Wednesday, September 18, 2013

Reset Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 




                        Kenangan beberapa jam sebelum aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
                 

                Sejak kebelakangan ini, aku sering kali terfikir, adakah Belajar di Russia merupakan Impian aku? Adakah Aku benar-benar mahu menjadi seorang Jurutera Aeronautikal? Adakah benar aku ingin menjadi seorang JURUTERA?

                 Kisahnya bermula pada masa yang sama ketika aku mengahadapi krisis (sila baca RESET Part 1). Waktu itu merupakan penghujung musim sejuk dimana angin mulai bertiup sempoi-sempoi bahasa. Cuaca makin lama makin suam. Kombinasi pakaian semakin lama semakin menipis. Namun agak berbeza dengan keadaan HATI aku ketika itu. 

                 Hidup makin dirasakan tidak bertujuan. Kais pagi makan "Sneekers", kais petang makan nasi berlaukkan apa yang ada. Pelajaran? Huh, aku hanya tertarik dengan subjek Math dan Fizik walaupun ianya berbahasa Russia. Lawaknya, Kedua-duanya masih boleh difahami walaupun dalam bahasa Russia. 

                 Aku berjaga sepanjang malam ketika itu. Disebabkan waktu siang lebih panjang daripada malam, oleh itu aku terpaksa berjaga ekoran risau terlepas daripada Menunaikan Solat Isyak dan Subuh. Ketika rakaat terakhir solat subuh tersebut, terlintas di mindaku persoalan. Ya persoalan yang telah mengubah hidup aku. Persoalan berkenaan tujuan aku datang ke Russia. 

                 Lepas selesai Solat, aku pun berdoa moga-moga segala keputusan yang aku ambil mempunyai hikmah yang tersendiri. Maka bermulalah kembara mencari semula tujuan hidup aku. Disebabkan insiden  inilah POST ini bergelar RESET. Kerana aku berpendapat apabila hilangnya sinar mentari, kita tidak ada pilihan lain melainkan mencari sumber cahaya alternative. Lantas, aku pun memulakan monolog dalaman. 

               Aku pun tertidur. Terjaga dari tidur, aku dapati yang hari kian cerah. Namun jiwaku tidaklah secerah langit biru tanpa awan. "Huh" aku mengeluh panjang. Mungkin hari ini sama seperti hari-hari sebelum ini. Hari berlalu tanpa sebarang jawapan. Ada juga terdetik di fikiran, "adakah perlu bagiku untuk menceritakan masalah aku kepada orang lain?". Kemudiannya aku mendapati bahawasanya jawapan kepada semua persoalanku hanyalah satu iaitu IMPIAN Dan IKATAN aku Terhadap ALLAH S.W.T. 

                Sedar tak sedar, rupanya dah banyak ilmu agama yang aku telah dalami ketika itu. Begitu juga ilmu sains dan Falsafah hidup. Tidak kurang juga dengan Ilmu penulisan dan fotografi. Ya. Ilmu penulisan yang pada mulanya aku pandang endah tak endah je. Namun setelah hampir setahun, Aku dapati yang Corak penulisanku semakin hari semakin menjadi-jadi. Adakah ini IMPIAN Hidupku? 

                Otak ku semakin lama semakin penat memikirkan tujuan hidup aku. Ianya seperti mimpi ngeri buat sang Nanoprocessor (otak) ku. Lalu, aku terfikirkan akan Probability Seandainya aku balik Malaysia dan mula mencuburi bidang penulisan. Satu IDEA lebih baik daripada Tiada Idea sama sekali. Kerana sesungguhnya tanpa sebarang idea, kita mungkin tidak akan berganjak dari tempat asal kita. Jadi, aku membuat keputusan untuk menitik beratkan kehidupan aku SEANDAINYA aku menjadi seorang WARTAWAN(penulis). 

                Sejak itu, aku mulai membaca, mengkaji dan mula mencuburi bidang blog dimana walaupun blog aku tidaklah seindah blog kepunyaan Hazwani nizny, tidak semeriah Shaa Bonita, Tidak seglamour Shazrizal Shahmy, Namun yang pasti penulisanku tetap dapat membuatkan pembaca tersenyum, teruja (Ini bukan POYO) dan yang paling penting, TERKEJUT akan tindakanku Pulang Ke Tanah Air. 

                Aku pun memberanikan diri untuk bertanya pendapat kepada Encik Salman. Beliau telah nasihatkan ku banyak Ilmu-ilmu yang tidak terdapat didalam buku teks sekolah. Kata beliau ,"Biasalah Remaja umur bawah 20 tahun, mereka akan mencari dan terus mencari tujuan hidup mereka. Tak Salah untuk berubah bidang. Akan tetapi adalah salah sekiranya melakukan sesuatu Perkara yang kita tidak Sukai tanpa keikhlasan hati".  

                 Sungguh hebat kata-kata Encik Salman. Disebabkan itulah, aku sering kali travel bersamanya dan seorang lagi sahabatku (mungkin akan diceritakan akan datang). Sejak dari hari itu, Aku mula menjumpai serpihan-serpihan Puzzle(teka-teki) dalam mencari erti kehidupan bagiku. Bersambung... Insya allah.


                     Encik Salman bersama dua orang wanita German ketika pesta Medieval, Moscow.

2 comments:

  1. heyy why need to do that??? mcm xleh terima ur decision...=(

    ReplyDelete
  2. bro... terkedu sekejap bila mention nama shazrizal shahmy tu..hahaha

    ReplyDelete