Wednesday, September 18, 2013

Reset Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 




                        Kenangan beberapa jam sebelum aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
                 

                Sejak kebelakangan ini, aku sering kali terfikir, adakah Belajar di Russia merupakan Impian aku? Adakah Aku benar-benar mahu menjadi seorang Jurutera Aeronautikal? Adakah benar aku ingin menjadi seorang JURUTERA?

                 Kisahnya bermula pada masa yang sama ketika aku mengahadapi krisis (sila baca RESET Part 1). Waktu itu merupakan penghujung musim sejuk dimana angin mulai bertiup sempoi-sempoi bahasa. Cuaca makin lama makin suam. Kombinasi pakaian semakin lama semakin menipis. Namun agak berbeza dengan keadaan HATI aku ketika itu. 

                 Hidup makin dirasakan tidak bertujuan. Kais pagi makan "Sneekers", kais petang makan nasi berlaukkan apa yang ada. Pelajaran? Huh, aku hanya tertarik dengan subjek Math dan Fizik walaupun ianya berbahasa Russia. Lawaknya, Kedua-duanya masih boleh difahami walaupun dalam bahasa Russia. 

                 Aku berjaga sepanjang malam ketika itu. Disebabkan waktu siang lebih panjang daripada malam, oleh itu aku terpaksa berjaga ekoran risau terlepas daripada Menunaikan Solat Isyak dan Subuh. Ketika rakaat terakhir solat subuh tersebut, terlintas di mindaku persoalan. Ya persoalan yang telah mengubah hidup aku. Persoalan berkenaan tujuan aku datang ke Russia. 

                 Lepas selesai Solat, aku pun berdoa moga-moga segala keputusan yang aku ambil mempunyai hikmah yang tersendiri. Maka bermulalah kembara mencari semula tujuan hidup aku. Disebabkan insiden  inilah POST ini bergelar RESET. Kerana aku berpendapat apabila hilangnya sinar mentari, kita tidak ada pilihan lain melainkan mencari sumber cahaya alternative. Lantas, aku pun memulakan monolog dalaman. 

               Aku pun tertidur. Terjaga dari tidur, aku dapati yang hari kian cerah. Namun jiwaku tidaklah secerah langit biru tanpa awan. "Huh" aku mengeluh panjang. Mungkin hari ini sama seperti hari-hari sebelum ini. Hari berlalu tanpa sebarang jawapan. Ada juga terdetik di fikiran, "adakah perlu bagiku untuk menceritakan masalah aku kepada orang lain?". Kemudiannya aku mendapati bahawasanya jawapan kepada semua persoalanku hanyalah satu iaitu IMPIAN Dan IKATAN aku Terhadap ALLAH S.W.T. 

                Sedar tak sedar, rupanya dah banyak ilmu agama yang aku telah dalami ketika itu. Begitu juga ilmu sains dan Falsafah hidup. Tidak kurang juga dengan Ilmu penulisan dan fotografi. Ya. Ilmu penulisan yang pada mulanya aku pandang endah tak endah je. Namun setelah hampir setahun, Aku dapati yang Corak penulisanku semakin hari semakin menjadi-jadi. Adakah ini IMPIAN Hidupku? 

                Otak ku semakin lama semakin penat memikirkan tujuan hidup aku. Ianya seperti mimpi ngeri buat sang Nanoprocessor (otak) ku. Lalu, aku terfikirkan akan Probability Seandainya aku balik Malaysia dan mula mencuburi bidang penulisan. Satu IDEA lebih baik daripada Tiada Idea sama sekali. Kerana sesungguhnya tanpa sebarang idea, kita mungkin tidak akan berganjak dari tempat asal kita. Jadi, aku membuat keputusan untuk menitik beratkan kehidupan aku SEANDAINYA aku menjadi seorang WARTAWAN(penulis). 

                Sejak itu, aku mulai membaca, mengkaji dan mula mencuburi bidang blog dimana walaupun blog aku tidaklah seindah blog kepunyaan Hazwani nizny, tidak semeriah Shaa Bonita, Tidak seglamour Shazrizal Shahmy, Namun yang pasti penulisanku tetap dapat membuatkan pembaca tersenyum, teruja (Ini bukan POYO) dan yang paling penting, TERKEJUT akan tindakanku Pulang Ke Tanah Air. 

