Tuesday, October 30, 2012

Khabar Berita Dari Seberang.

      Khabar Berita Dari Seberang, Sedikit Cebisan Pengalaman Yang Tidak Tercatat Di Lipatan Sejarah.
Seriously, apa yang aku mengarut ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita dalam rancangan (aku menulis dan Pembaca membaca). Tanpa berbicara panjang izinkan saya memulakan penceritaan.

26.10.2012, Jumaat. Aku terpaksa menyambut Hari yang bermakna di kelas. Senior-senior yang lain telah ke Kedutaan Malaysia di Moscow( diorang sanggup ponteng), tetapi aku?(tidak ponteng sebab hari tersebut adalah hari yang agak penting sebab aku belajar asas kepada sesuatu bab yang agak susah dalam bahasa Russia.) Agak kecewa dan agak bersyukur. Pada malam raya (malam khamis), buat pertama kalinya aku mendengar takbir di Youtube.<Sesuatu yang tak pernah dibuat ketika di Malaysia>

Hatiku mulai terasa akan sesuatu yang dirasai dahulu. Mungkin ini adalah perasaan yang turut dirasai oleh orang lain mahupun pembaca sendiri. Malam itu, kami solat isyak berjemaah dan melafaskan takbir. Malam itu merupakan malam yang panjang. Aku menyiapkan tugasan< sebenarnya lebih kurang macam kerja sekolah je> dan aku tidur tanpa disedari( yang ini kena tanya kepada ahli keluarga aku. Diorang tahu keadaannya. haha)

Pagi itu, Subuh pada pukul 6.33 pagi. Sebenarnya senior2 ada yang nak buat solat sunat hari raya kat surau jam 8.00 pagi. Kemudian aku pun turun dalam pukul 8.10 pagi. Siap memakai baju Melayu berserta dengan Kamera< tujuan nak tangkap gambar> Dan ternyata aku yang terawal. Pagi itu, kelas aku bermula pada pukul 10.00 pagi. Akan tetapi, aku mesti bertolak dari hostel pada pukul 9.20pagi atau kurang. Disebabkan mereka post pont solat tersebut ke pukul 9.30pagi, maka aku terpaksa melupakan hasrat tersebut dan terus melangkahkan kaki ke Universiti.

Dan hari itu juga, Memang telah di takdirkan Tuhan pencipta alam, bahawa hari tersebut bersalji. Buat pertama kalinya aku memenag sendiri salji. P.S. aku tidak dapat mengambil gambar kerana salji turun lebat dan cuaca ketika itu 0 darjah celcius. Maksudnya, hujan yang turun tidak semuanya bertukar menjadi snow. Kemudian, aku meneruskan perjalanan seperti biasa.

Setibanya di kelas, seperti biasa, Akulah orang yang pertama sampai( terima kasih abah sebab dah latih dari kecil mengenai time management). Aku sempat mengulang-kaji pelajaran. Namun, setiap manusia pasti ada kelemahan tersendiri. Begitu juga aku, Aku memerlukan masa yang panjang untuk mengingati akan sesuatu pelajaran. Agak terasa juga dalam diriku kerana menjadi orang yang AGAK LAMBAT untuk memahami pelajaran bahasa ini.< Sebenarnya kawan-kawan sekelas lain tidak mengatakan apa-apa atau mengetawakan aku, tetapi aku sendiri yang terasa. Persoalan yang aku sering tanya pada diriku( Adakah aku akan berpuas hati melihat kejayaan dan kecemerlangan orang lain disebabkan usaha mereka? Pastinya tidak kerana perbezaan yang ketara antara aku dengan mereka adalah kerajinan dan usaha.)

Terus terang aku katakan bahawa aku leka bermain GAME selama ini. Tetapi akhirnya aku dah dapat mengusai diriku untuk terus belajar dan belajar supaya aku dapat menjadi Seorang Pelajar Malaysia Yang Di Geruni oleh Masyarakat yang tinggal di Russia ini. Insya allah. P.s. Saat aku menulis Catatan ini, Inilah waktu Free yang aku ada(esok cuti tapi ada banyak kerja yang nak di selesaikan).

Setelah selesai kelas, aku pulang seperti hari-hari biasa. Ku sedari bahawa ais@snow diluar kian melebur susulan kenaikan paras suhu pada waktu tengah hari dan petang.

28.10.2012, Ahad. <Hari raya ketiga Aidil Adha>.

Hari ini adalah hari yang aku tunggu. Kami semua dijemput oleh Kedutaan Malaysia di Moscow untuk menghadiri Majlis Sambutan Aidil Adha. Sebanyak 2 ekor lembu dan 12 esok kambing telah selamat di korbankan. Daging-daging tersebut telah diagih-agihkan dan dimasak untuk dijamah bersama-sama.
Seramai lebih daripada 500 orang menghadiri sambutan tersebut. Pada waktu pagi hari berkenaan, gotong-royong telah diadakan untuk melapah dan mengisi daging serta memasak yang telah disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia dan juga Sukarelawan. Majlis berakhir jam 5 petang. Setiap tetamu yang hadir telah menerima Daging korban(lembu dan kambing).

Hari itu merupakan satu hari yang agak susah bagi diriku untuk melupakannya. Kisahnya bermula di Hostel lagi. Ketika itu aku baru selesai solat subuh dan sedang besiap sedia untuk ke Kedutaan@Embassy. Hari itu bersalji lebat. p.s. kalau anda masih ingat, aku telah post gambar tersebut di Facebook. Hari itu agak sejuk.
Aku telah mulakan perjalanan bersama Aidit(room mate)  dan Syahmi( senior tahun ke5). Barulah aku sedar yang salji ini hanya cantik bila dipandang. Akan tetapi memberikan impak yang agak...... Insya allah nanti aku post perkhabaran di waktu WINTER. Sebab sekarang masih musim luruh@Autumn.

Di perhentian bas, aku telah berjumpa dengan seorang rakan, Naufal bersama Ayah dan Ibunya. Mereka dalam perjalanan melawat Red Square dan Kremlin serta Arbat. Ayah dan ibunya dari Finland( ibunya ada urusan kerja di sana. Jadi, setelah selesai, mereka pun menaiki kereta api untuk ke Moscow bertemu anaknya.) Mereka tak dapat ke Kedutaan Malaysia kerana esok harinya, mereka terpaksa pulang ke Malaysia. Syahmi telah memberi sedikit BRIEFING dan panduan tentang tempat-tempat yang menarik di Moscow ini.{ Dia banyak tolong aku}.

