Sunday, September 2, 2012

SALADIN,Percubaan Pertama

CATATAN PENGEMBARAAN SALADIN. Nama aku ialah Muhamad Solehuddin bin Muhamad Yusuf. Buat masa sekarang, umurku adalah 18 tahun. Walaupun hidupku setahun jagung, tetapi aku telah berjaya menjejakkan kaki di negera orang lain demi mencari ilmu pengetahuan. Ingin mengenali diriku? Hahhaha. Latar belakang diriku memang sukar difahami. Aku mempunyai 6 orang adik-beradik dan aku adalah yang ke5. Aku paling takut bila seseorang bertanyakan mengenai asal usul hidupku. Sebenarnya, aku ni datang daripada kelaurga yang selalu berhijrah dan berpindah-randah. Begini, aku lahir di negeri Sabah, ayahku berasal dari Kedah sementara ibuku berasal dari negeri Sarawak. Aku pula sekarang ni merupakan pelajar di MOSCOW AVIATION INSTITUTE (NATIONAL RESEARCH UNIVERSITY). Tahun ini, aku akan mengambil Pre-Russian programme di MAI. Aku menulis catatan ini sebenarnya untuk menceritakan pengalaman aku kepada keluarga dan kawan-kawan ku di Malaysia. Untuk makluman pembaca, mungkin catatan ini tidak lah sebest mana, apakann daya, menulis dan bahasa bukan kemahiran dan bakat hamba. Sebelum terlewat, hamba ingin terima kasih kepada semua pembaca yang membaca blog ini walaupun x terdetik di minda hamba untuk menulis blog sewaktu di Malaysia. Selain itu, hamba turut memohon maaf atas segala kesalahan dan terkasar bahasa mahupun apa2 saja kesalahan sewaktu pembikinan blog ini. Minta maaf juga kerana hamba lebih selesa menggunakan cara penulisan seperti ini, kerana tidak terlalu skema dan tidak terlalu.... Susah nak kata. Hamba juga lebih selesa menggunakan gelaran 'AKU' berbanding 'SAYA" dalam penulisan ini. Sekiranya gelaran yang hamba gunakan ini menyakitkan hati maka beritahu dan perbetulkanlah. Mungkin kisah penulisanku ini tidak teratur maka pembaca diharap bersabar. Mungkin ada part yang seronok dan yang x berapa seronok dalam penulisan ini. Sebab aku menulis apabila rasa nak menulis. Dan sebelum terlupa, mungkin pembaca akan selalu terjumpa perkataan ni(hahaha), kadang kalanya perkataan ini membawa maksud lawak dan selalunya ia sebagai TRADEMARK ataupun identiti hamba dan hamba tidak mahu karya ini kelihatan terlalu.........( terpulang kepada pemerhatian pembaca). Insya allah sekiranya hamba ada kerajinan dan masa yang panjang, maka hamba akan mengepost lagi catatan mengenai pengembaraanku ini. Sekian terima kasih. Maaf kerana ini adalah percubaan pertamaku. Pada 27.8.2012, Moscow. Aku dah hidup kat sini selama,ntah lah, aku pun x berapa ingat. Inilah akibatnya apabila tinggal berseorangan dalam bilik dan x keluar berbual dengan sesiapa. Hahaha. Aku dah tinggal kat sini selama 5 hari. Walaupun 5 hari, tapi aku rasa macam dah lama gila. Kat sini, waktu solatnya berbeza sungguh mengikut bulan dan musim. Macam sekarang, subuh pukul 4 pagi. Itu yang selalu terlepas tu. Hahaha. Tak tahu la macamana aku nak selesaikan masalah aku ni. Yuran aku tak bayar lagi. Cucuk duit pun aku tak reti. Nombor telefon member2 pun aku tak ade lagi. Heiiihhh. Aku pun x tau lah. Dari pagi sehingga sekarang, aku masih duduk dalam bilik. Tak keluar langsung. Ibarat beruang Hibernate. Hahaha. Dah la kat sini sejuk. Hari ini 13*c.Tandas bilik tak di bersihkan lagi. Makan malam???? Aku macam malas je nak masak. (p.s. Sebenarnya ada banyak sebab kenapa aku tak masak. Satu sebab aku memang malas. Kedua, aku x cukup kelengkapan dana bahan. Ketiga, aku tak ada idea nak masak apa pada hari ini.) Tapi yang bestnya cerita aku untuk 3 hari ini, aku telah menjalankan misi 