                Aku pun memberanikan diri untuk bertanya pendapat kepada Encik Salman. Beliau telah nasihatkan ku banyak Ilmu-ilmu yang tidak terdapat didalam buku teks sekolah. Kata beliau ,"Biasalah Remaja umur bawah 20 tahun, mereka akan mencari dan terus mencari tujuan hidup mereka. Tak Salah untuk berubah bidang. Akan tetapi adalah salah sekiranya melakukan sesuatu Perkara yang kita tidak Sukai tanpa keikhlasan hati".  

                 Sungguh hebat kata-kata Encik Salman. Disebabkan itulah, aku sering kali travel bersamanya dan seorang lagi sahabatku (mungkin akan diceritakan akan datang). Sejak dari hari itu, Aku mula menjumpai serpihan-serpihan Puzzle(teka-teki) dalam mencari erti kehidupan bagiku. Bersambung... Insya allah.


                     Encik Salman bersama dua orang wanita German ketika pesta Medieval, Moscow.

RESET Part 1.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

              Sudah agak lama bagiku dari mengemas kinikan blog yang pada mulanya aku ingin lupuskan. Namun setelah beberapa ketika, Aku mendapati setiap tindakan yang diambil, pasti akan mengubah sesuatu samada kepada yang baik mahupun sebaliknya.

                 Untuk pengetahuan pembaca, telah hampir 2 bulan Aku meninggalkan bumi Moscow. Ya,  aku telah mengambil keputusan untuk berhenti  dari meneruskan pengajian di Moscow Aviation Institute. Ada banyak sebabnya. Faktor Bahasa yang agak sukar(bagi diriku) untuk memahami dan menguasai, Faktor Survival di perantauan dan Yang paling penting, "AKU HILANG TUJUAN HIDUP". 

                Mungkin ada yang tidak mempercayai. Hilang tujuan hidup bukanlah bermaksud aku tidak mahu meneruskan kehidupan, Akan tetapi ianya merujuk kepada persoalan "Mengapa Aku Berada Di Moscow selama ini?" Adakah kerana Ianya "OVERSEA" dimana lanskapnya jauh berbeza dengan Malaysia? Adakah kerana Aku sekadar ingin Melancong dan Menghabiskan Duit? Adakah kerana Aku benar-benar mahu menuntut ilmu di MAI? Adakah kerana Aku ingin menguji kekuatan diri aku dalam menjalani Survival di bumi Orang? 

                 Terlalu banyak persoalan mulai bermain di minda ketika itu sehingga aku merasakan diriku hilang pedoman. Aku mulai menentang Diri aku sendiri. Aku mulai melarikan diri daripada realiti kehidupan sebagai seorang Pelajar. Aku mulai mengunci diriku jauh daripada masyarakat. Kehidupanku kian tidak teratur. Sehinggakan makan dan minum tidak terurus. Apatah lagi pelajaran. Aku runsing mengenangkan ketidakbolehan aku dalam memahami Basic tatabahasa Bahasa Russia. Aku merasakan diriku jauh ketinggalan ketika di dalam kelas.

                     Pernah juga aku mencuba untuk menceritakan masalah aku kepada lecturer Ruski ku, namun mesej yang aku cuba sampaikan tidaklah se effective kerana disampaikan dalam bahasa russia. Sebenarnya aku sedar bahawasanya mereka Memahami kesengsaraan diriku dalam mempelajari bahasa mereka. Sebulan sebelum aku membuat keputusan untuk Berhenti dan Balik ke Malaysia, mereka(lecturer) ingin membantu( memberi markah lulus) di dalam ujian Bahasa Russia. Namun Seandainya aku menerima tawaran mereka, aku mungkin LULUS di kertas namun GAGAL pada praktikal. Fikiranku, "Apa gunanya Aku Lulus tanpa usaha sendiri Sedangkan Realitinya aku tidak memahami apa-apa dari ilmu yang dipelajari?"

           P.s, Aku berfikir seperti itu bukanlah kerana emosi GAGAL dan sekutu dengannya. Namun aku berfikaran seperti itu Atas Sebab Ketidaklayakan diriku. I didnt deserve that kind of HELP. I didnt worth it. Di samping itu, aku juga risau seandainya aku tidak dapat MARA kehadapan ekoran ketidakfahaman bahasa Russia. Ini bukan soal setahun dua. Ini soal 5-6 tahun belajar di Russia. Aku tidak Mahu hidup seperti ini. 

                   Mungkin terdapat banyak persoalan yang pembaca ingin bertanyakan. Walaupun tindakan yang aku telah ambil mungkin AGAK kurang BERNAS berdasarkan logik akal minda seorang DEWASA. Namun hakikatnya Aku hanyalah seorang BUDAK HINGUSAN. Aku tidak berani MENGAMBIL RESIKO. 

