin yang sedang berdiri di dalam saf-saf dan bersedia untuk solat. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana suasana di dalam Masjid ketika itu. Lalu aku mula terfikir akan kesilapan dalam membuat keputusan sebentar tadi. Suasana disana terlalu penuh, tidak ku sangka yang jumlah muslim di Moscow ini agak ramai berbanding sangkaan dan tanggapan awal sewaktu melangkah ke Bumi Moscow yang asing ini. Ku mengerti yang kebanyakkan muslimin di Moscow ini(kawasan masjid tersebut) di diami oleh penduduk dari negara-negara seperti Khazakhstan, Uzbekistan, Tartarstan, dan negara-negara yang pengakhiran namanya -TAN, kerana mereka memiliki kauntiti penduduk Islam yang agak Ramai kesan daripada pennyebaran Dakwah Islamiah.
Aku mula mencari tempat yang bersih dan sesuai untuk mendirikan solat dan Alhamdulillah aku menemui satu tempat yang agak strategik. Pengalaman yang aku tidak dapat lupakan ialah, Aku buka beg galas di belakangku sambil mencari-cari sejadah mini(yang boleh lipat) namun gagal. Malang bagiku kerana aku betul-betul terlupa. Dalam masa yang sama aku juga tidak bersedia untuk mengahadapi situasi ini. Keadaan bertambah parah apabila suhu semakin menyejuk (-3 hingga -4 darjah) serta kehadiran debu-debu putih yang gugur menyembah bumi. Angin sempoi-sempoi bahasa walaupun mereka tidak bisa berbicara sekalipun.
Berdirinya aku didalam saf solat sambil memikirkan idea dan cara penyelesaian dalam permasalahan yang aku hadapi, TIBA-TIBA kedengaran Laungan AZAN yang telah lama tidak ku dengari. Semua orang ketika itu senyap. Namun aku masih memikirkan idea-idea penyelesaian. Di dalam Fikiranku sering kali bermain persoalan "perlukah bagi Aku untuk berpatah balik untuk membeli pengalas? Sekiranya aku berpatah balik, maka kebarangkalian untuk aku kehilangan tempat untuk solat adalah tinggi kerana bilangan umat islam yang menghadiri Solat Jumaat pada hari itu adalah dalam jumlah yang sangat besar. Besar yang macamana? Besar yang aku tidak dapat menterjemahkan melalui penulisan.
Setelah selesai Azan dilaungkan, majoritinya akan melakukan solat sunat sebelum jumaat. Terlintas difikiranku untuk menunaikannya kerana sudah terlalu lama tidak mendirikannya. Tiba-tiba, aku mendapat satu idea(хорошый идеа), dengan meletakkan beg aku di atas lantai (pada tempat dimana aku akan sujud). Dan aku dirikan solat seperti biasa. Mungkin ada yang tertanya, aku tidak mengambil wuduk?
Untuk makluman semua, aku sentiasa mengambil wuduk sebelum keluar dari hostel. Semasa di dalam perjalanan, Aku mencuba sedaya upaya untuk tidak membatalkan wuduk tersebut. Sekiranya terbatal, maka aku akan melakukan Khuf dengan menyapukan sebahagian kasut dengan air bersih. Setelah selesai menunaikan solat, rupa-rupanya gerak-geriku diperhatikan oleh saudara disebelah kanan aku. Lalu dia memberikanku Alas. Alhamdulillah kami berkongsi dan aku betul-betul terhutang budi kepada mereka.
Disebabkan aku ketika itu dalam posisi duduk di atas salji, maka aku dapat rasakan penderitaan dan kepayahan yang dihadapi oleh muslimin di sini berbanding di Malaysia. Hal ini telah mengubah perspektif dan pandangan aku tentang persoalan Nikmat dan Kesyukuran Kepada Ilahi bagi Aku. Begitu juga insiden kehilangan telefon bimbitku yang telah mengubah pendengaran aku terhadap dunia,(dahulu, aku sering kali memekakkan telinga dengan memperdengarkan lagu-lagu yang kadang kalanya melalaikan daku dari menginggati Akan PenciptaKu. Alhamdulillah sekarang aku lebih mudah menginggati dengan zikir dan tasbih sewaktu di dalam perjalanan. Ada kalanya aku berfikir sejenak tujuan kewujudan aku Di SINI.
Setelah selesai laungan Azan yang kedua, maka bermulalah khutbah pertama. Khutbah disini dwi bahasa iaitu bahasa Russia dan juga bahasa (maaf kerana aku tidak memahami serta mengetahui akan bahasa ini namun origin bahasa ini mungkin bahasa yang boleh difahami penduduk di negara-negara -TAN tersebut). Khutbah yang disampaikan agak Ringkas dan Simple(padahal aku hanya memahami perkataan ALLAH, NABI MUHAMMAD, dan sedikit bahasa Russia), doa yang dibacakan juga ringkas.
