Friday, April 26, 2013

Dari Kaca Mata Seekor Merpati.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Corak(nama samaran) merupakan seekor merpati kerdil yang dilahirkan di dalam sebuah sistem keluarga yang besar. Sejak kecil, Corak dilahirkan agak berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Iaitu warna bulu pada badannya yang agak berbeza daripada saudara maranya yang lain. Corak dilahirkan di dalam suatu kelompok yang tidak mempunyai sebarang ikatan persaudaraan. Tempat itu bukanlah kampung halamannya.

Disebabkan Corak tergolong di dalam jenis merpati yang berhijrah mengikut musim, maka di hatinya sentiasa berubah mengikut sistem dan budaya masyarakat MERPATI setempat. Oleh itu, Corak merasakan dirinya tidak memiliki kampung halaman. Keluarga Corak sering merantau. Dari anak burung yang comel, kini telah menjelang usia remaja. Corak agak lambat untuk memahami teknik-teknik dan ilmu mengenai penerbangan. Tetapi, setelah Corak menguasainya, maka wujudlah satu semangat yang dipanggil cita-cita.

Suatu hari, ketika Corak sedang berterbangan di langit biru, Corak mendapati dirinya diperhatikan oleh seeokor helang yang gagah membelah angin. Corak mula risau akan keselamatan dirinya. Disebabkan takut, Corak memperdalamkan ilmu yang dimiliki. Semakin dalam dia mentelaah ilmu, semakin gagah otot pada sayapnya untuk menghantar badannya memecut ke langit biru.

Disebabkan perasaan ghairah dan ingin tahu yang mendalam, Corak boleh dikatakan mempunyai ilmu yang pelbagai. Walaupun sebahagian daripada ilmunya itu secetek lopak air. Disebabkan Corak mempunyai adik-beradik yang ramai, maka tak dapat dikecualikan menjadi mangsa buli saudara-maranya yang lebih tua. Tubuh Corak agak kurus dan berbulu lurus. Corak mempunyai cita-cita. Ya. Cita-cita.

Walaupun dia hanyalah seekor burung hybrid, namun dia sentiasa merasakan dirinya memiliki tujuan hidup. Disebabkan dia masih muda dan mentah, maka Cita-citanya laksana luasnya 7 lautan. Sewaktu di peringkat remaja, dia sering kali terbang bersama rakan-rakannya di dalam satu kelompok yang besar. Mereka membuat rondaan di udara, mengelilingi kawasan kediaman mereka. Satu hari, ketika Corak sedang bermain bersama rakan-rakannya, dia telah ditangkap oleh sekumpulan lelaki lalu dikurung didalam sangkar besi. Setibanya di kedai burung, kelihatan sepasang suami isteri berketurunan Cina telah membeli mereka.

Corak sangat takut. Risau akan menjadi mangsa kepada kekejaman Manusia. Kerisauan dan Curiga tersemat di dadanya. Tiba-tiba, kelihatan sebaris cahaya melintang yang semakin lama semakin membesar. Lalu terpancarlah cahaya mentari petang. Kemudian dilepaskan besi yang menjadi penghalang kepada pintu sangkar. Maka berterbanglah Corak bersama rakan-rakannya. Terbang dengan satu tujuan yang jelas terpanpang di kaca mata manusia. Ya, terbang untuk menyelamatkan diri. Apabila merasakan diri mereka selamat, maka Corak pun mula meneliti kawasan sekeliling. 

Alangkah terperanjatnya, dia kini berada di kawasan perumahan manusia. Bukan itu sahaja, Corak juga telah terputus hubungan daripada keluarga asalnya. Disebabkan letih memikirkan masalahnya, maka Corak pun hinggap pada atap sebuah rumah yang berkedudukan di persimpangan jalan. Diikuti oleh rakan-rakannya. Lalu dialihkan pandangannya kepada suami isteri tersebut. Riak wajah mereka mengambarkan mereka gembira. 