Bersambung.. Insya allah. 

Dilema Tanpa Tujuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

                Peristiwa ini berlaku sejak 3 bulan lalu. Ianya merupakan peristiwa yang mengubah pandangan dan hala tujuan aku. Pernahkah anda mengalami krisis hilang Identiti diri? Hilang tujuan hidup? Hilang segalanya sedangkan realitinya Nikmat-nikmat tersebut masih terasa di hadapan kita?

               Disebabkan satu persoalan, lantas aku berfikir sedalam yang mungkin sehingga terlena. Setelah bangun,  ku dapati bahawa Diri aku bukanlah yang sama seperti hari semalam. Hal ini seolah-olah permainan minda pada mulanya, akan tetapi ianya semakin hari semakin menganggu JIWA ku. Persoalan yang hanya diri sendiri yang dapat mencari jawapan.

               Lalu, aku mulai mencari semula identiti dengan bertanya kepada keluarga dan rakan-rakan. Namun, semuanya hampa. Jawapan yang diberikan tidak dapat memuaskan jiwaku yang tidak tenteram. Ya aku tahu bahawasanya jawapan-jawapan mereka sangat bernas dan logik. Akan tetapi, Disebabkan Manusia dicipta dan dipengaruhi oleh HATI(niat dan hala tujuan diri), maka kata-kata mereka ibarat mencurah ke daun keladi. Bahkan turut memperluaskan kebarangkalian yang perlu dipertimbangkan ketika berfikir.

                Masa kian berlalu, begitu juga hari. Hari-hari yang berlalu dihabiskan tanpa keikhlasan. Jiwa kian tidak tenteram. Diri semakin hari semakin lemas dibuai NIKMAT-NIKMAT yang melimpah. Terdetik juga suatu ketika, "Mungkin nyawa ini hampir ke penghujungnya." Aku kian membisu dan cuba untuk menghilangkan "PERSOALAN Yang Terungkai di Minda" dengan pelbagai jenis cara. Ku dapat rasakan ketenangan jiwa. Namun ianya bukanlah berkekalan. Apa yang aku lakukan boleh diibaratkan seperti "Sambil menyelam minum air" dimana pengakhirannya aku lemas ekoran lebihan air.

                 Lalu aku mengambil tindakan drastik. Tanpa berfikir langsung, aku mulai berputus asa. "Buat apa memikirkan solusi kepada permasalahan yang aku sudah ada jawapan? Adakah aku masih memerlukan "jawapan" bagi menjaga HATI dan Jiwa ku?" kata-kata yang sering terukir dalam mindaku.
Kemudian aku mula menonton anime Naruto. Bermula pada episod 1, sehinggalah ke episod terbaru.

                 Semasa menonton, aku terfikir," Aku datang jauh-jauh demi mengejar cita-cita. Namun tindakan aku seperti men sia-siakan Nikmat ini." Tapi aku tetap juga meneruskan akitiviti tersebut. Bukan kerana tidak tahu akan akibat perbuatan ini, tetapi kerana TAKUT untuk menghadapi realiti kehidupan yang seperti "Nakhoda hilang arah disebabkan pukulan ombak yang semakin rancak".

                 Setiap mesin yang dicipta pasti memiliki fungsi yang tersendiri. Begitu juga Manusia. Tanpa tujuan, maka sesatlah dia dalam lautan yang luas. Bahkan dipenuhi dengan pelbagai jenis ancaman.

 "All that's near us we must know"
   "Could disappear any day, be careful !"
   "The main key to find happiness,
     "Lies no where else but in our souls".
     "You know the Closer you get to something, The tougher is to see it."
Terjemahan daripada lagu pembukaan Naruto Shippuden-Closer by Inoue Joe.

      I realize the screaming pain
             Hearing loud in my brain
                      But I'm going straight ahead
                                           With this scar

             Please let me show you the pain
                      My scars have made me obtain
                             Before the weight of the world
                                    Comes crashing down on my shoulders.
Terjemahan daripada lagu pembukaan Naruto Sippuden - Sign by Flow.

                 Lalu, Aku pun mendapati bahawasanya tujuan hidupku mulai luntur. Hatiku mulai gelisah dalam memikirkan tujuan hidupku yang kian berubah. Tanpa disedari, persoalan yang timbul bertukar menjadi MASALAH yang akhirnya mencetuskan kontraversi kepada semua pihak. BERSAMBUNG.....

P.s, sebenarnya draft ini telah ditulis pada 6 bulan yang lepas dari tarikh post dimana sewaktu itu aku menderita mencari tujuan yang kian hilang..