'SEARCH AND DESTROY' terhadap setiap lipas yang aku nampak. Memang gila bro, aku pun tak sangka. Aku dah jadi pembunuh lipas bertaraf GILA. Hahaha. Sehinggakan kegilaan aku tak dapat diluahkan pada kata-kata dan perkataan. Nasib baik lipas di sini kecil2 belaka. Senang je nak bunuh. Kalau kat Malaysia, gerenti aku dah lari lintang-pukang. Geli.... Tapi kat sini, diorang yang lari bila nampak aku. Hahaha. Pada 25.8.2012 Moscow, aku telah pergi membeli-belah dengan member-member aku. Banyak jugak la barang aku dah beli. Biasalah, orang bujang. Hahaha. Ntah lah. Aku pun macam tak sangka yang aku sekarang ni dah di moscow. Teringat gak kat keluarga dan kawan2 kat Malaysia. Rileks la. Tak sampai seminggu pun lagi. Jap aku nak gi solat asar dulu. Kat mana tadi? Sorry ye, tadi lepas solat, aku gi melawat member kat tingkat bawah. Tingkat 8. Lepas tu gi tengok diorang main futsal. Ntah bila la aku boleh main macam diorang. Teringin jugak, tapi aku tetap kaki bangku. Hahaha. Sekarang, aku masih mencari jalan untuk settlekan masalah aku. Insya allah, dengan pertolongan Allah yang maha kuasa, pasti masalah aku ni dapat diselesaikan. Amin. Aku x cerita lagi mengenai pengalaman aku berjalan seorang diri ke moscow lagi kan? Hahahaa. Banyak juga perkara-perkara yang aku tak jangka boleh berlaku masa dalam perjalanan ke sini. Aku ingat lagi, aku mula bertolak dari tanah airku,Malaysia pada 22.8.2012, jam 8.30 malam. Sedih gak lah apabila berpisah dengan keluarga aku. Maklumlah inilah perjalanan aku yang pertama yang kelaur dari rumah. Kira aku ni loser la. Adik aku pun dah keluar rumah awal sebelum aku. Akhirnya, aku yang terakhir keluar dari rumah tetapi aku yang bergerak lebih jauh. Terus terang aku kata, sebenarnya aku memang takut bila travel sorang2. Tapi depan kawan-kawan dan keluarga, aku ack cool je.Dalam hati, ingat mati. Dah lah inggeris aku pun hancus, Ruski aku lak, cuma pandai membaca dan tahu sikit2 je istilahnya. Kiranya aku ni main redah je lah. Alhamdulillah syukur, akhirnya aku berjaya gak sampai. Sebab tu lah aku boleh menaip sekarang ni. Masa kat KLIA, aku terserempak dengan seorang Tok Arab, nama beliau lain sikit, Muhamad Ahmed Muhamed, lebih kurang macam itu lah. Aku pun x berapa ingat. Beliau nak ke Kaherah, Mesir, tapi beliau x tau sangat nak speaking. Beliau tau gak lah berbahasa melayu. Kat Malaysia, beliau ni kira orang yang hebat gak lah. Beliau ni ada connection dengan Universiti Al Azhar, dan selalu gak datang Malaysia. Aku jumpa dia masa nak gi departing ikhtihad. Beliau senyum dan tegur aku. So aku pun balas la balik. Kiranya aku nak Warm Up la english aku. Tengok2 beliau x fasih berbahasa english. Nasib baik la aku pandai meneka dan tau cakap arab sikit2. So kami gi masuk lah ke tempat menunggu tu. Kat sana kami sembang la. Beliau kata yang beliau gi ziarah anak murid dan kawan2 kat madrasah di kedah. Mungkin seronok kot travel masa bulan ramadhan. Kat sana, aku jumpa gak dengan pelajar2 Malaysia yang belajar kat Mesir, Universiti al Azhar. Aku sembang dgn diorang masa kat abu dhabi lah. Sempat la sembahyang jamak qasar dengan diorang. Diorang cerita la pengalaman diorang kat Mesir. Seronok gak lah sabab dapat berkenalan dengan diorang. Ada yang buat medic dan kebanyakkannya belajar agama la. Berbalik ke cerita tadi, aku dan tok arab tu pun naik la pesawat tu. Masa aku naik, aku x perasan lak yang tu ialah Boing 777, yang besar dan mewah tu. Yang seronoknya aku duduk kat tepi tingkap. Tepi aku lak saudagar dari Abu Dhabi. Dia kahwin dengan orang