Tuesday, May 14, 2013

An Nakba, Perjuangan Mendapatkan Hak Semula..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

               Mungkin ramai yang tertanya mengenai perihal "An NAKBA". Nakba ini diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud "Day of Catastrophe" yang merujuk kepada pengusiran keluar Penduduk Palestine selepas kemasukan secara besar-besar yang dirancang oleh tentera zionis. Insiden ini berlaku pada tanggal 15 Mei 1948, iaitu selepas tamatnya perang dunia kedua.

                Semasa perang 1948 Palestine War, dianggarkan seramai 700 000 penduduk palestine telah dihalau keluar dari kediaman mereka. Sudahlah dihalau, kemudian kediaman mereka dimusnahkan menerusi pembakaran mahupun jentolak yang tidak pernah mengenal erti KEMANUSIAAN. Bak kata anak-anak muda sekarang, "Sudah jatuh tergolek lantas ditimpa escalator." 



                  Kini, telah 65 tahun berlalu. 65 Tahun juga masyarakat Palestine tidak merasai erti keamanan, kemerdekaan dan layanan berkemanusiaan. 65 tahun juga Majoriti umat islam diseluruh dunia yang buta mahupun Membutakan mata mereka terhadap isu ini.
  

                  Aku pun mula berfikir. Sememangnya tentera Zionis ini memiliki nikmat kepintaran. Akan tetapi, mereka tidak sesekali memiliki sebarang kekuatan mahupun "Tubuh Badan". Mereka hanya BERANI seandainya mereka memiliki LOGAM-LOGAM ciptaan mereka menerusi kepintaran. Berbeza dengan Palestine yang Berjuang kerana HAK, sehinggakan sekeping batu lebih bererti berbanding sebutir peluru. Logik akal mengatakan ianya hanyalah DUSTA dan MUSTAHIL, akan tetapi inilah realiti kehidupan. 



                  Zionis agak jarang bersemuka dengan musuhnya secara hadapan. Mereka sentiasa berada di sebalik tabir sesuatu "SANDIWARA". Bukan kerana mereka tidak memiliki sebarang kekuatan (baik mental mahupun fizikal), akan tetapi mereka hilang sesuatu nikmat yang LEBIH BERMAKNA iaitu ERTI PERJUANGAN. Mereka takut untuk terkorban ketika berjuang. 




              Aku sedar yang selama ini aku tidak pernah mengetahui sebarang ilmu pun berkenaan Hari Nakba. Aku sedar bagaimana masyarakat lebih mengetahui bila tamatnya Perang Dunia Ke 2 berbanding mengetahui 15 Mei 1948, tarikh bermulanya pengusiran berbekal 'Logam-Logam' yang meragut nyawa.



              Aku tahu kisah ini tidak pernah diceritakan di dalam buku teks Sejarah. Aku juga sedar bahawasanya tidak lengkaplah seseorang yang berani mengatakan dia sanggup berjuang di Palestine tetapi tidak mengetahui akan perihal Nakba dan kisah disebalik tabir pendudukan Zionis. 

              Pihak Zionis juga membenci akan seseorang yang MENGAMBIL tahu akan isu seperti ini. Malahan mereka semakin Cemas seandainya ramai masyarakat diluar sana yang berganding bahu disebabkan kesan daripada An Nakba. Kerana semangat inilah yang menjadi "Kunci" gagalnya rancangan mereka dalam Strategi "Divide And Conquer" yang telah berlangsung selama ratusan tahun. 

              Sekarang aku hanyalah insan yang masih mencari tujuan hidup. Mungkin aku tidak dapat melakukan sebarang perubahan kepada Dunia. Akan tetapi, setidaknya aku ada pegangan dan perjuangan walaupun mungkin ditentang oleh masyarakat mahupun Diri Sendiri.  



                     " Adakah sama penglihatan seseorang yang 'Melihat' dengan seseorang yang 'Buta'?" 
                "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it", George Santayana.  


                Mungkin beginilah perspektif mereka terhadap dunia. Mereka hanya dapat melihat dari celahan-celahan dinding. Mereka tetap mengetahui bahawasanya seandainya Zionis merampas Hak mereka, tetapi "Kunci"  tetap milik mereka untuk selama-lamanya. Insya allah. Semoga impian mereka menjadi realiti suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment