Friday, March 1, 2013

19

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

                      19.
                      Apakah disebalik nombor bertuah ini? 
                      Kenapa?

Kepada yang telah ataupun akan memasuki 19 tahun pada tahun ini, aku mengharapkan agar kita semua(terutamanya kepada diri penulis sendiri) untuk memikirkan semula mengenai kemajuan dan juga pencapaian kita selama 19 tahun hidup di muka Bumi ini. 

Sewaktu aku dalam perjalanan pulang dari masjid tadi, aku mula terfikir akan TUJUAN hidup aku di dunia ini. Adakah selama ini aku dalam keadaan  SEDAR ataupun sememangnya aku Dalam keadaan LENA? 

Kemudian, Muncul lagi persoalan seperti ini, " Apakah kemajuan yang aku telah capai Serta apakah JASA yang telah aku berikan selama hidup di dunia ini?" Adakah Aku seperti layang-layang yang terputus talinya? 

Sebenarnya angka 19 disini membawa dua maksud yang berlainan. Apabila memikirkan mengenai 19 tahun, Aku memikirkan persoalan-persoalan yang tertera di atas. 

Manakala, apabila memikirkan persoalan 19 hari, maka terkenanglah semula kisah lama di mana AKU mula mengenal erti kehidupan sebenar. 

                       6 tahun berlalu, disamping meningkatnya usiaku, begitu juga pemikiranku walaupun aku mengakui yang aku masih tidak dapat membezakan antara realiti dan kedustaan (memerlukan ilmu yang lebih mendalam serta kekuatan melihat sesuatu dari pelbagai aspek pemikiran). 

Aku sedar yang 6 tahun dahulu, aku bukanlah seorang yang seperti sekarang. Aku lebih mementingkan diri berbanding orang lain. Terlalu mudah menitiskan air mata sekiranya KALAH. Namun setelah merantau ke negeri yang berlainan budaya dan pandangan mereka terhadap agama Islam, Aku juga mendapat DUA kesan yang sangat mempengaruhi pemikiranku, Duniawi Dan AGAMA. 

Dahulu ketika Di Malaysia, aku sering kali mendengar, akan resiko paling besar apabila belajar di Luar negara iaitu pengaruh pemikiran luar (yang dipercayai dan diakui akan merosakkan jati diri seseorang individu). 
Walaupun aku masih terlalu awal untuk membuat konklusi mengenai 'statement' ini, akan tetapi ;

Kalau kita sentiasa menjadikan sesuatu permasalahan sebagai suatu halangan kepada kita(tanpa mengambil sebarang iktibar dan pengajaran), maka agak sukar bagi kita untuk melangkah kehadapan. 
Contohnya, sekiranya kita asyik membimbangkan dan merungut akan sesuatu permasalahan(tanpa mencuba untuk memikirkan soal penyelesaiannya), akhirnya kita tetap tidak akan dapat menyelesaikannya. 

Memang benar di sini Maksiat berleluasa. Namun, Alhamdulillah kebanyakkan pelajar kita yang datang ke sini telah menjadikan (isu Maksiat berleluasa) ini sebagai halangan(daripada melakukannya) serta alasan untuk memperdalamkan ilmu agama(membina daya ketahanan Iman).

AKAN TETAPI, mengapa kita terlalu leka untuk memikirkan akan keburukan seseorang(sesuatu masyarakat) sedangkan kita tidak mengambil ikhtibar dan pengajaran serta kesan positif yang telah diamalkan mereka?

Di Russia, aku telah mempelajari banyak ilmu baru. Begitu juga di Malaysia. Contohnya di Russia, ikutkan hati dan perasaan(menurut apa yang diterima oleh pancaindera), Aku boleh mengatakan yang Sistem-sistem yang diamalkan di sini masih menggunakan Kertas berbanding Digital. Begitu juga Penampilan dan kondisi Infrastruktur di sini(metro, tramvai, bangunan, kereta  dan sebagainya). 

Itu apa yang kita pandang dan kita tafsirkan 100% melalui perasaan dan emosi. Inilah pandangan aku pada awal bulan pertama sewaktu menjejakkan kaki di sini. Namun setelah lama merasai kehidupan di sini, aku dapat melihat dan merasai nikmat, dan sebab bagi soalan-soalanku. 

Disebabkan cuaca yang agak extreme dan unpredictable(sukar dijangka), maka adalah tidak berbaloi untuk kita menghiasi sesuatu yang akhirnya tetap akan menjadi kotor dan juga masalah kepada mereka. Sesungguhnya, lebih mudah untuk menjelaskan sesuatu dengan menggunakan contoh. 

Contohnya, sekiranya aku membina rumah yang mempunyai atap ^ seperti yang terdapat di Malaysia, apabila musim sejuk, Ianya akan memudaratkan manusia. Kenapa? Kerana sewaktu winter, air dan salji yang terdapat di atap akan membeku(ais padat). Disebabkan cuaca yang tidak dapat dijangka, maka apabila  suhu menurun secara drastik, ais pada atap mulai mencair dan rebah ke bumi. Kalau kecil, ok lagi. Selalunya bersaiz batu bata. 

Kemudian, persoalan mengenai kondisi Metro, bus dan tramvai. Pertama, dari segi ekonomi, kos perbelanjaan untuk menukar semua pengangkutan awam ini mungkin menelan berbilion wang kerajaan. Jadi, daripada mengUPDATE sesuatu yang masih berfungsi, lebih baik gunakan untuk memajukan dalam sektor lain seperti pertanian dan perdagangan. Lagipun semuanya adalah keluaran tempatan masyarakat mereka sendiri.

Kedua, memang amalan masyarakat disini yang tetap menggunakan selagi berupaya berfungsi. Seterusnya, cuba bayangkan teknologi era Perang Dunia Kedua dan Cold War 1963 masih dapat digunakan sehingga sekarang? Jadi, Seandainya mereka menggunakan teknologi yang ada sekarang di dalam Infrastruktur mereka, Agak-agak pembaca lah, sehingga tahun bilakah mereka masih boleh menggunakannya? 

Akhir kata, beginilah pemikiran dan pandangan dari seorang penulis yang berumur 19 tahun. Persoalannya, adakah aku semakin maju kehadapan ataupun semakin mundur ke belakang? 

Sekian, assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

No comments:

Post a Comment