Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, syukur nikmat yang dikurniakan Tuhan kepada ku, Aku masih mampu berdiri dan bertahan di sini. Minggu ini antara minggu-minggu yang kritikal di mana tercetusnya perang Psikologi di dalam mindaku. Kadang kala, ku dapat rasakan yang masa berlalu dengan terlalu pantas. Begitu juga pembelajaranku, istilah-istilah yang agak sukar bagi diriku untuk menginggati dan mempraktikkannya.
TETAPI, sahabat-sahabat dan keluarga di Malaysia telah berpendapat yang Aku telah FASIH berbahasa Russia. Namun sangkaan mereka agak tersasar kerana ketika ini, Kefasihanku dalam berbahasa Russia masih lagi lemah dan terdapat beberapa faktor kelemahanku. Akan tetapi, setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya.
Faktor pertama dan paling penting ialah KEHILANGAN SEMANGAT BELAJAR.. Dalam beberapa bulan yang lepas, aku diibaratkan seperti layang-layang yang terputus talinya. Aku hilang dan aku terus mendiamkan diri. Aku seperti hidup di dalam dunia sendiri, Dunia fantasi yang jauh daripada realiti. Aku hampir dikalahkan di dalam perang psikologi tersebut. Kemudian, muncullah seorang Sahabat yang telah berjaya menaikkan semula semangatku ( sebenarnya dia tidak mengetahui yang aku memiliki masalah tersendiri). Alhamdulillah, kini aku mempunyai semangat semula. Barulah ku sedar yang Manusia ini ibaratkan "bateri, apabila telah lama digunakan mahupun telah habis kuasa di dalamnya, maka harus dicaskan semula." Nampaknya aku telah berjaya mencipta perumpamaan-perumpamaan yang moden(rasanya suatu hari nanti, akan muncullah perumpamaan seperti ini,hehe).
Faktor yang kedua, cara belajar yang efektif. Kebiasaannya aku hanya belajar selama 2 jam sehari. Namun aku dapat rasakan yang ianya tidak mencukupi. Lantas, aku perlu mengambil tindakan yang juga menjadi penyelesaian kepada faktor ketiga( tidak mempraktikkan pembelajaran/bertutur dalam bahasa russia) iaitu dengan....
Aku keluar dan berjalan di sekitar Moscow, pergi ke masjid dan juga ke kedai Daging Halal Tanpa Ditemani oleh sesiapa pun. Aku tahu sememangnya tindakan ini adalah sangat berbahaya dan berisiko tinggi namun Aku AGAK LIAR DI SINI(tidak terdapat sebarang rantai yang mengikatku dari keluar berjalan-jalan). Strateginya adalah disebabkan aku ini mempunyai masalah 'TAKUT SALAH' ketika berkata-kata dalam bahasa Russia(KEKOK Dan cepat GELABAH) maka cara ini agak berkesan kerana apabila dalam keadaan terdesak, Aku terpaksa berkomunikasi menggunakan bahasa Russia. Dalam masa yang sama, idea dan ayat-ayat yang dipelajari lebih mudah dan agak pantas tersusun di dalam mindaku.
Walaupun kata-kata yang aku ungkapkan mempunyai banyak kesalahan tatabahasa, namun disitu telah lahir keberanian dan juga telah mengubah perspektif aku mengenai pandangan orang russia terhadap diriku yang dahulunya berasa terasing disini.
Hari ini, 29 Disember 2012, Aku telah keluar ke Masjid dan juga kedai Daging Halal yang jaraknya dalam sejam perjalanan menaiki Metro, Berjalan Kaki serta menaiki Bas. Sebenarnya, Aku memang tidak bercadang untuk keluar pada hari ini. Hari ini, cuaca agak panas(suhu 3 hingga -2 darjah). Pada pukul 2 petang, sejurus selesai solat Zohor, aku telah bertolak ke masjid di Новокузнецкая( Novokunets kaya) yang terletak di kawasan orang Islam Asia ( dari Khazakhstan, Uzbekistan dan Negara-Negara yang berakhir dengan TAN dan sewaktu dengannya, Insya Allah nanti semasa cuti musim panas, aku akan membuat pengkajian dan menulis expedisiku mengenai orang islam di sini, termasuk sejarah komunis dan masjid-masjid yang terdapat di Moscow ini). Pada pukul 3.30 petang aku selamat tiba ke destinasi, Masjid.
Selesai solat Asar di Masjid tersebut, aku terus menukar arah(menaiki Metro ke ЛЕНИНСКИЙ ПРОСПЕКТ( Leninski pros pek)) kerana aku ingin membeli daging halal. Tempat itu hanya sebuah pekan, Teringat Mantin seketika. Di sana, aku terpaksa bertutur menggunakan bahasa Russia. Kami bersembang seketika(walaupun aku sering kali menggunakan bahasa isyarat tangan), Alhamdulillah walaupun agak mahal jika dibandingkan di Malaysia, tetapi di bagi di Moscow, harga daging tersebut agak berpatutan.
Kemudian terlintas di FIKIRANKU, iaitu walaupun nilai mata wang di sini adalah rendah berbanding Malaysia ( 10 ruble bersamaan RM 1) akan tetapi aku telah dapat membuat suatu nisbah pemerhatian di mana harga barang di Russia adalah 150% mahal dari Malaysia(aku main agak je ni).
Contohnya 100 rubles = RM 10, Akan tetapi, di Malaysia, RM 10 boleh beli macam-macam manakala disini agak berbeza. Kami hanya dapat membeli barang di Malaysia yang berharga RM6 ke bawah. Agak sukar bagi diriku untuk menerangkannya. Mungkin suatu hari nanti, aku akan cuba membuat kajian dan penyelidikan dengan lebih mendalam. Insya allah.
Selesai membeli daging ( untuk digunakan dalam Sup dan Kari, bagi memanaskan badan), aku kembali semula ke Masjid( jarak antara masjid dan kedai tu dalam 20 minit pergi-balik). Aku menunaikan solat maghrib dan isyak di sana. Insya allah nanti aku akan membuat laporan berkenaan tajuk ini dengan lebih detail. Yang penting, masyarakat di masjid itu kian mengenali diriku. Mereka sering kali berkata SUBHANAULLAH ketika aku berkata yang aku dari MALAYSIA. Begitu juga pada diriku. Masing-masing berasa agak terpesona dan agak bangga kerana dakwah islamiah telah tersebar sejauh itu.
Sebelum terlupa, entri kali ini tidak disertakan gambar-gambar kerana aku terlupa membawa kamera ketika keluar tadi. Pagi tadi juga aku telah bersembang dengan adik beradikku secara SKYPE( video call). Bersembang selama 2-3 jam lamanya.
Akan datang, kini aku telah memiliki kawan-kawan yang belajar medic(mungkin aku boleh pergi melawat diorang nanti) < Pada malam tahun baru, aku bercadang untuk ke RED SQUARE bersama rakan-rakan, kalau menarik, Insya Allah aku akan cuba masukkan pada entri seterusnya>
Akhir sekali, terima kasih kerana membaca blog ini, sebenarnya terdapat banyak lagi kisah-kisah disini yang aku malas nak menulis. haha. Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment