Friday, April 12, 2013

Susu Expired.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Kisahnya bermula pada suatu pagi, ketika sedang bersarapan. Selepas menunaikan solat Subuh, seperti biasa, aku akan melayari internet. Ketika itu, sempat ku menelan beberapa biji buah kurma. Disebabkan aku hanya menjamu sedikit santapan pada malam sebelumnya, jadi perutku memerlukan sesuatu yang BERAT untuk diisi. Ku buka peti ais. Ku ambil sebotol kecil yogurt, lalu ku minum. Lalu ku ambil sebotol susu yang terdapat di sisi pintu peti ais. 

Tanpa segan silu, ku isi cerial meal ke dalam cawan kesayangan ku(satu-satunya cawan yang aku ada). Disebabkan leka melayari internet, aku pun terus menjamu selera. Mungkin kerana lapar, hampir 2/3 gelas telah habis ku minum. Lalu, muncullah musuh yang aku benci sejak berhijrah ke sini. LIPAS.... Ia merayap di atas skrin laptop aku.



 Aku pun menepis. Lalu ia berlari ketakutan laksana LIPAS Kudung. Kemudian ia berhenti seketika(mungkin R&R) pada tudung botol(susu). Seperti kebanyakkan serangga lain, Ku tanggkap dengan tanganku, lalu ku hempas sekuat hati ke lantai. Terukir senyuman manis di wajahku. 



Ku betulkan semula kedudukan Susu. Tiba-tiba, ku sedari. 




Terdapat tarikh(3/23/2013), yang merupakan tarikh Susu berkenaan dikeluarkan dari kilang. maksudnya, hampir 3 minggu di dalam peti. Dan yang membimbangkan aku, 3/4 dah dalam perutku. Patutlah rasa macam lain je. Aku terperanjat seketika. 


Agak-agak pembacalah apakah tindakan aku seterusnya? Adakah aku terus 
membuang susu tersebut dengan serta mertanya?



Kalau begitu, aku mungkin tidak akan ceritakan di dalam entri ini. Apa yang menarik adalah, 1, Susu itu merupakan satu satunya susu yang aku ada ketika itu ( tidak sedap sekiranya memakan cerial tanpa susu). Kedua,  aku malas nak memasak di dapur pada waktu pagi. Ketiga, aku tak suka membazir. hehe. 
  


Disebabkan aku terasa seperti terikat dengan Alasan bodoh ini, aku pun meneguk semula susu yang ada. Namun ketika tegukan yang kedua, terlintas difikiranku "Tak bahaya ke minum susu expired?". Lantas aku berlari ke bilik air dan memuntahkan tinggalan yang ada dalam mulutku. Ku buang susu tersebut.  Lagi sejam, aku kena mulakan perjalanan ke kelas. Disebabkan aku khuatir mengenai kondisi perutku, maka aku mengambil keputusan untuk tidak hadir. Maunya kalau-kalau aku sakit perut nanti, Di mana dan bagaimana cara untuk meyucikannya? Dah lah suasana sejuk ketika itu. Sesungguhnya kata-kata fikiranku agak logik. 



Aku duduk semula di kerusi ku. Lalu melayari Google untuk mencari kesan terminum susu basi. Sebelum sempat membaca, perutku meragam. Setelah selesai mengeluarkan segala "harta Karun", maka aku teruskan pembacaan....


Tidak ada sesiapa yang dapat dipersalahkan melainkan diriku sendiri. hehe. 



Friday, March 29, 2013

Gambar yang menjadi Inspirasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lepas, aku telah memuat naik satu gambar di Facebook. Agak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh pembaca. Lalu aku mengambil keputusan untuk menulis ke dalam blog.


Gambar dirakam semasa aku dalam perjalanan keluar dari kawasan Muzium Leo Tolstoy, Tula. Sewaktu aku berjalan, aku sempat melihat wajah nenek ini yang sungguh ceria beserta senyuman manis. Aku ingat kerana sememangnya penduduk di sini agak Mesra. Namun aku masih tertanya-tanya mengapa nenek itu masih bersemangat untuk meredah ribut salji(ya ketika itu, ribut salji. Disebabkan gambar ini telah diedit{menjadikannya cerah sedikit} maka hilanglah bukti-bukti yang hari itu ribut salji(salji lebat). 