Pabila senja menjelang, kelihatan seorang manusia yang masih muda sedang menabur sesuatu pada halaman rumah. Corak memberanikan diri. Dia terbang menjunam kebawah. Lalu mendarat laksana Jet Harrier hinggap pada permukaan Aircraft Carrier. (teknik pendaratan ini digelar Vertical Take Over Landing" VTOL").


Sang manusia itu pula asyik tersengih je pabila melihat gelagat burung-burung merpati tersebut. Lalu keluar pula dari sebalik pintu kaca, seorang kanak-kanak perempuan. Dia kelihatan teruja melihat sekumpulan tetamu yang tidak disangka. Corak mula mematuk bahan yang dilemparkan pada tanah. Semakin lama, semakin laju patukan yang dihasilkan mereka. Turut kedengaran bunyi-bunyi yang mungkin berkata " Sedap juga benda berwarna putih ini. Tapi kawan-kawan, berhati-hati. Risau nyawa kita dalam bahaya." bunyi Corak kepada rakan-rakannya.

Kemudian, kedengaran suara manusia berkata," Udin, Ummu, masuk rumah. Hang pa toksah nak main dengan burung-burung tu. Najis binatang tu mungkin bahaya." kata seorang ibu kepada kedua-anaknya. Disebabkan Corak seperti terasuk dek kelazatan beras tersebut, maka tanpa disedari, kanak-kanak lelaki itu mula memberanikan diri. Dia ingin menerkam Corak. Sepantas kilat, Corak terbang dan hinggap ke atas atap. Lalu Corak berbunyi, " In Your Face, haha" terjemahan palsu dari penulis. Terukir senyuman jahat pada raut wajah budak lelaki tersebut. 

Keesokan pagi, sekali lagi telah bertaburan objek-objek putih pada lantai rumput(halaman rumah). Kali ini ditabur oleh seorang insan bergelar ibu kepada anak-anaknya. Lalu kedengaran suara budak lelaki semalam," Mama, van sekolah dah sampai. Udin pergi dulu." Dalam masa yang sama, keluarlah seorang kanak-kanak perempuan( waktu itu, dia masih comel. Sekarang tidak lagi, haha), melambai-lambai ke arah budak lelaki tersebut, merangkap abangnya(sang pembuli). 

Setelah van tersebut beredar, muncul pula seorang wanita (jiran hadapan) bertanyakan mengenai kehadiran  Corak dan saudara-maranya yang mula bermastautin di atap rumah mereka. Ibu itu menceritakan perkara tersebut. Wanita itu pun berkata,"Pasangan suami isteri itu sedang dalam kesusahan(salah seorangnya menghidap penyakit yang sukar diubati). Mengikut kepercayaan Feng Shui, maka meraka pun melepaskan Sejumlah burung agar penyakit itu boleh sembuh". Sebenarnya wanita itu(jiran hadapan) berketurunan Cina. 

Mungkin disebabkan habit semula jadi Seekor burung merpati, maka Corak dan kumpulannya memulakan rondaan mengelilingi langit kawasan perumahan tersebut. Diameter Bulatan itu semakin lama, semakin besar. Jumlah mereka dianggarkan sebanyak 30 ekor. Hari berikutnya berlalu. kedengaran bunyi van sekolah. Budak lelaki itu telah pulang dari sekolah. Sejam sebelum kepulangannya, kelihatan ibu tersebut sedang memimpin tangan anak perempuan kecilnya yang lengkap berpakaian tadika. Comel ketika itu. Sekarang, siapa yang tahu. 


 Rumah itu agak unik. Kerana ianya terletak di persimpangan jalan(lorong permulaan), dimana ia memiliki halaman berumput. Kelihatan juga pokok belimbing yang tidak berapa tinggi pada bahagian belakang. Serta pokok pandan, serai, kunyit, serta betik yang tinggi. Lalu, tanpa disadari, kelihatan kelibat binatang-binatang pemangsa yang juga menetap di Rumah itu. Pintu pagar rumah berwarna kuning. Kelihatan juga kereta berwarna putih susu. Penghuni rumah itu pula ada 8 orang. Namun, hanya seorang ahli rumah tersebut yang dilabel "black list" oleh haiwan dan hidupan yang ada di halaman rumah itu. Corak masih teringat raut wajah budak lelaki itu. 