melaka. Kami pun sembang la. Kali ni, aku lak yang x dapat cakap banyak sebab bahasa inggeris aku yang rapuh dan kurang bagus. Hahaha. Ayat baik nye. Dalam kapal terbang tu best juga la. Tapi sayangnya aku tak dapat menonton movie sebab earphone untuk seat aku rosak. Malam tu, diorang jamu aku makan nasi arab dengan jus apple. Sedap jugak la. Nasib baik aku bertolak malam ketika itu. Boleh tidur. Lama juga perjalanan aku ke Abu Dhabi. Dalam 6 hingga 7 jam juga lah. Dipendekkan cerita, akhirnya aku sampai ke lapangan terbang antarabangsa Abu Dhabi. Kat sana, aku terpaksa transit menunggu kepal terbang hingga keesokan hari. First masa sampai kat sana, aku pergi mencari surau untuk melakukan solat jamak dan qasar bagi isyak dan maghrib. Setelah selesai solat, Aku pun pergilah ronda-ronda di kawasan transit tu. Agak luas dan berteknologi tinggi. Tandasnya semuanya menggunkan sensor. Kiranya boleh jimatkan air la. Then aku terjumpa satu tempat duduk, dan boleh online kat situ. Dan aku pun online. Pada masa itu, aku belum start menulis catatan ini. Rasanya masa tu dalam pukul 4 atau 5 pagi watu malaysia. Jadi tiada sesiapa yang membalas mesej aku ketika itu. Kemudian pukul 12 atau 1 pagi kat abu dhabi, aku pun off dan tidur. Kali ni, aku tidur di surau airport tu. Tidur dengan geng-geng arab la. Tidur sambil membelitkan beg laptop di tangan aku. Tidurku sekadar tidur-tidur ayam. Kemudian aku bangun untuk melaksanakan solat subuh. Masa itu lah aku dapat belajar cara orang arab bahagian abu dhabi bersolat. Bacaan solatnya sungguh merdu. Sehingga aku pun tersentuh jiwa. Sedangkan aku memang tak paham apa-apa yang dia baca. Tapi doa qunut beliau sungguh panjang. Lagi panjang dari kat Malaysia. Banyak juga doa yang beliau minta ketika doa qunut tu. Sehingga tertitis air mata dan tersedu. Aku terdengar dari saf belakang. Khusyuk betul diorang solat. Aku pun belum tentu dapat solat macam tu. Mungkin suatu hari nanti, aku nak belajar bahasa arab, yahudi, turki, mandarin dan jepun. Insyaallah. Agak terkilan la gak sebab tak dapat ambil gambar kat sana. Sebab lens kemera yang sesuai tu tertinggal dalam beg kat dalam kapal terbang@luggage. Rencana ini ditulis pada 2.9.2012, Moscow. Alhamdulillah, hari ini, aku masih dapat bernafas di bumi yang penuh nikmat dan kurniaNYA. So dah agak lama juga aku x menulis catatan ini. Nak kata sibuk, x jugak. X tau lah. Let see, apa perkembangan yang aku dah buat selama beberapa hari yang lepas. Untuk pengetahuan korang semua, aku dah hidup di Moscow ni dalam 11 hari termasuk hari ini. Biar aku cerita semula macamana aku sampai ke Moscow. Aku bertolak ke moscow pada 8.30 pagi(waktu tempatan Abu Dhabi) kiranya 4 jam lewat dari Malaysia la. Aku masih ingat yang aku pun agak cuak ketika itu. Aku asyik mencari-cari sesiapa yang mungkin juga mempunyai destinasti yang sama dengan aku tapi malangnya, takdir tak menyebelahi aku. Walaupun aku tak berjumpa dengan pelajar MAI ketika dalam kapal terbang@dalam perjalanan, tetapi aku telah berjumpa dengan bermacam jenis manusia dari negara yang berbeza. Aku dah ceritakan pasal tok arab tu. Yang ni kisahnya lebih kurang la. Tapi kali ini, semuanya fasih berbahasa inggeris cuma masalahnya serang adalah aku. Faham-faham je lah. Bahasa inggeris aku ni bukan bagus sangat, kalau faham tu boleh lah. Nak membalasnya tu yang SAKIT sikit. Hahaha. Ok aku mulakan cerita. Pagi tu, aku ingat lagi, lepas aku post status kat wall aku, aku pun berdoa kepada ALLAH SWT agar mempermudahkan perjalananku. Lepas tutup laptop