Setelah laungan iqamat selesai, maka kedengaran laungan Takbir oleh Imam yang berada di dalam Masjid. Solat dilakukan seperti biasa. Terdapat perbezaan dari segi pembacaan , akan tetapi Bacaan Surah adalah singkat kerana Imam mengetahui keperitaan yang alami oleh makmum di luar. Mungkin juga ada yang benar-benar sujud di atas Salji ketika itu(andian penulis, Allahuallam), disebabkan kondisi dan ruangan yang terhad. Aku juga terlihat beberapa kawasan yang basah dan mempunyai lopak air yang sangat kotor. Namun demi agama, mereka tetap mendirikan solat dengan menutup lopak air berkenaan dengan menggunakan plastik yang dibeli. Maksudnya, mereka dah biasa dan seringkali melalui pengalaman seperti ini pada setiap jumaat dan hari-hari istimewa seperti hari raya haji dan aidilfitri.
Setelah selesai solat, majoritinya akan menunaikan solat sunat. Apa yang unik ialah solat sunat mereka sebanyak 4 rakaat. Begitu juga Iqamat mereka seperti laungan azan(menyebut dua kali pada setiap kalimah). Setelah aku selesai menunaikan solat, aku bejabat tangan dengan saudara yang berkongsi sejadah kepadaku. Aku turut mengucapkan terima kasih kepadanya. Kisahnya tidak berakhir di sini.
Melihat waktu yang semakin berlalu pergi(dah hampir memasuki waktu Asar kiranya 20 minit sebelum Asar), aku mengambil kesempatan berjalan sekeliling perkarangan Masjid. Ku lihat begitu ramai saudara-saudara yang menjual dan membeli makanan iaitu roti yang berintikan daging (daging masak blackpaper kot, aku pun tidak berapa pasti kerana aku benar-benar lapar ketika itu) yang berharga 50 rubles satu. Disebabkan aku tidak mengetahui nama roti itu lalu aku pun memberanikan diri untuk bertanya kepada orang disekeliling(mengambil masa 10 minit semata-mata untuk memberanikan diri) dan akhirnya aku berjaya juga mendapatkan 2 keping roti lalu ku menjamahnya sebagai santapan tengah hari. Untuk pengetahuan pembaca, kedai Шарма(yang paling sedap dan penjualnya yang peramah) yang terletak berdekatan dengan stesen metro ini telah dirobohkan dalam sebulan yang lepas.
Selesai menjamu selera, aku masuk ke dalam masjid dan menunggu dan terus menunggu laungan Azan yang menandakan masuknya waktu asar(bayang-bayang manusia lebih panjang dari tubuh asalnya). Aku turut menjadi tantapan umum. Sebenarnya masjid ini tidak asing dari kehadiran pelajar-pelajar dari Malaysia samada pelajar Medic mahupun MAI. Ada yang menegur, ada yang bersembang, dan adakalanya cukup sekadar senyum dan bersalaman kepada mereka. Bersalaman sambil menundukkan kepala mahupun mencuim tangan(tanda hormat masyarakat Malaysia) adalah sangat asing di sini. Namun aku tidak bercadang untuk tidak mempraktikkannya disini kerana aku BERBANGGA kerana amalan tersebut membuatkan diriku menghormati orang yang lebih tua serta merendah diri (walaupun sebenarnya mereka lagi tinggi daripada aku).
Keadaan sewaktu di dalam Masjid.
Aku tahu yang mungkin pembaca ingin mengetahui Sejarah dan kisah disebalik terdirinya masjid ini, namun disebabkan aku masih belum fasih berbicara mahupun memahami bahasa russia, maka agak sukar bagiku untuk menceritakan keadaan yang sebenarnya. Namun, Senior-senior dari MAI dibawah organisasi AZAM RUSSIA telah berjaya menghasilkan beberapa dekomentari@video pendek mengenai sejarah masjid ini.
ASING(2012) Suasana hari raya Qurban 2012.
Video kedua mengisahkan perihal sejarah Masjid Yang aku ceritakan tadi. Mungkin cukuplah catatan aku untuk kali ini. Kepada sesiapa yang berminat ingin menyertai aku di dalam penghasilan Rencana-rencana mengenai dunia Islam Di Rantau ini, dan juga menjadi pelapis-pelapis baru untuk menjayakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Senior-senior aku, bolehlah hubungi di FACEBOOK Saladin Muhamad.
Aku terpaksa mencari rakan-rakan yang mempunyai minat dalam penulisan, sejarah, rakaman video mahupun photographer disebabkan resiko bergerak bersendirian adalah bahaya dan paling penting, BOSAN. Nampaknya, cukup di sini sajalah penceritaanku pada hari ini. Insya Allah aku akan menceritakan pengalaman-pengalamanKu yang berharga di sini. Sekian.

No comments:
Post a Comment