Thursday, April 25, 2013

Algebra dan Gwiyomi....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Semasa aku sedang "Berenang" di alam maya, tiba-tiba terdetik di hati untuk mengetahui apa sebenarnya yang dikatakan dengan Gwiyomi.. 

Namun setelah melihat video-video ini, Terfikir juga di mindaku akan persoalan ini.. "Adakah Matematik yang selama ini kita mempelajari di Sekolah-sekolah adalah SALAH?"....


                        video random dari youtube.com. Aku pilih video ini sebab ada sari kata. (yeke??haha).                         

Bukan itu yang aku ingin tekankan, tetapi persoalan ini:

               


Sekarang aku sudah mula memikirkan kenapa selama ini aku sering kali gagal untuk menyelesaikan Simultaneous Equation(addmath form 4). Sekiranya Fenomena Gwiyomi ini wujud semasa aku sedang mengambil SPM dahulu, gerenti ramai pelajar-pelajar khususnya yang mengambil subjek matematik moden serta Additional Mathematics akan mendapat A+..
Bukan kerana jawapan tersebut benar, cuma at least membuatkan hati pemeriksa ceria.
If you know what i mean. hehe.

Maka setelah beberapa peringkat telah berlalu, terjadilah situasi seperti ini : 

Yang diketegorikan sebagai "cute" terus bermaharaja lela memperagakan Fenomena ini. Begitu juga yang kepada kategori "cantik dan comel namun mereka tidak menyedari hakikatnya".  Maka bermulalah permasalahan dalam kalangan masyarakat. Para pendokong 1+1= Gwiyomi dengan penyokong 1+1=2. 

Seperti setiap fenomena dan Trend yang diperkenalkan, pasti akan mendatangkan perasaan jemu yang menjurus kepada perbalahan serta iri hati. 



Marah, cemburu, bangga dengan ke"cute"tan yang ada(wujud istilah baru) serta dendam yang membara sehinggakan masyarakat sekeliling menjadi mangsa. 

Dan yang paling beruntung adalah pihak ketiga, iaitu pihak yang tidak mengambil tahu akan realiti ini.


Akhir kata, Cantik dan Cute itu merupakan sesuatu yang Subjektif(lain orang lain pandangan mereka). Maka sekiranya ada merasakan diri anda Gwiyomi / Kwiyomi, maka ketahuilah, Manusia yang berharga ialah mereka yang berilmu dan Berakhlak mulia. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya, cuma terpulang bagaimana anda mentafsir dan memahaminya. 




No comments:

Post a Comment