Friday, February 8, 2013

Kini, AKU Tidak Berseorangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

               Mungkin inilah takdir yang telah tercatat dalam kembara diriku. Kerana beberapa hari selepas aku menulis entri sebelum ini, aku telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang mempunyai idea yang sama. Semuanya bermula sewaktu kami dikhabarkan dengan berita kedatangan 4 orang pelajar MAI baru (private yang sama umur denganku). 

               Agak ganjil? Semestinya ganjil. Namun Realitinya mereka telah pun sampai dan mula mempelajari bahasa russia. Sebenarnya aku telah mengenali mereka berempat dari Facebook, 2 bulan aku menetap di sini. Kiranya kenalan jarak jauh. Oleh itu, aku telah membawa mereka intuk menunaikan solat jumaat di embassy.  Yang menariknya, Aku telah berkenalan dengan seorang Encik Salman, yang juga sedang mencari rakan untuk menjelajah moscow dan Russia. 

               Jadi, Hari Isnin berikutnya, aku telah berkunjung ke rumah beliau. Beliau pun sedang menulis(hobi setelah bersara), rumah beliau terletak di kawasan embassy Malaysia. Penjelajahan kami yang pertama ialah TULA, ТУЛА, satu bandar kecil yang terletak di sebelah tenggara Moscow, (detail pada entri seterusnya). 

              Tujuan beliau ialah, " TIDAK SAH KEPADA SESORANG YANG INGIN MENULIS MENGENAI RUSSIA ,MOSCOW SEKIRANYA TIDAK MELAWAT MAHUPUN MENGENALI  PENULIS TERKENAL RUSSIA, LEO TOLSTOY, ЛЕВ ТОЛСТОЙ ". 

               Jadi kami pun mula membuat sedikit kajian mengenai kaedah dan malumat berkenaan TULA. Dalam masa yang sama, aku juga telah miminta pandangan dan bantuan dari senior-senior. Dan Ada seorang senior yang telah bersetuju untuk mengikuti kembara ini. Kira selamat juga lah kerana ada escort dan juru bahasa. hehe. 

                                               Cerita detail pada entri seterusnya. Sekian.  

1 comment:

  1. rajin plak pakai topi..selalu xpakai topi n glove..hehehe..aku tggu entri ko seterusnya..xsabar nk taw cter slanjutnya..

    ReplyDelete