Saturday, December 29, 2012

Suhu Oh Suhu.....


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. 

                 4 bulan telah berlalu sejak Aku meninggalkan rumahku demi mengejar impian di Bumi yang agak berbeza ini. Seperti yang pembaca sedia maklum, sekarang ini telah hampir genaplah sebulan Bumi Moscow diselimuti kain cadar putih (salji dan ais). Apabila ku melihat salji-salji putih yang turun dari langit ketika dalam perjalanan mahupun ketika balik dari universiti, diriku mulai merindui Kelazatan Air Batu Campur Dan Cendol yang merupakan makanan yang senang didapai di Malaysia. Begitu juga pada ais cream dan gula-gula(perisa lemon dan limau) yang agak jarang untuk didapati disini. Tidak dilupakan, buah-buahan tempatan seperti Mangga(muda) , betik, tembikai, rambutan dan durian..

                Apa khabar keluarga dan rakan-rakan di sana? Aku berharap mereka semua sihat sejahtera. Aku  di sini AGAK SIHAT ( tidak dapat ku terangkan bagaimana sebenarnya kondisi kesihatan aku disini kerana perubahan cuaca dan suhu merupakan faktor manipulasi kepada kesihatan Aku disini). Beberapa hari ini, perubahan cuaca berlaku dengan drastik sekali. Cuba anda bayangkan, suhu pada hari selasa minggu ini, mencecah ke -20 darjah, dalam pada masa yang sama Matahari bersinar terang benderang. 


Pada waktu malam pula, suhu kian menaik kepada -10 hingga -6 darjah. Kesokan harinya, suhu tidak berubah -6 darjah celcius. Kebetulan pula hari itu, Aku tidak keluar ke mana-mana kerana tidak ada sebarang aktiviti pada hari itu. Khamis, hari itu salji turun renyai-renyai, namun suhu menaik kepada 1 hingga -1 darjah. 

Perubahan suhu ini telah mengakibatkan kesihatanku mula terjejas, namun aku tetap perlu ke kelas kerana aku harus menduduki ujian Fizik(namun sebenarnya aku tersalah dengar). Apa yang lagi malang bagi diriku ialah, hari itu kami terpaksa menduduki ujian bahasa russia(tatabahasa) dan aku pula tidak membuat sebarang ulang kaji pada subjek itu. 

Keesokan harinya, suhu meningkat kepada 3 darjah hingga -1 darjah. Tetapi, hari itu merupakan ribut salji. Jalan raya semuanya dipenuhi salji-salji yang kotor dan berlumpur. Namun aku terpaksa meredahnya kerana ku sangka hari itu ada ujian Fizik namun sangkaan ku meleset dan turut terukir senyuman di wajahku. Ianya ditangguh dan dijalankan selepas cuti tahun baru dan Kristmas yang akan diraikan pada 7 Januari tahun depan.



Stesen Metro Planernaya. Kalau anda perhatikan Papan elektronik di atas sana tercatat suhu -4 darjah celcius. 


No comments:

Post a Comment