Hari itu merupakan ahari ahad(pada penghujung cuti musim sejuk di Russia). Mungkinkah beliau ingin menikmati keindahan alam sekitar di sini( kerana semasa di dalam kereta api ke Moscow, Kami telah bersembang dengan beberapa penumpang, kebanyakkannya adalah warga emas. Mereka pulang ke Moscow untuk bertemu@tinggal bersama anak-anak mereka. 

Komen dan pandangan dari sahabat lain di facebook. 

Ada yang mengatakan " perjalanan mesti diteruskan walaupun usia dan tubuh semakin uzur". Benar katanya, PERJUANGAN dan Survival dalam kehidupan tidak dihalang oleh Usia mahupun fizikal seseorang. 

 I'm out of words; is it a real pic bro. Mashallah!!!  Ada yang terkejut apabila melihat realiti ini. 


Tapi ada satu komen yang membuka minda aku. Komen dari Seorang Guru sejak dari kecil sehingga sekarang. Guru yang aku sangat hormati dan geruni merangkap Ayah aku.
Mungkin inilah Jurang perbezaan antara ilmu dan pengalaman seseorang.  Ayahku berkata "  itulah kehidupan,bermula dengan bertatih bila akan kembali pun terpaksa dibantu.manusia tidak sempurna ada masa ia mempunyai kekuatan, sampai masanya ia lemah. Masa kuat perlu gandakan usaha ". 

 Waktu kita masih bayi, kita memerlukan bantuan dari Ibu dalam semua jenis aktiviti, dari bangun tidur sehingga tidur. Apabila besar, kita sudah mampu untuk berdiri sendiri.

Apabila Usia meningkat, keupayaan pada tubuh badan semakin lama semakin merosot. Maka akhirnya kita tetap juga memerlukan bantuan seseorang ketika kita menghembus nafas yang terakhir. Kini Ku mula memahami erti-erti kehidupan. 

Ada juga yang berpendapat beliau keseorangan. Sejak aku mula berhijrah ke sini, memang terdapat banyak warga emas yang sering berjalan keseorangan ataupun sesama mereka. Mungkin itulah lumrah kehidupan. Berbeza dengan apa yang kita lihat di Malaysia. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu bersembang dengan mereka semasa berada di taman-taman. Insya allah. 

Akhir kata, hormatilah golongan yang lebih tua dari kita kerana realitinya kita juga akan tua suatu hari nanti. Sekian.

Harimau Salji.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
(dikarang pada 2 minggu sebelum tarikh publish)

Sudah 4 hari bumi Moscow dihujani salji-salji putih yang keras membeku. Kehadiran MEREKA telah menyulitkan kehidupan Aku disini. Mereka menutupi setiap objek yang terdedah sehingga terdapat sesetengah kawasan yang sedalam paras lutut aku(di atas tasik yang telah beku di belakang hostel aku). 4 hari aku tidak menerima Cahaya Mentari. 4 hari Aku meredah hujan salji.

Minggu ini, cuaca di sini sungguh extreme sekali. Perubahan suhu yang sangat ketara menyebabkan sesetengah penduduk disini yang jatuh sakit(mungkin kerana tidak biasa ataupun terlalu lama terdedah di kawasan terbuka), Namun, alhamdulillah, Aku dan rakan-rakan yang lain sihat sejahtera.

Setelah hampir 4 bulan(tertakluk kepada pengiraan pembaca), fizikalku telah melalui proses adaptasi yang agak ketara, Walaupun pada mulanya aku menghadapi masalah kulit mengelupas dan rekahan pada bibir dan kulit. 

Petang itu, aku tiba-tiba terfikir untuk keluar bermain salji(sebenarnya sebelum ini, aku sering merasakan yang musim winter adalah musim yang membebankan diriku). Setelah hampir 4 bulan, inilah pertama kali aku benar-benar merasai nikmat bermain salji bersama dua orang kawanku(itu pun aku paksa keluar, hehe). Biarlah gambar yang menjelaskan segalanya.


                                              Permandangan Dari tingkap bilik.








 Maaf kerana waktu kami keluar, ketika itu turunnya salji yang semakin lebat. Oleh itu, Lens kamera agak kabur(diselaputi salji dan wap air).