dan habiskan kacang di mulutku, (p.s. Sedap kot kacang tu, kacang goreng yang berempah. Aku agak jarang makan kat Malaysia. Tapi desebabkan aku dah tak ada makanan lain dan kat situ lak aku kena tukar ke mata wang diorang kalau nak beli barang, so itu je lah makanan yang paling sedap yang aku ada. Hahaha.) aku pun pergi lah mencari gate yang sepatutnya aku masuk. Hari tu aku buat kerja gila. Sebenarnya gate tu ada kat tingkat bawah. Dan tangga tu betul2 kat depan aku. Tapi yang peliknya, aku boleh pergi pusing2 kawasan tu, kiranya berpandukan papan tanda la. Then i realised that, it was a huge mistake if i dont ask anybody. So i start asking people, where i should really go. Then, you know me..... All my answer are in front of but dumb me because not even realise it. Hahaha. Seems my english is not too well, so i prefer writing in Malay.(p.s. Actually it is hard for me to practice speaking english although i am in overseas, the truth is most of the Russian seem doesnt understand english. I think Malaysian is better. No offence.). Aku pun turun la tangga tu. Rupanya kat situ ada plug dan tempat untuk berehat@boleh tidur la kiranya kat situ. Dah la port tu sedap je kalau boleh landing. Huh. Lepas tu aku pun jumpa la seorang lelaki ni. Rasanya dia ni orang arab( kawasan abu dhabi kot). Aku sembang la dengan dia. Dia nak gi moscow sebab atas urusan kerja. Gaya dia lebih kurang macam maher zain la. Pakai lak topi sama. Cuma dia tak menyanyi lagu "Insyaallah" la. Hahaha. Security kat airport tu ketat jugak. Tali pinggan dan laptop pun dia suruh keluarkan. Kalau kat Malaysia, diorang tengok aku pun diorang dah tahu yang aku ni student, bukannya terrorist. Memang berbeza gila la. Kat Malaysia, imigresen senyum kepada kita. Kat sini lak, kira ada jugak lah yang balas senyuman. Tapi yang masa kat Moscow tu lagi best. Aku senyum, dia pandang serong je. Macam nak makan orang je. Ntah la ruski ni. Aku pun pelik. Susah gila nak nampak ruski yang senyum kat aku. Rasanya bila kiamat barulah diorang akan senyum kot. Hahhaha. Tak tau lah. Sebab buat masa ni, aku masih tak ada kawan2 international lagi. Kelas aku pun belum start lagi. Harap2 lah apa yang aku kata ni boleh berubah. Aku nak ubah pandangan aku terhadap ruski2 ni. Mungkin ada yang baik dan sopan santun ke? Siapa tahu. Doakan moga2 aku dapat berkawan dan bersembang dengan diorang. Kalau boleh aku nak cari gak ruski yang beragama islam. Aku nak gak tengok cara hidup diorang, aku nak berlajar memasak dengan diorang dan mungkin, aku nak cari keluarga angkat( family muslim) dimana aku boleh bersembang, tukar pandangan dan belajar sesuatu dari mereka. Insya Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan permintaanku ini. Amin ya rabbalalamin. Buat keluargaku, aku harap aku tak terputus hubungan dan komunikasi dengan mereka. Mungkin ini lah masanya aku keluar rumah lebih lama daripada yang di sangka. (p.s. Sebenarnya dalam keluarga aku, aku yang paling terakhir yang keluar dari rumah. Maksud aku, tak tinggal dengan family lagi la@gi merantau. Rasanya lepas ini, mungkin ramai lagi adik-beradik aku yang keluar negara. Insya Allah.) Kat mana tadi? Masa departing, aku terjumpa dengan seorang mamat ni. Dia ni orang Bangladesh. Datang ke moscow nak melancong. So kami pun bersembanglah. Suatu ketika, dia bertanya kat aku, ataupun mungkin aku yang tercerita kat dia, biasalah aku ni kat talkative sikit apabila terangsang. Aku cerita macamana negara Malaysia boleh merdeka kat dia. At the end, dia pun terkejut sebab Malaysia