Kami meneruskan perjalanan ke Station Киевская dengan menaiki METRO. Semasa tiba di Station Баррикадная, kami terserempak dengan rakan-rakan yang lain(first year). Aku buat keputusan yang salah kerana berpisah dengan kumpulan Syahmi. Aku pun ikut mereka. Sebaik sahaja keluar dari Metro(Киевская), aku berjalan di belakang mereka. Secara tiba-tiba, kesemua mereka hilang dari pandangan( aku leka mendengar music MP3, sebenarnya aku tak pernah ke Kedutaan Malaysia.

Aku sesat. Dan aku ikhtiar mencari penyelesaian. Aku menelefon Alif( room mate aku yang kuat agama), dia membantu aku. memberikan arahan dengan teliti. Kemudian, aku pun menuruti arahan dia lalu menaiki Bas(bas elekrik/trolley bus) nombor 34. Terdapat dua bas yang boleh sampai ke Embassy iaitu 34 dan 17. Dalam bas itu, aku mencari tempat seharusnya aku turun. Akan tetapi, aku tidak tahu lokasi mahupun station aku ketika itu. Kiranya kalau aku tersalah naik bas(haluan berbeza), aku memang tak akan dapat ke embassy lah. haha.

Perasaan semakin takut. Hati semakin berdebar-debar. Mujurlah dalam bas itu terdapat seorang lelaki berumur yang sanggup membantu aku, kiranya aku terpaksa mempraktikkan ilmu yang aku belajar di Kelas la. Gaya dan riak Mukanya seperti tidak mahu menolong aku pada mulanya. Akan tetapi, apabila tiba di station yang aku bagitahu, maka dia memberi isyarat kepada aku bahawa itulah tempat yang aku nak tuju. Seperti yang kita sedia maklum bahawa penguguman dalam kenderaan awam agak sukar untuk didengar. Pembaca harus ingat yang saya ini, kalau penguguman bahasa melayu pun susah nak dengar(bergema) masakan pula bahasa Russia yang (a little) ini. hehe. Terima kasih banyak-banyak kepada pak cik tu.


Cerita tak habis di sini. Begini situasinya, Aku ada alamat embassy tapi dalam bahasa Melayu dan Aku telah turun di satu station sebelum station yang seharusnya aku turun. Jadi aku terpaksa ikhtiar dalam keadaan yang sejuk( aku tak pakai glove dan topi pada masa itu). Kawasan itu adalah kawasan Kedutaan Antarabangsa dan tempat tu terlalu sunyi( Ada kereta, tak ada orang). Tips untuk ke embassy adalah mesti turun di station yang sebelah kanannya terdapat stesen minyak warna merah. Kemudian turun bukit(agak jauh dari stesen minyak tersebut) dan boleh nampak logo dua ekor harimau tengah buka mulut( jata negara).

Akhirnya aku sampai juga di Kedutaan Malaysia. Setelah memijakkan kaki di sana, aku merasakan bahawa aku seperti tersisih. By the way, banyak member yang mengambil berat pasal aku sesat. Dan seperti biasa, kami gelak ramai-ramai. haha. Pelajar- pelajar MAI tidak bercampur dengan pelajar-pelajar medic( kami ini minoriti je dan satu-satunya pelajar Malaysia engineering di Moscow).P.s. ada yang bercampur sebab diorang berkenalan ketika sukan tahunan dan juga dari Usrah yang dijalankan oleh AZAM RUSSIA.

Seterusnya, kami menunaikan solat zohor berjemaah beserta takbir. Setelah selesai, kami mendengar tazkirah oleh seorang pelajar Malaysia( dah tahun ke5 medic, ramai senior2 yang kenal) dan seterusnya ucapan dari Duta Malaysia di Moscow.

Selesai ucapan tersebut, kami dijemput makan. Nasi + kari + sup kambing or sup lembu +roti + nasi Impit + sedikit sayur salad. Aku memang dah lama tidak menjamah sup lembu dan nasi impit. Jadi bayangkanlah. hehehe. Setelah selesai makan, kami telah diberi seorang sekilo daging kambing dan sekilo setengah daging lembu. Alhamdulillah semua yang hadir mendapat bahagian masing-masing( kecuali yang balik awal la).

Setelah menunaikan solat asar, aku pun pulang ke hostel seorang diri. Mungkin selepas ini, aku akan mencari kawan-kawan medic yang mungkin sama seperti aku.

Sedikit kesimpulan dari aku, setelah dua bulan setengah berada di Moscow ini, aku merasakan makin hari makin cepat berlalu. Aku sering kali sibuk dengan kerja( bahasa Russia). Memang STUDENT LIFE betul lah. Inilah cara hidup aku di sini : Bangun + solat subuh + belajar(buat kerja yang tak siap)*sambil breakfast(biskut cicah dengan nescafe)*buka facebook + pukul sembilan suku bergerak ke kelas*jalan kaki ke stesen bas*naik bas*naik Metro* naik Tramvai + tiba di kelas dalam pukul 10.00 pagi + Belajar(macam kat sekolah) sehingga pukul 12.30tgh + rehat makan biskut sambil bersembang dengan kawan-kawan + pukul 1.00 ptg* sambungan kelas bahasa Russia + 3.00ptg habis kelas*bergegas untuk menunaikan solat zohor + selesai solat balik + naik tramvai no 6(lambat/murah dan selalu rosak) ataupun menaiki Metro(cepat/mahal). + tiba di hostel + Solat asar(nanti aku solat kat MAI je)cari makanan untuk mengalas perut + Makan sambil tengok cerita FRINGE*buka facebook + Memasak + Solat maghrib + Mandi + Solat Isyak(kadang kala berjemaah) + belajar + tidur. Inilah hidup aku. Akan tetapi, cara hidup ini akan sentiasa berubah mengikut waktu solat.

 Daging korban. Satu bungkus daging lembu dan sebungkus daging kambing.

 Pelajar-Pelajar Moscow Aviation Institute.











