Friday, January 4, 2013

Peristiwa Di Malam Tahun Baru.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Menyambut Tahun Baru kepada sesiapa yang menyambut, С НОВЫМ ГОДОМ. 
Walaupun agak "lambat" bagi aku untuk menulis entri terbaru ini kerana telah berlaku sesuatu yang telah mengubah hidupku. Mungkin ada pembaca yang tertanya, Apa sebenarnya yang berlaku?

31 Disember 2012, Isnin, cuaca hari itu agak bersalji, suhunya pula antara -2 hingga 1 darjah celcius. Aku dan rakan sebilikku ,ALIF telah membuat keputusan pergi ke RED SQUARE(красная площедь), untuk menyaksikan letupan bunga api yang agak Cantik sempena sambutan Tahun Baru 2013. 

Kami telah bertolak dari hostel pada pukul 9 malam. Setelah menempuhi perjalanan selama 40 minit, akhirnya kami tiba di Stesen Metro Охотный Ряд(Akhot niie Pi yad), pukul 10.15 malam. 


Suasana ketika itu sungguh sesak kerana penduduk Moscow dan juga Pelancong serta Pelajar-pelajar antarabangsa turut hadir ke sana. Kelihatan sepasukan Polis Russia yang Berpakain lengkap( termasuk helmet, Tong fa/ Baton, dan AK-47) yang bersedia sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Begitu juga sistem keselamatan mereka, Aku terpaksa menempuhi berlapis-lapis kawalan keselamatan. Arak, mercun dan Segala yang berbahaya adalah dilarang sama sekali. Kadang kala, Terlintas di fikiranku, Adakah mereka Paranoid ataupun Aku yang mungkin Menganggap Bahawasanya Moscow Itu AMAN? 




                Di sinilah kehidupan dan Perasaan Aku mula berubah. Kami semua telah dikumpulkan di dalam satu kelompok yang besar yang dipagari oleh barisan manusia berseragam Polis Russia. Pada mulanya, Aku dan Alif tidak mengetahui pintu masuk ke sana( sbb tidak memahami arahan mereka),  kebetulan, dalam masa yang sama, Kami telah terserempak dengan sekumpulan pelajar dari Amerika(rasanya sebab pertuturan mereka agak KASAR), disebabkan mereka mempunyai Strategi, maka Kami mengambil keputusan untuk mengekori mereka dari belakang. 20 minit terperangkap( seperti sardin dalam tin), akhirnya Polis yang berbaris tu kesian kat Aku lalu mereka menarik Aku keluar dari sana. Kemudian aku pun berjalan melepasi kawalan keselamatan. Saat aku merakam gambar-gambar di atas, aku telah berjaya melepasi pemeriksaan pertama. 

                Tiba-tiba, aku telah mendapat panggilan dari Alif yang mengatakan Dia tidak dapat masuk kedalam. Sebenarnya dia telah mengekori kumpulan dari Amerika itu, namun strategi mereka gagal sama sekali. Jadi, Alif mengambil keputusan untuk pulang ke hostel. Di sinilah Bermulanya Kembara Perseorangan Aku. 

Setelah berjaya melepasi pemeriksaan, aku telah menyedari yang Handphone aku telah hilang (andaian aku mungkin dicuri, semasa Upacara Tolak Menolak tadi. Handphone itu merupakan Handphone yang aku beli sendiri menggunakan Duit hasil pekerjaan aku selepas SPM dahulu. Di dalamnya juga mengandungi nombor-nombor rakan-rakan di MALAYSIA, dan sim card nya adalah sim card MALAYSIA. Walaupun ianya jarang digunakan untuk berkomunikasi, namun Aku sentiasa mendengar music melaluinya. Hatiku agak sedih. 
Hatiku kian berbisik, Pulanglah ke Hostel, Lupakan Bunga Api Yang Kau Tunggukan Itu. Lalu ku sedari yang Mereka tidak membenarkan sesiapa pun meninggalkan kawasan itu setelah melepasi pemeriksaan. 

                  Terkilan, berbekalkan semangat yang hampir pudar, Aku mengambil keputusan melangkah kehadapan. Aku berjalan dan terus berjalan. Fikiranku bercelaru ketika itu. Dalam masa yang sama, suhu semakin menyejuk. Namun aku sempat juga merakam sedikit gambar(kerana aku dah hilang semangat dan tujuan). 



Untuk pengetuan, itu bukan diriku, aku berseorangan ketika itu. 






                Selepas Melepasi Pemeriksaan yang kedua(agak ketat sikit), Aku teruskan perjalanan ke Red Square. Lokasi dalam gambar ini adalah Kremlin dan beberapa Bangunan Bersejarah. 
Ketika aku berjalan keseorangan, diriku diperhatikan oleh seorang lelaki Russian. Pada mulanya aku senyum . Kemudian dia bertanya kepadaku, Berapa Harga Kamera Aku? Aku terdiam sebentar. Kemudian dia ingin meminta wang daripadaku. Ketika itu, aku berasa takut. Teringat pesanan Ayahku, lalu aku membaca Ayat Kursi. Dia tidak berputus asa menanyakan soalan yang sama berunlang kali, begitu juga aku yang memikirkan strategi untuk mencabut lari. 