merdeka tanpa pertumpahan darah yang banyak. Malaysia banyak guna kertas dan bercakap berbanding pedang dan senapang. Berbeza sungguh dengan negara beliau. Terlintas dalam fikiran aku, rasa syukur sebab Malaysia ada sesuatu yang kebanyakkan negara2 lain di dunia ini tiada. Lepas tu dia pun tanya aku, macamana negara Malaysia tu sebenarnya. Aku pun cerita la yang kat malaysia kita ada banyak bangsa dan kepercayaan. Sekali lagi dia terkejut. Dia pun tanya kat aku, macamana kita dapat hidup aman damai? Dan jawapan aku, masyarakat Malaysia ni boleh tolerate dan hormat menghormati antara satu kaum dengan yang lain. Resist(dari pandangan aku la)tu pun hanya berlaku pada sesetengah individu tetapi bilangan mereka terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan Malaysian yang bertimbang rasa dan hormat menghormati. ( p.s. Sebenarnya masa aku bersembang dengan dia ni, aku ada juga guna isyarat tangan sebab ada istilah english yang aku terlupa. Lagi satu, kalau kat Malaysia aku kata macam ni, mesti kena gelak kaw-kaw lah oleh kawan-kawan dan diri sendiri. Tapi bila dah keluar dari Malaysia, semuanya berbeza. Semangat cintakan tanah air tu membakar dalam jiwa aku.hahaha.) Apabila dah siap checking tiket dan passport, kami semua kena naik bas untuk ke pesawat. Bas tu unik gak sebab beza dengan kat Malaysia. Bas tu rendah, maksud aku, level tempat duduknya sama level dengan kereta biasa. Aku pun naik lah pesawat tu, seperti harapan aku yang lalu, kali ni aku duduk tepi tingkap juga. Cuma sebelah aku ada couple ruski. Diorang muda lagi. Tak tau lah tapi diorang ni agak kurang friendly@mungkin sebab aku yang tak mulakan perbualan kot. Tu sebab diorang x berbual dengan aku. Kali ni, aku naik Iktihad EY69,pesawat boieng 727, yang ada 3 seat tu. Aku pun x berapa pasti lah. Kalau pembaca tanya pasal jet pejuang ke, mungkin aku boleh jawab dengan lebih specific la. Hahaha. So bosan jugak la dalam kapal terbang tu. 6-7 jam aku duduk je. Gila bosan. Aku dengar muzik, aku tidur, berzikir jap then tidur balik. Termenung tengok keluar tingkap. Baca buku bahasa russia. Tidur balik. Yang ni paling best. dah lebih kurang 2 jam dalam pesawat, diorang hindangkan breakfast. Pramugari tu tanya aku, nak sandwitch yang ada telur atau nak pie blue berry? Dan aku lak terkata, pie blue berry. Gila ke. Padahal aku memang nak makan telur tu. Baru kenyang sikit dan berprotien. Pie tu sedap gak.blue berry dan jamnya pekat gile. Terluir aku dibuatnya.(saat aku menulis ni, aku tengah makan biskut(lebih kurang macam biskut merry je cuma ada bijan dan gula atasnya) je(breakfast), sedih do, apakan daya, aku malas nak masak breakfast. Sehari aku makan sekali je. Nak save budget.)( sebenarnya benda tu macam lempeng. Kalau kat Malaysia dulu, kakak aku pernah buat lempeng pisang. Sedap gak lah.) Pekena pulak dengan jus oren yang masam gila. Fuhhhhhhh. Terliur gila aku skarang ni. (kat sini aku minum air masak je, air gas sebotol RM6-RM9. Mana x sakit jiwa dan raga aku.hahahha). Aku pun bukak la movie. Untuk pengetahuan, kat seat dalam pesawat tu ada touch screen. Boleh tengok movie dan main game serta telefon untuk komunikasi dengan pramugari. Kira kalau sesiapa yang nak awek lawa kat atas kapal terbang, boleh la guna telefon tu. Pramugari arab dan ruski lawa la. Tapi still x dapat kalahkan kan aku nyer lah. Hahhaha. Aku x habis taip lagi. Aku nyer reflect kat cermin la. Gurau je. Mula2, aku malas nak bukak movie sebab aku ingat earphone untuk seat aku rosak, tapi alangkah terkejutnya, sememangnya berfungsi seperti biasa.