 Pelajar-pelajar Medic Di Moscow, Russia.
Halaman Kediaman Duta Malaysia  Di Moscow, Russia.

Sahabat-Sahabat Tahun Pertama MAI.

MAKANAN YANG SEDAP. Hehehe.


Tuesday, October 9, 2012

ADAKAH AKU PANDAI MEMASAK?


POST KALI INI ADALAH UNTUK MEMBERI JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN SAHABAT-SAHABAT MENGENAI "ADAKAH AKU PANDAI MEMASAK?" 

            Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku akan memberikan jawapan kepada soalan "ADAKAH AKU PANDAI MEMASAK?".  Sebenarnya, aku telah dilatih dan didik oleh ayahku sejak dari     usia zaman persekolahan lagi(sekolah menengah la) untuk memasak. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong aku untuk belajar memasak. Salah satunya adalah "AKU NAK BUKTIKAN BAHAWASANYA AKU PANDAI MEMASAK DAN BUKAN HANYA PANDAI MAKAN JE" hahaha. 
           Buat kawan-kawanku yang baru ataupun dah lama kenal, aku tidak pernah memberitahu kepada kamu semua. Mungkin ada yang dah tahu cuma buat-buat tak tahu. Disamping itu, sebelum bertolak ke Moscow, Russia ini, Aku telah "scout" dan belajar masakan dari keluarga lain (kiranya buat muka tak malu, pergi lepak di rumah member. last-last tuan rumah jemput makan. so aku pun makan sahaja lah. hahaha) Yang bestnya, aku bukan sekadar makan tetapi aku turut mengkaji dan memperhatikan bagaimana rasa dan seumpamanya. 
           Seterusnya, sejak datang ke Moscow ini, aku sering kali menanyakan resepi masakan dari setiap individu yang aku kenal di FACEBOOK. Kemudian, membuat sedikit "research" di laman sesawang dan belajar daripadanya. Untuk pengetahuan pembaca, Aku disini terpaksa memasak sendiri kerana beberapa faktor. Antaranya ialah(eh dah macam buat karangan SPM pula) makanan Halal agak sukar untuk ditemui. Yang kedua, makanan di sini adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan makanan yang dijual di Malaysia. Stok makanan aku (MEGGI DAN MEE SEGERA) dah makin berkurangan. Hari ini, 10.10.2012, meggi aku cuma tinggal hanya 2 pek sahaja. Kalau nak menunggu ketibaan "ADDITIONAL SUPPLY" tu, berjanggut la aku. p.s. barang yang dipost oleh keluargaku akan tiba dalam tempoh sebulan setengah lagi. Hahaha. 
            Sebab yang keempat, kalau aku tak memasak, siapa lagi yang nak masak. Dan dah tiba masanya untuk aku mempraktikkan ilmu masakan di sini. Sedap dan tak sedap lain cerita. Setelah mengalami beberapa konflik dan ketidaksesuaian dengan member-member, maka aku mengambil langkah untuk memasak seorang diri. Dahulu aku beria-ria nak masak beramai-ramai. Akhirnya, mereka yang telah membebankan aku. Janji nak memasak, tapi akhirnya aku juga yang memasak. 
            Lantaran daripada reaksi mereka, Aku telah membuat keputusan untuk memasak seorang diri. Mungkin kadang-kala, aku akan memasak bersama Senior (Aizat n geng biliknya. Sebab diorang ini kiranya member rapat la). Rupanya, bukan aku seorang sahaja yang memasak bersendirian. Ramai lagi senior-senior yang memasak seorang diri kerana sebab-sebab yang tersendiri. 
            Seperti Aku, aku memasak 3 hari sekali. Aku memasak dalam kuantiti yang banyak. lebihan masakan tersebut, aku simpan di dalam bekas Taperware dan di letakkan dalam peti sejuk beku@freezer. 
Makanan asas aku adalah Nasi@beras manakala lauk pula tidak menentu. Kadang-kalanya adalah simple as  1,2, and 3. But sometimes it will become complicated because i always tried new recipe and conducting some experiment (if you know what i means). The result is either Superb nor bad. By the way, i love to eat spicy foods. Thats "WHY" even my soup will be spicy. hahaha. Oh no! My english become more terrible than expected( too much input from Russian Language). hahaha. Akan tetapi, lidahku masih lancar dalam membicarakan sesuatu dengan menggunakan bahasa kebangsaanku. 
            
           Inilah santapan aku di waktu pagi. Sepaket biskut dicihah dengan kopi nescafe. Beginilah breakfast dan lunch aku. Sejak aku tinggal di sini, hidup aku kian bercelaru. Tidak tersusun. Mengambil masa seminggu untuk aku membiasakan diri. Sehari aku makan hanya sekali. Breakfast + Lunch itu hanya sampingan semata-mata. Kadang-kala, aku makan roti berintikan lauk masakan semalam. 
                               
             Makanan tengah hari aku ketika di dalam kelas. Semata-mata bagi mengisi perut yang kosong. Kadang kala makan bersama kawan-kawan sekelas. Dalam kelas, kalau aku mengantuk, aku akan makan kismis. Sebab gula-gula kat sini tak sedap dan mahal. 
                                                         Member vietnam aku. 
                           Aku yang tengah lapar di dalam kelas. Makan sambil bersembang ketika rehat.

Antara rempah-rempah aku. Sebenarnya, rempah dan bahan-bahan telah ditinggalkan oleh senior bilik aku awal tahun ini. So daripada dibuang, aku guna je lah. Save duit. hehehe. 
Aku makan sambil melayari internet. Biasalah sebab bilik aku ini sangat sunyi. Sehinggakan aku terpaksa bercakap dengan komputer. Gambar ini diambil semasa aku baru pulang dari kelas. Baru nak makan lunch+malam. 

Ayam panggang. Aku beli kat Station Metro Planernaya. Satu-Satunya kedai yang halal.  Harga ayam ini seekor dalam  RM19.00 duit Malaysia. Apakan daya, aku dah lapar tahap GILA. Lagipun masakan aku tak berapa sedap. Ayam ini, aku makan selama 3 hari. Bayangkanlah. Bukan sebab kuantiti, tapi sebab aku nak cover balik RM19.00 tersebut.
Makanan Asas aku, NASI YANG TERCINTA.


