PENGALAMAN DAN CARA HIDUPKU DI MOSCOW.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati. Akhirnya, tibalah masanya untuk aku meneruskan penceritaan mengenai kisah pengembaraan diriku. Sebelum bercerita, izinkan hamba memohon maaf atas segala kesalahan hamba. Hamba turut ingin berterima kasih kepada pembaca yang sanggup membaca blog hamba yang tidak berapa BEST ini. Alhamdulillah, hamba disini sihat walaupun menghadapi pelbagai jenis cabaran dan dugaan. Mungkin pada isu yang lepas, hamba tidak meletakkan sebarang gambar disebabkan masalah teknikal.
Selain itu, hamba turut ingin menukar cara penyampaian dan penulisan catatan ini dengan mewujuddkan tajuk-tajuk yang bersesuaian. Agar hamba dan tuan hamba tidak bercelaru dek penulisan yang kompleks ini. Terima kasih kepada Arina dan beberapa orang kawan yang telah menegur dan mengajar hamba untuk meng-improve-kan blog ini. So, kali ini, hamba akan menceritakan pemgembaraan setibanya hamba di lapangan terbang Moscow DME.
Tarikh 23.8.2012, raya kelima di Malaysia. Waktu : 3.30 petang(waktu russia) 7.30 malam di Malaysia.
Aku telah bertemu dengan Aizat dan Khairul@Teon. Sebenarnya aku bukan kenal langsung diorang ini. Cuma sekadar berkenalan di Facebook je. Kiranya diorang ini kenalan kepada kenalan kepada seorang FRIEND di Facebook. Sepatutnya, ada seorang senior yang akan menjemput aku di airprt, tetapi semasa hari ketibaan aku, dia dan member2 pergi melancong ke eropah. Maklumlah tahun terakhir di MAI. So senior tu pula yang suruh diorang ni untuk menjemput aku.
Selepas bersalaman dan berkenalan, kami meneruskan perjalanan. Pelajaran pertama aku di Russia ialah, pemandu kereta kat sini jauh berbeza dengan di MALAYSIA. Walaubagaimanapun, kalau ada seseorang yang nak melintas jalan, mereka tetap akan bagi peluang. Tapi kalau di Malaysia, rasanya aku akan terkorban dahulu sebelum sampai ke seberang jalan susulan di baham dek singa besi. hahaha. Yang kedua, aku turut mempelajari yang diorang ini taat kepada undang-undang jalan raya.

Aku, teon dan aizat pun naik bas ke stesen kereta api bawah tanah. Aku tak ingat la nama station tu. Tambang bas tu dala, 100 ruble bersamaan rm10. Jarak perjalanan mengambil masa sejam. Setelah memerhatikan permandangan yang indah lagi menawan, kami tiba di ke destinasi pertama , iaitu Metro@subway. Rasanya hari itu, perjalananku lam juga. Dalam 1-2 jam, sebelum sampai ke hostel. Yang detail aku dah tulis dalam tajuk yang lain.
Alhamdulillah, akhirnya aku sampai ke International MAI hostel, di mana kesemua pelajar international dan sebahagian pelajar russia tinggal di sini. Aku masih ingat lagi, ketika itu pukul 6 nak masuk 7 malam. Tetapi masih waktu asar lagi. Maghrib masuk dalam pukul 8.30 malam. Setelah selesai mendirikan solat Jamak dan Qasar( untuk member yang bukan islam, dalam islam, solat ini hanya boleh dilakukan ketika mengembara. Kiranya nak memudahkan umat islam la) di bilik member aku sebab aku masih tak dapat bilik lagi kerana pejabat pentadbiran hostel ni dah tutup semasa aku sampai/
Hari itu, Aizat dan kawan-kawan sebiliknya belanja aku makan malam. Diorang masak untuk aku, masak biasa-biasa je. Kira ok la daripada tiada. Sebab aku memang tak jamah apa-apa pun sejak turun dari kapal terbang. Kami bersembang seketika dan bersolat berjemaah.
Tarikh 24.8.2012, waktu, jam 4.00 pagi.
Aku dikejutkan Teon untuk menunaikan solat Subuh. Then aku sambung tidur semula. Part ini yang best. Jam 8.00 pagi. Aku tersedar dari tidur(alarm clock). Aku rasa pelik dan terkejut. Aku ingat aku masih bermimpi. Sebab dalam mimpi aku, aku masih di MALAYSIA. Agak terkejut la juga apabila melihat di sekitar. Dalam hati aku masih ada perasaan TAK PERCAYA. Sehingga kau terpaksa memejamkan mata bagi menenagkan diri. Flash back semula apa yang dah berlaku dua hari lepas. Then barulah aku boleh terima yang aku memang kat Moscow sekarang ini. Bukan mimpi, tetapi realiti.
P.s. mungkin ada yang tak pecaya akan kejadian ini, tetapi ini adalah benar dan bukan dibuat semata-mata untuk menjadikan blog ni BEST.
Setelah bersiap, aku dan Teon pun bertolak ke MAI. Pagi itu sangat sejuk. DAN aku telah membuat mistake besar kerana memakai Sweater yang nipis( sweater UM hang la yah). Apa lagi, menggigil kesejukan la dibuatnya. Badan mengeletar, mata berair. hahhaha. Kalau tak silap suhu hari itu dalam 10-15 darjah kot. aku pun tak pasti. Hari itu, kami menaiki tramvai. setelah sejam dua berurusan dengan MAI international department, aku pun pergi ke kelas Teon. Sebenarnya Teon dan member-member seumurnya, ada kelas hari itu. So disebabkan aku tak pandai balik sendiri, aku terpaksa masuk ke kelas diorang. Alhamdulillah, lecturer diorang baik. Pada masa itulah aku berkenalan dengan member-member aizat yang lain. Kemudian, kami balik dan sempat menunaikan solat jumaat.
Sedih kot, aku pun tak faham kenapa gambar yang aku upload ni semuanya senget dan terbalik. sorry ye, harap-harap korang dapat tolong aku. Sebenarnya ada banyak gambar lagi. tapi aku tak dapat upload sebab CF card aku x boleh dibaca. Mungkin hari ini aku akan keluar mencari card reader baru. Penulisan blog aku masih lemah. Sila tinggalkan komen @ nasihat supaya aku boleh improve dari masa ke masa. Insya allah. Sekian.

soleh , mase kau masukkan gambar dlm postni tak perasan ke boleh rotate ?
ReplyDeletex pula aku tahu. hahahha. x apa lah. tu yang menyebabkan blog ni menarik. hahhaha
ReplyDeletemahal ke belanja kat russia?kalau bawak rm1000 ble hidup x semnggu kat sana?

ReplyDeleteAssalammualaikum. saya akan travel ke Rusia pada 2/7/16. boleh berikan saya sedikit tips untuk pergi ke Nizhny Novgorod menggunakan pengangkutan awam, kerana saya akan menyambung pengajian di University of Lobachesky, Nizhny. Terima Kasih.
ReplyDelete