( aku takut jadi macam kat dalam pesawat yang first2 aku naik ke abu dhabi tu. Sayang gila, banyak cerita best yang aku x dapat tonton. Sedih dan pilu do.) Ayat nak lebih je. Aku harap pembaca pun sama pemikiran dana pandangan dengan aku. Sorry la sebab aku guna cara macam ni dalam penulisan catatan pengembaraan aku sebab masa kat Malaysia dulu, tak terlintas difikiran aku nak menulis blog mahupun artikel. Tapi dalam situasi ni pulak, aku x boleh nak buat apa2 la. Ntah, mungkin sebab darah daging kot. Aku menulis ni pun sebab suka2 je. Saja nak kongsi maklumat dan pengalaman dengan pembaca. Lagipun catatan ni ditujukan khas untuk kawan2 dan keluarga tercinta. Sebab kalau aku call, diorang dah tidur, nak mesej, pendek pula. So terpaksa lah tulis macam ni. Pelik sungguh artikel ni?(p.s. Sebenarnya, aku x tahu nak membezakan benda ni sama ada artikel, rencana, catatan, diari harian mahupun segala yang sewaktu dengannya. So jangan lah kisah sangat kalau kadangkala aku terguna istilah lain ke? Siapa tahu, inilah akibatnya masa cikgu Bahasa Melayu kat sekolah dulu mengajar, aku gi ponteng kelas, bersembang dalam kelas dan gi join pertandingan robotik dan solar car. Inilah padahnya sehinggakan benda aku sendiri tulis ni pun aku x tahu. Hahahaha.) maafkan saya sebab artikel ni ada banyak (p.s.) dan iklan. Kat mana tadi. Ya. Aku pun carilah movie yang best2. Tapi kebanyakkannya aku dah tengok. So aku pun bukak la satu cerita yang terlalu jarang untuk aku menontonnya samada di Malaysia mahupun di mana-mana. Aku tonton cerita dari Indonesia. Tajuk dia lebih kurang macam ni la, LIMA ELANG, berkisahkan 5 orang pelajar sekolah rendah yang mengikuti perkhemahan perdana anjuran pengakap nasional indonesia. Dan datang seorang hero cerita ni la, ke sekolah diorang. Dia dari jakarta,memang minat pada robot Gundam dan remote control racing car. Kira dia ni hebat fizik la walaupun masih sekolah rendah. Dia ni budak bandar. So faham-faham je la. Diorang ada seorang ketua kumpulan, dia tu obses nak jadi pengakap tersohor(legendary). Diorang masuk hutan dan sesat. Cerita tu banyak la ajar cara2 nak servive dalam hutan mengikut cara pengakap. Ceritanya boleh la jugak. Tapi yang x best nyer, aku x dapat habiskan cerita tu. Sebab ada dalam 25 minit lagi cerita tu nak habis, pesawat aku dah nak landing. Kacau stim betul lah. Tu yang aku x cerita, bukan sebab aku x nak cerita, cuma aku x tahu ending cerita tu macamana.(p.s. Kepada pembaca yang ada sebarang maklumat pasal cerita ni, boleh tolong bagi link kat komen pada aku). Samalah seperti benda( artikel/rencana/catatan/rekod/diari/dan sewaktu dengannya) ni. Aku x tahu sama ada ini permulaan ataupun ending ataupun masih intro. Allahuallam. Aku lupa nak cerita masa aku menonton cerita tu, pramugari tu ada menghidangkan jus apple(jus dalam kapal terbang semuanya masam. Jus tomato aku x pernah cuba lagi.) dan ais cream yang x ada batang ais cream. Macamana tu? Macam tu lah. Mula2 ingatkan dia bagi gula2 then ternyata sangkaan aku meleset. Hahaha. Ais cream strawberry. Aku sebenarnya x tahu nak makan macamana, tapi buat2 tahu je. Aku rileks dulu. Aku tengok kiri kanan. Perhatikan bagaimana orang lain makan. Dan aku follow je la diorang. Sama je. Masuk mulut then telan jelah. Sebelum terlupa, masa on the way ke moscow, masa tu pesawat aku tengah bergerak ke atar utara, ada satu gunung salji kat pergunungan kaukasus,Turki, kalau aku x silap la. Subhanallah. Lawa dan cantik sungguh tempat dan gunung tu. Padahal waktu tu