 Kepada anak saudara aku(chef mawar biru) dan Ayahku, Aku telah berjaya memasak SWEETSOUR Filet Ikan. Kan aku dah janji nak buat, So INILAH HASILNYA. Aku telah menambah beberapa ramuan dan bahan tambahan. Terima kasih keatas resepi yang diberikan. Hari itu, aku terpaksa makan dengan Roti kerana roti tu dah nak expired. so aku kena habiskan la daripada membazir. 



                                                  
  Sup pelbagai. Hari itu, aku ada membeli Tauhu dari Vietnam(ditempah). Jadi, aku mencari idea untuk memasak tauhu tersebut. dan inilah hasilnya. Aku telah mencampurkan pelbagai jenis bahan seperti hot dog, isi ketam, tauhu, kobis, daun bawang(sbb dah begitu lama tak makan) dan sebagainya. 

Kari ayam yang dimakan bersama telur goreng. Walaupun kari aku kurang menjadi(nanti aku ceritakan sebabnya), tetapi apabila dapat makan semasa lapar, terasa nikmat kesyukurannya.
                    Aku memang suka makan sayur. Oleh itu, setiap masakan aku, mesti ada sayur dan sedikit benda masam. hehehe. Dimakan bersama roti yang hampir expired. Roti ini aku dah beli dalam 2 minggu lepas. Kemudian, aku simpan dalam peti sejuk. Hasilnya, roti aku menjadi keras. hahaha.

       Semasa di pasar, aku teringin nak makan cendawan. Hasilnya, aku memasak sup cendawan. Dimakan bersama ayam yang dicincang kecil@dadu. Serta sedikit sayur. Masakan ini aku berpuas hati kerana MEMBER AKU KATA SEDAP.
             Dimakan bersama nasi dan sedikit sayur. P.s. harga timun kat sini adalah sangat mahal. So, maybe inilah kali terakhir aku makan timun.( sebab musim winter).


Disebalik penghasilan kari ini, Aku telah melakukan sedikit pembaharuan. Niat di hati ingin menyedapkan lagi masakan. Akhirnya, tetap menjadi KARI. NAMUN rasanya jauh berbeza sekali. 
Seperti yang aku pernah katakan, Kehidupan disini ibaratkan experiment. Begitu juga masakan. Aku menganggap memasak ini ibaratkan experiment di makmal Penyelidikan. Aku telah melakukan satu kesilapan  besar. Ketika itu, aku telah dikuasai dengan perasaan TERUJA, telah mendapat idea GILA seperti meletakkan SEDIKIT CENDAWAN DI DALAM KARI AKU. p.s. Aku telah beli banyak cendawan sebab masa itu jualannya agak murah. 
Akibatnya, rasa kari aku bertambah pelik. Semasa aku rasa buat pertama kali, lidahku menjadi kelu, mataku kian berair(sebab aku letak banyak sangat bawang dan juga serbuk cili), jantungku seakan terhenti seketika( yang ini aku saja letak, nak bagi GEMPAK SIKIT, hahaha) dan akhirnya, aku hampir muntah disebabkan rasa pelik. Bayangkan lah CENDAWAN + KARI + CILI= TAK SEDAP @( . {beginilah chemical equation untuk masakan aku}. Konklusinya, jangan sesekali mencuba resepi ini kerana ternyata hypotesis aku salah dan tak sedap. 
Setelah makan, perutku mula memulas. Faham-faham je lah. Taubat aku tak nak buat lagi. Hahaha. 
Dan Akhir sekali, experiment yang berjaya. Membuktikan yang aku ini seorang yang pemalas. MEMANASKAN AYAM DI DALAM NASI. hahaha. 

OK lah. Cukuplah sampai di sini. Mungkin nanti aku akan bercerita lagi. Kepada sesiapa yang mempunyai IDEA mahupun RESEPI yang ingin DI-TEST-KAN, maka tinggalkan di kolum COMMENT di bawah ini. SEKIAN. 

Pengalaman Cara-Cara Menunaikan Solat


            
                                   PENGALAMAN BAGAIMANA UNTUK BERSOLAT 
                                                        APABILA DI LUAR HOSTEL


             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, aku akan menceritakan bagaimana caranya aku menunaikan solat apabila sedang di dalam perjalanan (kiranya aku berada di luar hostel).

Mungkin anda semua telah menonton video pendek di mana seorang lelaki(di luar negara) telah menunaikan solat di atas bonet teksinya. Sekiranya belum, maka saksikanlah. 



                Seperti yang kita semua ketahui, bahawa tuntutan solat itu adalah suatu kewajipan ke atas semua umat islam. Akan tetapi, disebalik kewajipan tersebut, maka lahirlah keringanan-keringanan yang dalam bahasa arabnya disebut sebagai (RUKHSAH SOLAT).

                Islam itu indah. Mengapa aku berkata demikian? Sebab Islam memiliki sifat-sifat yang tersendiri. Iaitu, Islam bersifat Rububiyyah, Wa'qieh, Alammiyyah(boleh dipraktikkan oleh seluruh umat manusia dan tidak luput ditelan zaman) dan Syumulliah( lengkap lagi sempurna) dan satu sifat lagi(maaf, aku terlupa istilah ini) yang bermaksud Islam itu bersifat fleksible(mengikut kondisi dan situasi seseorang muslim).

                 Jadi, kami di sini telah menggunakan satu kaedah yang jarang diguna pakai di Malaysia. Ilmu ini turut tidak dapat didapati dalam buku teks Pendidikan Islam. Dahulu, aku sentiasa merasakan bahawa subjek Tassawur Islam itu tidak berapa penting ekoran pelajarannya dan pengajarannya adalah asas dan juga fundamental kepada Pendidikan Islam. Akan tetapi, perspektif pemikiranku terus berubah serta-merta apabila mengaplikasikan pembelajaranku ke dalam kehidupan. Barulah aku sedar bahawa teori yang dipelajari adalah berbeza dengan praktikal. 

                 Untuk pengetahuan pembaca, sejak kecil lagi, aku telah pun diajar oleh keluargaku mengenai solat jamak dan qasar. Hal ini kerana aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sentiasa merantau sehingga ke hari ini. Kami sering merantau sehinggakan aku dapat merasakan bahawa diriku seperti tidak memiliki kampung dan kawan yang tetap(kiranya best friend dari kecil la).