Suatu petang, Budak lelaki itu sedang bermain dihalaman. Dia tidak berseorangan. Dia ditemani oleh seorang kanak-kanak perempuan. Budak lelaki ini sering memanipulasi keadaan. Dia sering membuli mangsa-mangsanya(termasuk adiknya, kerana dia ingin melepaskan perasaan marah akibat dibuli oleh pihak atasan). Antara mangsa utamanya ialah kucing, Si Hidung Merah. Berbekalkan badang yang Tough(pandangan kucing), bertompok hitam putih(budak lelaki itu turut mengelarnya lembu New Zealand). Kucing ini sungguh berani dan pantas ketika melakukan serangan. Mungkin kerana hanya Hidung Merah yang membalas 
kekejaman Budak lelaki tersebut, maka terjadilah perang di antara kedua-dua pihak.

Sang pembuli sering melakukan serangan dengan air (menggunakan hos yang terdapat diperkarangan hadapan rumah). Untuk membuktikan kekejamannya, Budak itu sering melancarkan serangan ketika Hidung Merah sedang melakukan tugasan besar( mengeluarkan "excess food and toxics", if you know what i mean). Kelemahan utama Hidung Merah adalah air. Ia sangat membencikan air. Laksana pertemuan antara Mangnesium dan api, maka berlarilah Ia tanpa sempat menimbus sebarang "sisa"nya. 

Si Hidung Merah bukanlah berseekoran(manusia=berseorangan). Ia memiliki 3 adik-beradik yang lain. Mereka sebenarnya anak yatim yang dikutip oleh jiran. Ibu kepada anak-anak tersebut sangat tidak bersetuju pada mulanya. Bimbang anak-anaknya tidak bertanggungjawab terhadap haiwan tersebut. Namun tanggapan beliau berubah. Anak-anaknya sangat menyukai haiwan-haiwan tersebut. Termasuk sang pembuli yang sering berpegang kepada slogan," aku mengambil berat, sebab itulah aku buli mereka". 

Banyak insiden yang berlaku pada waktu petang. Memang tugas budak lelaki itu untuk melemparkan makanan kepada burung(disebabkan dia lebih rela berbanding membuat makanan kepada kucing). Disebabkan berat mudah habis, maka Si Ibu mula mencari alternative dengan membeli jagung sebagai makanan asasi kepada burung. Kelihatan Corak semakin suka. Kadang kala, Corak mendapat makanan lain seperti Roti( selalu pada waktu pagi, dilempar oleh seorang lelaki merangkap ketua keluarga tersebut). Kadang kala, pada waktu pagi, selepas subuh, Bapa akan mengajak anak lelakinya yang degil itu untuk pergi berjoging ataupun berbasikal. Apabila pulang, Kebiasaannya budak lelaki itu akan suka bermain air, alasan yang diberikan hanyalah satu, "Mama kata kena siram pokok hari-hari". Padahal seronok bermain air.

Seperti kebiasaannya, sewaktu Corak dan Saudaranya sedang berjemur di bawah cahaya mentari, kelibat budak lelaki itu akan bersembunyi di belakang dinding. Apabila melihat Corak and Gang seakan-akan LEKA, dia mulakan serangan hendap. Walaupun dia ketahui yang langkahnya akan gagal, maka dia tetap seronok melakukannya.  Budak ini sering kali bermain di luar rumah. Kadang-kadang berteman. Kadang kala keseorangan. Sewaktu petang, pasti ada aktiviti yang dilakukan. Korek tanah (buat perangkap kucing, burung) namun selalunya gagal kerana sewaktu dah siap, pasti akan kedengaran suara, "Hang buat apa nu, Kambus balik. Tok sah nak khianat dengan binatang". Lalu dengan sedihnya, budak itu terpaksa juga menurut perintah. Dia tahu bagaimana rahsia bocor. Kerana sesungguhnya, budak tadika itulah perisik Ibu. Setiap pagi, terutama Sabtu dan Ahad, Ibu serta dua orang kanak-kanak itu akan membersihkan kawasan rumah. Budak lelaki itu hanya membantu kerana ternyata, dia dan air tidak dapat dipisahkan. 