tengah panas terik dan musim panas. Mungkin suatu hari nanti, aku akan ke sana. Insya allah. Pada 23.8.2012, 2.40 petang(waktu Moscow), aku telah tiba di lampangan terbang antarabangsa Moscow DME. Kat sini pula, aku jumpa seorang wanita dari filipina. Dia datang ke moscow untuk bekerja. Yang kisah kat imigresen tu aku dah cerita kan? Maksudnya x payah la aku ulang lagi. Aku bagi passport kat dia. Lelaki tu dengan muka yang tak cool langsung( maksud aku, muka yang x ada perasaan dan asyik nak marah dan agak kasar bahasa dia), tengok aku punya visa dan passport. Then dia pandang aku berulang kali untuk pastikan muka aku sama dengan kat dalam passport tu. Padahal ternyata adalah orang yang sama. Dah gambar tu memang gambar aku. Then dia marah aku, sebenarnya dia nak suruh aku sign kat borang tu je, tapi macam menengking aku lak. Dah la dia cakap dalam bahasa ruski, mana la aku paham. Then lepas kena pandang serong, baru lah dia bagi tau dalam bahasa english. Siot gila mamat tu. Dah la senyup pun x nak. Aku daripada ceria, terus berubah kepada muka menyesal. Tapi ni baru permulaan. Akhirnya siap gak dia check passport dan visa aku. Yang aku x sangka gila, cuba pembaca bayangkan apabila seseorang tu yang bermuka marah gila dan macam nak makan orang tu, lalu berkata good luck kepada aku dalam masa yang sama. Then dia senyum dan gelak sinis. Gila seram betul bro. Kemudian, aku jumpa semula wanita filipina tu. Dia tanya kat aku, kat mana nak ambil beg@luggage. Dan aku pun tunjuk lah. Risau betul aku masa tu. Takut x lepas je. Manalah tahu kalau ada orang yang berniat jahat ke yang letak SOMETHING dalam beg aku. Alhamdulillah syukur, semuanya selamat. Aku dapat bayangkan macamana beg2 aku kena baling masa transport ke sini. Then kami pun keluar la ke lobby. Aku tengah menunggu Aizat, senior setahun kat MAI. Kira dia dan kawan2 ni la yang dah banyak bantu aku untuk survive kat sini. Diorang pun baru sebulan lebih kat moscow ni. Sebenarnya aku kenal diorang ni dari facebook. Kawan punya kenalan punya kenalan punya kenalan. Lebih kurang macam tu lah. Tapi masalah aku pada masa tu adalah, handphone aku susah nak akses internet@facebook. So aku kena guna laptop. Nasib baik ada wifi free kat airport tu. So aku dapat contact diorang melalui laptop dan facebook je la. Dalam masa yang sama, kenalan dari filipina tu pun ada masalah yang sama. Cuma dia punya lagi kritikal la. Dia ada no dan telefon russia. Cuma dia tertinggal kat filipina la. So aku dengan yang x tahu ape2 ni pun tolong fikirkan cara nak bantu dia. Ntah la. Aku pun x tau kena dia minta tolong dari aku. Mungkin sebab kami datang dari Asia kot. Hahhaa. Sekarang semangat asia pula. Sebenarnya dalam poket aku ada kamus mini untuk bercakap bahasa russia la. Lama jugak la kami menunggu sambil memikirkan idea untuk selesaikan masalah aku dan dia. Pada mulanya dia x tahu masalah aku, dan aku pun diam je lah. Alhamdulillah, akhirnya kawan2 dia yang sepatutnya jemput dia pun datang. Kemudian baru diorang tanya pasal aku, so aku cerita la. Sebenarnya aku dah janji dengan aizat yang aku tunggu di kat surau. Dan ternyata aku x tahu surau dalam bahasa ruski. Kamus mini aku pun x de. Memang hebat gila la. Hahaha. Then diorang suruh aku tunggu je kat lobby tu. Tapi aku kalau aku terus menunggu kat situ, rasanya, aizat dan teon tak akan jumpa aku. So aku pergi la mencari tempat dimana aku boleh buka laptop. Kemudian semuanya settle. Aku jumpa Aizat dan kami mulakan perjalanan ke international MAI hostel.

No comments:

Post a Comment