                 Berbalik kepada cerita asal, sebelum aku menjejakkan kaki keluar pintu bilik, aku telah diajar oleh senior bilik aku( ALIF 2nd year) agar sentiasa mengambil wuduk ataupun air sembahyang agar memudahkan diri ketika dalam perjalanan. Anda semua kena ingat, bahawa kami disini tidak sama seperti di MALAYSIA di mana kita boleh melihat masjid dan surau yang berada di mana-mana sahaja. Tetapi di sini, bayangkanlah bilangan masjid pun boleh dihitung dengan jari tangan sahaja. 
                  Masakan pula bilangan surau. Jauh kecil sekali bilangannya berbanding di Malaysia. Setelah selesai berwuduk, kemudian aku memakai kasut. Selalunya, aku sentiasa membaca surah al-fatihah, 3 qul dan ayat kursi sebelum dan semasa keluar dari bilik. Memang amalanku sejak di bangku persekolahan lagi. Kemudian, barulah aku memulakan perjalanan.

                  Sekarang, aku akan menceritakan perihal keistimewaan Islam dan bukti Islam bersifat Alammiyayah dan flrksible. Seperti yang kita tahu, menurut mazhab Syafie, wuduk akan terbatal sekiranya kita bersentuhan dengan bukan muhrin dan segala perkara yang membatalkan wuduk. Persoalannya, bagaimana sekiranya aku hendak menunaikan solat sewaktu berada di luar bilik(hostel), dimana ketiadaan tempat khas untuk menunaikan solat(masjid mahupun surau)? 

                   Pada masa yang sama pula, aku tidak dapat membasuh kaki(rukun wuduk)? Ataupun cuaca yang terlalu sejuk sekiranya aku menyentuh air, maka akan memudaratkan kesihatan diri aku?(contohnya ketika di musim sejuk dimana air mungkin mencecah takad beku). {masa winter, sebaiknya aku kena elakkan dari terkena hipertemia@sesuatu keadaan dimana apabila suhu badan menurun secara mendadak, maka segala anggota badan akan menggigil untuk menghasilkan haba. Akan tetapi, sekiranya suhu badan aku hilang secara mendadak, maka aku boleh pengsan pada bila-bila masa dan akhirnya MATI}. Serta segala masalah yang sewaktu dengannya? 

                   Aku telah mempelajari satu penyelesaian kepada masalah tersebut. Aku tidak tahu apakah nama kaedah ini, akan tetapi senior menggelarkannya sebagai "KHUFF". Dengan adanya kaedah seperti ini, iaitu dengan hanya menyapu sedikit air(lapkan air pada sebahagian kasut) dan terus boleh melakukan solat dengan syarat aku telah mengambil air wuduk sebelum itu dan tidak sesekali menanggalkan socks mahupun kasut. Kaedah ini boleh diguna pakai oleh semua muslim yang sentiasa dalam perjalanan ataupun darurat(kiranya dalam kedaifan@serba kekurangan). 
Untuk maklumat lanjut, sila klik link yang Saya selitkan ini :


                    Sekarang, izinkan aku untuk menceritakan bagaimana kami menunaikan solat fardu. Apabila berada di hostel, solat yang dilakukan adalah sama sitausinya seperti di Malaysia. Tetapi apabila di M.A.I (khususnya), kami akan menunaikan solat dengan berkasut. Pernahkah pembaca menunaikan solat secara begini? 
Majoritinya akan berkata tidak pernah sesekali mencuba dan mungkin juga ada yang tertawa. Bukan sekadar itu sahaja, kami turut terpaksa menunaikan solat di kawasan-kawasan lapang dan tiada orang yang berlalu-pergi. Sebab pertama adalah untuk mengelakkan masyarakat RUSSIA dari memandang serong(maklumlah aku di negara yang masyarakat Islamnya "TERSEMBUNYI"(hal ini aku akan terangkan kemudian). Kedua, biarlah solat dilakukan di kawasan yang senyap, agar jiwa mudah tenteram. 
                      Buat masa sekarang, aku@kami sentiasa menunaikan solat ZOHOR dan ASAR di bawah tangga. Ada juga di kalangan senior yang melakukan solat di dalam makmal dan sebagainya. Waktu winter nanti, Subuh akan menjadi lambat. Jarak masa antara Zohor dan Asar pula adalah sejam(mungkin akan semakin singkat). Manakala Asar dan Maghrib bezanya pula dalam 2-3 jam sahaja. Mungkin juga Aku terpaksa melakukan 4 solat fardu di MAI( bawah tangga). 
                                                      
                    Alhamdulillah, Aku telah berjaya mencari penyelesaian akan masalah ini. Dengan cara, Aku akan keluar dari kelas sewaktu Zohor untuk solat. Apabila selesai kelas, aku akan mencuba untuk menunaikan solat Asar. Sekiranya tidak sempat, maka aku terpaksa menunaikan solat secara jamak takhir. Agar berharap walau bagaimanapun kesusahan yang aku hadapi, Aku tetap dapat menunaikan solat. Insya allah. 

Info tambahan dari SALADIN, apabila keluar, aku sentiasa membawa beg. Di dalam beg itu pula terisi air minuman(dalam botol), kain sejadah (mini), kompas dan jam (handphone). Sejak bermastautin di sini, aku telah belajar untuk menentukan arah kiblat, mengkaji peredaran masa serta menunaikan solat secara duduk (yang ini kes darurat semasa Aku tak dapat mencari tempat solat( waktu tu dah nak masuk Maghrib) di Shopping Complex. Jadi aku terpaksa solat di dalam bilik salin pakaian(kedai baju) secara duduk). 
                                                                      

Friday, October 5, 2012

PEMBAHARUAN YANG TELAH AKU KECAPI

                   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bertemu kembali setelah sekian lama aku berdiam diri tanpa sebarang khabar. 