Disebabkan kuantiti burung semakin banyak, maka kawasan berumput rumah itu dipenuhi dengan najis burung serta "Periuk Api" yang dikambus rapi. Tidak dapat disangkal, seseorang yang berlaku zalim, pasti akan mendapat balasan yang setimpal. Maka suatu hari, tanpa segan silu. Budak itu sedang mengkaji dan memerhatikan Koloni serangga bergelar kerengga yang bermastautin di pokok belimbing. Sedang mengkaji, apabila terlalu seronok dan Perasaan Ingin Tahu telah menguasai badan, Maka dibedah siasat sarang kerengga tersebut. Bermulalah perang antara Budak dan kerengga. Malangnya budak itu terpaksa berundur kerana ketika menarik hos paip, tiba-tiba paip terputus. Lalu terpercik air ke muka budak itu. Bukan itu sahaja, sewaktu, on the way nak menutup air(pressure air tinggi, jadi Air boleh kedengaran sehingga ke dapur. Disebabkan bimbang dimarahi ibunya, budak itu pun berlari mendapatkan paip. Alangkah malangnya, sudah digigit semut, terpijak pula "Periuk Api" yang bersembunyi disebalik rumput-rumput panjang. Lantas dimarahi Ibunya. 

Setelah menyesali(kononnya) perbuatannya, ternyata Corak juga sedang merancang sesuatu. Sewaktu budak itu meneliti kehidupan jentik-jentik di dalam longkang kecil, Lantas gugurlah sebutir bom "panas berserta cecair" yang mendarat di atas kepada budak lelaki itu. What's On Your Head? haha.

Setelah beberapa tahun, Corak dan generasinya telah pergi meninggalkan keluarga itu. Mungkin mereka berhijrah ke tempat lain ( terdapat banyak burung-burung baru, serta mereka hanya pulang ketika waktu makan petang). Ada juga yang mati akibat infection dan juga kutu. Selain itu, ada juga yang terkorban dibaham kucing( kucing suka test Power, mereka menangkap lalu membawa masuk ke dalam rumah. Bukan untuk dimakan, tetapi sebagai hadiah kepada tuan rumah yang menjaganya). Budak itu pula semakin lama semakin besar. Maka semakin banyaklah kajian dan pemerhatian yang dilakukan olehnya. Antaranya mengakaji ekosistem di dalam longkang sebelah rumah, metamorfosis lalat(dipaksa bersihkan tong sampah) menggunakan air, menjadi exterminator kepada nyamuk(serang tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik), serta menyerang kubu pertahanan Lipas berbekal sebotol racun serangga. 

Dia juga mempelajari bagaimana ingin menghasilkan buah belimbing tanpa kerosakan(diajar oleh pak ndaknya) dengan hanya modal yang sedikit(newspaper dan tali rafia). Dan pelbagai experiment lain. Termasuk fardhu kifayah iaitu menjadi TUKANG Beli Barang Keperluan Rumah, serta Tukang Gali Kubur Kepada haiwan yang terkorban dan tukang panjat pokok betik(habis gatal satu badan disebabkan getah betik tersebut). 

Budak itu dahulunya mempunyai cita-cita yang tinggi. Sama seperti Corak. Ingin terbang tinggi di angkasa. 
"Selamat Hari Ibu, Jasamu Akan ku Kenang", ungkapan yang telah terpendam sekian lama. 

P.s, cerita ini adalah karya penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. 

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada yang telah Meninggalkan kita. Sesungguhnya, nilai kebaikan walaupun seberat zarah sekalipun, ianya lebih baik daripada berdiam diri. Note to myself. 

No comments:

Post a Comment