                 Setelah usahanya berkomunikasi dalam bahasa Russia gagal, dia menggunakan bahasa Inggeris pula. Dalam masa yang sama, aku telah mendapat satu idea(alhamdulillah), Aku berpura-pura tidak memahami(katakanlah kalau aku speaking ketika itu, mungkin dia tidak dapat membalasnya kerana dia juga tidak memahami apa yang dia katakan sebentar tadi). Setelah jelas dengan tujuannya, Aku memberanikan diri dengan mengatakan Я не понииаю(yang bererti saya tidak memahami). Berulang kali aku menjawab seperti itu, maka akhirnya dia pun berputus asa. Setelah aku sedar yang dia bukanlah berseorangan, ketika dia mula berkomunikasi kepada sahabatnya, aku pula memulakan langkah Seribu dalam keadaan senyap dan tanpa disedari. Aku berjalan menghampiri Polis-polis. Perlintas difikiranku, Selama ini, aku seringkali berjalan berseorangan, namun, hari itu, aku telah mendapat satu amaran kepada diriku tentang keselamatan diriku sendiri. 

                 Strategi aku seterusnya, mencari KENALAN BARU bagi menyelamatkan diri aku. Namun usaha itu tidak mendatangkan hasil kerana mereka tidak memahami bahasa inggeris. Lalu, aku mengambil keputusan berjalan mengekori kumpulan-kumpulan pelancong asing(kebanyakkannya dari China). 








 Kelihatan mereka menari dengan Seronok sekali semasa menunggu detik-detik terakhir tahun 2012.


Gereja St. Basil pada waktu malam. 12 minit sebelum Letupan bunga api. 







                 Baru aku sedar yang aku berada di dalam kelompok pelancong@pelajar dari China. Kisahnya begini, ketika aku menghabiskan masa yang berlalu dengan berdiam diri lalu aku melihat sekumpulan pelajar dari China(kesemuanya perempuan) yang sedang mengambil posisi(posing) dan bersedia untuk dirakam gambarnya oleh seorang AWEK yang tidak pandai berbahasa inggeris. Aku perhatikan, dia turut menggunakan Canon Model 60D, walaupun kamera dia canggih, namun agak terkilan kerana dia tak berapa berani untuk menangkap gambar(maksud aku, dengan gaya yang tersendirilah, GAYA yang Encik Yusuf telah mengajarkan kepadaku.) haha

Sebenarnya dia mahukan gambar diorang dihadapan menara jam ini, tetapi dia hanya dapat merakamkan setengah dari Menara itu. Disebabkan aku bosan(maklumlah keseorangan), jadi aku pun bertanya kepada dia, Namun dia tidak memahami(mungkin juga sebab keadaan yang agak bising, maklumlah minit-minit 
terakhir sebelum tahun 2013). Kemudian Aku dengan selamba telah "menarik kameranya".

Pada mulanya aku rasa dia masih tidak memahami, mungkin setelah beberapa saat dia mungkin terlihat Kamera yang tergantung di leherku, lantas dia memberi kamera kepada Aku. Kemudian aku pun buatlah apa yang diajar dari ayahku(jangan sesekali berasa malu ketika mahu merakam gambar,haha). 
Setelah selesai "snap" beberapa gambar, lalu aku tunjukkan kepada diorang. Then they said to me, You are like professional. After that i realize everyone are looking at me. For your information, i used the automatic mode so thats means i am not pro actually. HAHA.  


                      Di kala jarum minit semakin berdetik, begitu juga masa yang kian berlalu pergi. Lalu, suasana menjadi sepi secara tiba-tiba. Orang ramai mula menghitung saat-saat menjelang tahun baru. Semakin lama semakin kuat. Lalu Kedengaran teriakan suara seorang pemuda yang menyebut "С Новым Годам". Dalam pada masa  yang sama, turut terdengar deringan kuat daripada locong Menara Jam tersebut. Orang ramai mula terjerit-jerit. Inilah kali pertama aku melihat sambutan Tahun Baru Secara Langsung dalam seumur hidupku. Kurang dari seminit, Kedengaran letupan pertama bunga api seperti gambar diatas. 

















































 Untuk pengetahuan pembaca, Masyarakat Russia menyambut Kristmas pada 7 Januari setiap tahun kerana mereka fahaman Kristian Ortodoks. 





                     Setelah 20 minit menyaksikan bunga api yang agak cantik( disesbabkan Aku masih tidak Pro dalam merakam gambar), maka AGAK TERKILAN bagi diriku dan juga pembaca. Aku meneruskan perjalanan dengan mengekori orang ramai keluar menuju stesen Metro yang berdekatan. Sewaktu aku leka menangkap gambar, tiba-tiba aku disapa oleh kawan sekelasku, yang berasal dari Vietnam. Sebenarnya aku sempat snap beberapa gambar mereka, namun mungkin aku Ter DELETE gambar tersebut. Hatiku mula berasa lega. Kini aku bukan berseorangan lagi. 

                 Aku tidak berbual panjang, kerana mengenangkan pengalaman pahitku pada hari itu. Walaupun peristiwa ini telah lama berlaku(4 hari yang lepas), namun baru hari ini aku dapat menyiapkannya maklumlah Aku kurang bersemangat. Haha. Terlintas juga difikiranku, MUNGKIN INILAH KALI TERAKHIR AKU KELUAR UNTUK MENYAKSIKAN SAMBUTAN TAHUN BARU. haha. 

Barulah aku sedar, Rupa-rupanya, ada juga yang follow blog aku ini secara senyap. Sekian, terima kasih kerana membaca. Entri yang seterusnya, SAHABAT MALAYSIAN. Insya allah.

No comments:

Post a Comment