                   Tanpa bermulaan yang panjang, biarlah Aku menceritakan pembaharuan yang telah aku pelajari dan aplikasikan. Mungkin ramai yang tergelak dan Aku sendiri pun tergelak akan kesilapan-kesilapan teknikal yang telah dilakukan pada permulaan pembikinan Blog ini. 
                  Bahkan ada yang turut memberi pendapat dan dorongan terhadap penulisan ini. Disamping itu, izinkan saya untuk menceritakan perkhabaran daku di bumi Moscow ini. Aku di sini sihat fizikal. Cuaca di sini agak sejuk(15-9 darjah celcius tertakluk kepada berangin ataupun hujan). Sekarang ini adalah musim luruh@autumn yang turut diberi gelaran sebagai THE GOLDEN MOMENT OF RUSSIA.  
                 Alahamdulillah, kehidupan aku di sini agak semakin mudah, seperti peribahasa alah bisa tegal biasa( kenapalah masa aku SPM dulu aku tak pernah terfikir nak letak peribahasa ini?). 



                  Setelah menonton video-video pendek dari saudara matlutfi90(di halaman YouTube), aku mulai terfikir akan diriku yang masih hanyut di atas kapal tanpa nakhoda. Fikiranku mulai terganngu ibaratkan lautan yang bergelora yang diikuti dengan kepantasan kilat yang gian sambung-menyambung di angkasa(waktu itu, aku sedang menghadapi beberapa rintangan dan dugaan).

                   Dalam fikiranku, terungkai suatu pertanyaan. Mengapakah matlutfi90 boleh berubah sehingga begitu sekali? Adakah disebabkan bakat mahupun minat yang dimilikinya sehinggakan dia berani untuk membuat sesuatu yang pada mulanya adalah mustahil? Kesemua persoalan tersebut, aku tempuhi dan memberi penjelasan secebis demi secebis dengan bantuan akal, idea, ilmu, dan pengalamanku. 

                    Akhirnya, setelah berhari-hari berlalu( rasanya dah nak masuk dua minggu juga), aku mendapati bahawasanya dia memberanikan diri untuk membuat VBlog adalah kerana IMPAK mahupun RADIASI(cewah) akibat terpisah jauh dari tanah air tercinta.
Demikian juga daku. Aku merasai perasaan yang sama. Perasaan takut, lemah dan hiba yang sentiasa dirasaiku tanpa ada penghujung. Terasa juga daku akan nikmat-nikmat serta memori-memori yang terdapat di tanah air. Akan tetapi, aku turut mempunyai penyelesaian terhadap masalah ini. 

                   Dengan mewujudkan dan mencari hobi-hobi baru agar masa yang terluang dapat di isi dengan sebarang aktiviti yang berfaedah. Dan Aku telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang BLOGGER MALAYSIA yang berada di Moscow. Manalah tahu moga-moga aku dapat menjadi seperti Matlutfi90 ataupun Arifshah(blogAriff) ke dan banyak lagi. 

P.S. Thanks Rahman for introducing me to Matlutfi90( although it was just a website link). i've been watching his video even since i was preparing my dinner until midnight. I've learned so many thinks from his video. Maybe all of you should try to watch it.  

Besides that, i also have learnt so many things that is useful especially to maintain and improving my blog. Finally, i do not want to make any changes in my blog( except if there are so many errors or something else), because i want to my loyal readers and friends that I AM IMPROVING. Thats all. Thank you very much and Assalamualaikum.  

Monday, September 24, 2012

Tuhanku, bukakanlah mataku.


Hari ini, 24.9.2012, 4.32 petang. Cuaca hari ini mendung dan sejuk.

               Aku berasa sungguh letih dan pilu. Perutku berbunyi dan lidahku mula terliur apabila melihat lauk yang akan dijamah bersama nasi sebentar nanti. Namun, aku masih menuggu nasi untuk masak sepenuhnya. Dalam 2-3 hari ini, aku merasakan bahawa diriku seperti hilang harapan laksana pahlawan yang kehilangan tujuan untuk bertempur di medan perang.
             
               Hari ini juga, jiwaku agak bercelaru dan perasaanku tidak tenteram. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa aku boleh menulis sesuatu seperti ini. Hal ini disebabkan tiadanya seseorang mahupun kenalan yang aku dapat kongsikan permasaalan yang aku hadapi sekarang. Sebagai langkah alternative untuk memulihkan jiwa dan perasaanku maka aku terpaksa menulis catatan ini.  



              Aku melihat keluar tingkap bilik ku. Memerhatikan awan yang bergerak pantas di tiup angin yang agak pantas berlari di angkasa sambil memikirkan masalah yang dihadapi oleh diriku. Mungkin ramai yang tidak percaya bahawasanya aku telah banyak berubah semenjak aku berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Awan kelihatan semakin menebal di angkasa. Semakin lama semakin menebal lalu tercurahlah titisan-titisan air yang lama kelamaan semakin banyak bilangannya. Lalu tersebutlah dia sebagai hujan ,turun sebagai rahmat dari Tuhan Yang Maha Esa. 


              Suhu semakin sejuk. Begitu juga perasaanku. Sejuk dan kaku ditelan masa yang tidak akan sesekali berhenti. Adakah aku akan terus menjadi begini untuk seumur hidupku? Adakah Allah SWT telah melupakan diriku lantaran memberikan masalah-masalah seperti yang aku hadapi ketika ini? Ataupun adakah menerusi perasaan takut dan lemah ini yang menyebabkan daku diredhai dan diterima taubat daku? Ataupun adakah aku hanya bermimpi di senja hari? Iaitu diriku kini telah semakin jauh daripada hidayah Tuhanku? Adakah perasaan seperti ini yang dinamakan penyakit hati? 


              Aku terus memerhatikan langit. Air hujan semakin sedikit. Lama-kelamaan lenyap setelah habis membasahi bumi. Disebalik awan-awan hitam yang mengandungi wap-wap air yang sedang menunggu perintah dari Tuhanku Yang Maha Bijaksana untuk turun ke bumi sebagai rezeki kepada makhlukNYA, kelihatan sedikit sinaran dan cahaya bola api yang menerangi bumi pada siang hari. 


              Mengapakah baharu sekarang aku memerhatikan keindahan seperti ini? Adakah selama ini aku tidak perasan mahupun tidak mengambil sebarang ikhtibar dan pengajaran akan setiap yang berlaku di dunia ini? Ataupun aku sekadar membutakan mataku daripada melihat fenomena-fenomena alam yang terlalu biasa berlaku di dunia ini?


              Lalu aku pun terfikir seketika. Fikiranku, begitu juga mindaku, mulai tenang. Turut dirasai juga oleh hati dan perasaanku. Semakin lama aku memerhatikan alam, semakun bertambah tenang hati dan fikiranku. Mungkin inilah yang dinamakan hidayah dan petunjuk dari Tuhanku. Walaupun keadaan di muka bumi Moscow sebentar tadi adalah gelap dan semakin malap dek hilangnya sebahagian besar sinaran dari bola api gergasi ekoran terjadiya fenomena alam yang digelar Hujan. Akan tetapi, penglihatanku dan mindaku pantas berubah susulan melihat satu keindahan dan mesej yang telah tersembunyi dari penglihatanku setelah selama ini aku tersasar dari JalanNYA. Aku melihat bahawa walaupun hujan lebat mahupun angin kencang yang mengakibatkan pergerakan awan kian laju sehingga berkumpul dan membentuk gumpalan-gumpalan awan yang sangat besar yang turut menutupi ruang langit di tempatku berada ini, tetapi cahaya mataharu tetap teguh memancarkan sinarannya yang tetap dapat kelihatan menerusi celaha-celahan awan yang kian berubah menjadi air-air hujan. 



                Fenomena ini telah menyedarkan diriku bahawasanya, walaupun duniaku semakin gelap disebabkan dugaan dan cabaran yang kian mengancam imanku, akan tetapi, cahaya dan petunjuk ILLAHI tetap bersamaku dimana jua daku berada. Insya allah. 


                Akhirnya, telah tiba masanya untuk daku menyembah Tuhanku yang maha berkuasa lagi maha bijaksana. Aku bersyukur pada Allah SWT kerana walaupun aku brseorangan ketika penulisan ini, tetapi aku  tetap dapat meluahkan perasaanku yang akhirnya aku mengambil keputusan untuk memberanikan diri menghadapi masalah tersebut. Insya allah.

 Karya yang ditulis tanpa paksaan dan ikhlas dari hati mampu menenagkan jiwa seseorang penulis. Subhanallah.





Friday, September 21, 2012

PENGALAMAN DAN CARA HIDUPKU DI MOSCOW.


PENGALAMAN DAN CARA HIDUPKU DI MOSCOW.

                           
                   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati. Akhirnya, tibalah masanya untuk aku meneruskan penceritaan mengenai kisah pengembaraan diriku. Sebelum bercerita, izinkan hamba memohon maaf atas segala kesalahan hamba. Hamba turut ingin berterima kasih kepada pembaca yang sanggup membaca blog hamba yang tidak berapa BEST ini. Alhamdulillah, hamba disini sihat walaupun menghadapi pelbagai jenis cabaran dan dugaan. Mungkin pada isu yang lepas, hamba tidak meletakkan sebarang gambar disebabkan masalah teknikal. 
                   Selain itu, hamba turut ingin menukar cara penyampaian dan penulisan catatan ini dengan mewujuddkan tajuk-tajuk yang bersesuaian. Agar hamba dan tuan hamba tidak bercelaru dek penulisan yang kompleks ini. Terima kasih kepada Arina dan beberapa orang kawan yang telah menegur dan mengajar hamba untuk meng-improve-kan blog ini. So, kali ini, hamba akan menceritakan pemgembaraan setibanya hamba di lapangan terbang Moscow DME.
                                                   
Tarikh 23.8.2012, raya kelima di Malaysia. Waktu : 3.30 petang(waktu russia) 7.30 malam di Malaysia. 

                   Aku telah bertemu dengan Aizat dan Khairul@Teon. Sebenarnya aku bukan kenal langsung diorang ini. Cuma sekadar berkenalan di Facebook je. Kiranya diorang ini kenalan kepada kenalan kepada seorang FRIEND di Facebook. Sepatutnya, ada seorang senior yang akan menjemput aku di airprt, tetapi semasa hari ketibaan aku, dia dan member2 pergi melancong ke eropah. Maklumlah tahun terakhir di MAI. So senior tu pula yang suruh diorang ni untuk menjemput aku. 
                  Selepas bersalaman dan berkenalan,  kami meneruskan perjalanan. Pelajaran pertama aku di Russia ialah, pemandu kereta kat sini jauh berbeza dengan di MALAYSIA. Walaubagaimanapun, kalau ada seseorang yang nak melintas jalan, mereka tetap akan bagi peluang. Tapi kalau di Malaysia, rasanya aku akan terkorban dahulu sebelum sampai ke seberang jalan susulan di baham dek singa besi. hahaha. Yang kedua, aku turut mempelajari yang diorang ini taat kepada undang-undang jalan raya. 
                 Aku, teon dan aizat pun naik bas ke  stesen kereta api bawah tanah. Aku tak ingat la nama station tu. Tambang bas tu dala, 100 ruble bersamaan rm10. Jarak perjalanan mengambil masa sejam. Setelah memerhatikan permandangan yang indah lagi menawan, kami tiba di ke destinasi pertama , iaitu Metro@subway. Rasanya hari itu, perjalananku lam juga. Dalam 1-2 jam, sebelum sampai ke hostel. Yang detail aku dah tulis dalam tajuk yang lain. 

                  Alhamdulillah, akhirnya aku sampai ke International MAI hostel, di mana kesemua pelajar international dan sebahagian pelajar russia tinggal di sini. Aku masih ingat lagi, ketika itu pukul 6 nak masuk 7 malam. Tetapi masih waktu asar lagi. Maghrib masuk dalam pukul 8.30 malam. Setelah selesai mendirikan solat Jamak dan Qasar( untuk member yang bukan islam, dalam islam, solat ini hanya boleh dilakukan ketika mengembara. Kiranya nak memudahkan umat islam la) di bilik member aku sebab aku masih tak dapat bilik lagi kerana pejabat pentadbiran hostel ni dah tutup semasa aku sampai/
                 Hari itu, Aizat dan kawan-kawan sebiliknya belanja aku makan malam. Diorang masak untuk aku, masak biasa-biasa je. Kira ok la daripada tiada. Sebab aku memang tak jamah apa-apa pun sejak turun dari kapal terbang. Kami bersembang seketika dan bersolat berjemaah.


Tarikh 24.8.2012, waktu, jam 4.00 pagi. 

                 Aku dikejutkan Teon untuk menunaikan solat Subuh. Then aku sambung tidur semula. Part ini yang best. Jam 8.00 pagi. Aku tersedar dari tidur(alarm clock). Aku rasa pelik dan terkejut. Aku ingat aku masih bermimpi. Sebab dalam mimpi aku, aku masih di MALAYSIA. Agak terkejut la juga apabila melihat di sekitar. Dalam hati aku masih ada perasaan TAK PERCAYA. Sehingga kau terpaksa memejamkan mata bagi menenagkan diri. Flash back semula apa yang dah berlaku dua hari lepas. Then barulah aku boleh terima yang aku memang kat Moscow sekarang ini. Bukan mimpi, tetapi realiti. 
  P.s. mungkin ada yang tak pecaya akan kejadian ini, tetapi ini adalah benar dan bukan dibuat semata-mata untuk menjadikan blog ni BEST. 
              
                 Setelah bersiap, aku dan Teon pun bertolak ke MAI. Pagi itu sangat sejuk. DAN aku telah membuat mistake besar kerana memakai Sweater yang nipis( sweater UM hang la yah). Apa lagi, menggigil kesejukan la dibuatnya. Badan mengeletar, mata berair. hahhaha. Kalau tak silap suhu hari itu dalam 10-15 darjah kot. aku pun tak pasti. Hari itu, kami menaiki tramvai. setelah sejam dua berurusan dengan MAI international department, aku pun pergi ke kelas Teon. Sebenarnya Teon dan member-member seumurnya, ada kelas hari itu. So disebabkan aku tak pandai balik sendiri, aku terpaksa masuk ke kelas diorang. Alhamdulillah, lecturer diorang baik. Pada masa itulah aku berkenalan dengan member-member aizat yang lain. Kemudian, kami balik dan sempat menunaikan solat jumaat. 
                  
                 
            Sedih kot, aku pun tak faham kenapa gambar yang aku upload ni semuanya senget dan terbalik. sorry ye, harap-harap korang dapat tolong aku. Sebenarnya ada banyak gambar lagi. tapi aku tak dapat upload sebab CF card aku x boleh dibaca. Mungkin hari ini aku akan keluar mencari card reader baru. Penulisan blog aku masih lemah. Sila tinggalkan komen @ nasihat supaya aku boleh improve dari masa ke masa. Insya allah. Sekian. 

Friday, September 14, 2012


SISTEM PENGANGKUTAN DI MOSCOW,RUSSIA FEDERATION by saladinMAI

                    Semasa dalam bas(sambungan dari cerita semasa aku ON THE WAY ke hostel)aku perhatikan suasana dan kehidupan masyarakan Russia. Di Russia, ibaratkan kita kembali ke zaman lampau, era 1990an dan pra-mellinium(susahnye nak mengeja perkataan ni).

                    Nak tahu tak kenapa aku berkata demikian? Dekat sini, walaupun teknologi mereka lagi advance dari Malaysia, tetapi kenderaan dan bangunan di sini masih lama. ibarat di telan zaman. Bangunannya masih berbentuk empat segi seperti LEGO. Keretanya walaupun terdapat jenama-jenama yang POWER-POWER seperti Mitsubishi EVO, AUDI dan sebagainya, tetapi kebanyakkan daripada mereka masih menggunakan kenderaan yang kita gelar"ketinggalan zaman". Bestnya mengutuk tempat orang. hahaha.
                    Untuk pengetahuan pembaca, kereta keluaran jepun agak banyak di sini. Kerana kadar cukai negara ini yang rendah dan tak ramai penduduk yang tinggal di sini yang sanggup untuk DRIVE disebabkan kenderaan terlalu banyak dan padat selain JAM yang diibaratkan acara harian disini. Jadi, kerajaan Russia telah mengambil alternative lain iaitu dengan menaik taraf sistem pengangkutan awam di negara ini.  

                     Walaupun mereka mengamalkan sikap(guna selagi boleh guna atau dalam ayat kasarnya, lanyak sampai betul-betul tak dapat digunakan lagi). Faham kan? Hahaha. Tetapi sistem pengangkutan mereka tetap lancar. Maksudnya, dengan hanya berjalan kaki, kita boleh pergi ke merata tempat di seluruh Moscow dan bandar-bandar besar yang lain. Contohnya sekiranya aku mahu ke St.Petersburg, hanya perlu menaiki train jarak jauh.      
                     
                       Sebenarnya bukan kereta api. Kalau kat Malaysia, kita gelarkan kenderaan tu sebagai KOMUTER  yang bergerak di darat@atas tanah. Tetapi di sini berbeza, sebab bergerak bawah tanah. yang bestnya kat Malaysia tu berganda lawanya berbanding yang ada di sini. Maksud aku, bukan dibandingkan dengan model yang baru tu, tapi bandingkan dengan model yang lama. Lagi lawa berkali ganda daripada yang ada di sini.  So, faham-faham saja lah. hahahaha.

                       Tapi yang agak kontra kat sini ialah bas, tramvai mahupun trainnya, tetap akan tiba setiap 4-8 minit(aku main agak-agak je ni). Dan kat sini tiada perlakuan seperti berebut-rebut semasa nak naik train berlaku. Siap boleh beratur lak tu. Dan sama juga seperti di Malaysia, keutamaan diberikan kepada warga tua dan yang lebih memerlukan. Tiket kat sini agak murah( kalau ada student card la). Tambang perjalanan tak dikira, tak seperti di Malaysia. Maksudnya kalau aku nak berhenti di station yang ke-20 sekali pun, harga tiket tetap sama. 


          
               Ini adalah skematik METRO station-station yang ada kat Moscow. Hostel aku terletak berdekatan dengan station PLANERNAYA. M.A.I pulak terletak berhampiran dengan station SCHUKINSKAYA. Berhampiran di sini bukan bermaksud macam 200-300 meter. tapi lebih kurang macam 1-2 km dari stesen tu la. Bayangkan lah tiap-tiap hari(kalau ada kelas) , aku terpaksa berjalan sejauh ni. Tetapi ok la. Sebab mungkin tak lama lagi badan aku mungkin akan lebih FIT lagi. hahaha. sekian.