                                             2 orang sahabat yang dipaksa keluar. haha
 Bola salji pertama. Namun dia membuat kesalahan yang besar kerana terlupa memakai sarung tangan. Kesimpulannya, jangan contoh aksi diatas. Bimbang menjadi beku. 

 Sebenarnya kawasan ini merupakan kawasan reakrasi. Inilah kondisi sewaktu musim sejuk. Semua objek diselaputi salji putih.


 Disebabkan Rasyid mengalah awal( kerana tidak memakai glove) maka hanya Salam yang mampu membalas seranganku. 

                                                          Kawasan ini merupakan tasik beku. 
                                             Gaya je lebih. Padahal kesejukkan. hehe
 


                                         Bukan selalu ada orang merakam gambar aku. 

 Masa kat Malaysia dahulu, aku pernah kata pada adikku bahawasanya aku akan baring di atas salji. So hang bila lagi Ummu. haha
 Saat aku merakam gambar ini, aku mula terfikir akan nikmat yang diberikan. Aku bersyukur pada Tuhan pencipta alam kerana telah memberi kesempatan padaku untuk merasai sesuatu yang aku tidak pernah lalui selama 19 tahun aku hidup.



                          Rasanya, apa yang penulis sedang fikirkan ketika itu?

Bergambar besama Rasyid. Yang aku sedar ialah, aku perlu memotong rambut. Dah terlalu panjang rasanya. 


        Masing-masing memikirkan nikmat yang diberikan. 




 Waktu ini aku sedang baring pada atas salji keseorangan. Lalu aku membuat refleksi diri (perasaan menjadi tenang apabila kita mula menikmati alam sekitar dan persekitaran.

Terlintas juga di mindaku akan Masalah dan kesusahan yang dihadapi aku. Sikap Malas yang masih sukar untuk diubati. Begitu juga perjuangan aku dalam menimba ilmu. Aku juga terfikir semula tujuan aku datang ke sini. Makanan untuk malam itu. Hubungan aku dengan Tuhan Penciptaku. Persoalan demi persoalan timbul di fikiranku. 











Lalu segalanya ku rasakan seolah-oleh terhenti seketika.  Ku genggam semula  jari-jariku.  Dalam masa yang sama, Fikiranku mulai dipenuhi dengan sebab dan tujuan Aku datang kesini pada mulanya. Bersyukurkah aku selama ini? 

Lalu aku menutup kedua-dua mataku. Mengucap dua kalimah syahadah. Membacakan Al Fatihah kepada mereka yang telah tinggalkanku. Tertitislah air mata yang keluar secara semula jadi. Dan aku sedar yang perjuangan aku masih belum berakhirnya sekiranya aku mengalami kegagalan. 

Memang benar kita merasakan bahawasanya masa mengalir seperti air yang mengalir deras. Namun, Telah terbukti pada diriku yang sebenarnya, fikiran manusia yang mempengaruhi Masa. Seandainya aku duduk sambil memuji kebesaran Tuhan penciptaku, aku merasai yang waktu bergerak lebih lambat dari biasa( mungkin kerana kita sering kali memikirkan@membimbangkan akan masalah yang dihadapi sehingga kita sendiri terlupa untuk melihat persekitaran kita. 
 Adakah perjuangan aku terhenti disini? Adakah Aku akan kembali sebagai seorang yang gagal? Rasanya tidak!!! Apabila difikirkan semula, Mungkin aku gagal didalam beberapa aspek kehidupan, Akan tetapi, mungkin aku masih hebat dalam beberapa perkara lain. Kepada pembaca yang mempunyai masalah yang sama sepertiku, refleksikan semula diri anda. Dan jangan sesekali membiarkan Sehari Berlalu tanpa sebarang Ilmu pengetahuan yang Baru Dan Bermanfaat kepada Masyarakat. Mungkin kita kalah di bidang akademik, akan tetapi kita menang dibidang realiti kehidupan(mencapai kebahagiaan diri kita sendiri). Insya allah.



Pintu masuk ke hostel MAI. Bendera Malayisa terletak di hujung atas sebelah kanan papan tanda. Ingatlah, Harimau berupaya untuk menerkam(mencapai kejayaan) mangsanya(tujuan hidup). Persoalannya Sama ada kita berani ataupun tidak. Sekian.